Bengkel Pengemaskinian Dokumen Dasar dan Semakan Semula Pelan Strategik di bawah Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana Agansi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
21 September 2023- Bengkel Pengemaskinian Dokumen Dasar dan Semakan Semula Pelan Strategik di bawah Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana Agansi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Tahun 2023. Bengkel ini disertai ketiga-tiga Seksyen di bawah Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana iaitu Seksyen Dasar dan Perancangan, Seksyen Mitigasi dan Seksyen Logistik.
Bengkel ini membincangkan penstrukturan semula NADMA, semakan semula Pelan Strategik NADMA, dan pembentangan Dasar Pengurangan Risiko Bencana.
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA telah merasmikan bengkel yang akan dilaksanakan selama tiga hari melibatkan 22 pegawai termasuk pelaksana di bawah Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana NADMA.