PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Program Humanitarian In Operations Training dan Rakan NADMA Disaster Emergency Simulation Exercise (RANDEX) 2023

22 September 2023 ~ Program Humanitarian In Operations Training dan Rakan NADMA Disaster Emergency Simulation Exercise (RANDEX) 2023 bertempat di Glow Glamping Wetland, Putrajaya. Program ini merupakan salah satu inisiatif NADMA melalui platform Rakan NADMA dan Yayasan TM melibatkan 111 peserta daripada 52 organisasi terdiri daripada Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Institusi Pengajian Tinggi, Syarikat Berkaitan Kerajaan dan Badan Korporat.
Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk memberikan pendedahan berhubung konsep misi kemanusiaan dan pada masa yang sama dapat mewujudkan jaringan kerjasama oleh semua pihak yang terlibat secara whole of society approach dalam usaha mengurangkan risiko bencana terhadap golongan yang terdedah kepada bencana. Untuk rekod, sehingga hari ini, sebanyak 157 buah NGO telah mendaftar di bawah platform Rakan NADMA.
 
Program ini merupakan kesinambungan kerjasama di antara NADMA dan Yayasan TM melalui pelaksanaan oleh RED A Humanitarian Development Global yang bertujuan untuk memperkemas dan memperkukuh aspek dasar serta mekanisme berhubung misi kemanusiaan bagi menyokong keterlibatan masyarakat sivil termasuk NGO dan sukarelawan dalam pengurusan bencana negara.
Penutupan program ini disempurnakan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas. Hadir sama Ketua Pengarah NADMA, Pengarah SPKS, Ainon Shaharina, Pengarah Yayasan TM dan Datin Azura Ibrahim.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search