PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

π„πŒππ€ππ†π€π ππ”πŠπˆπ“ πŒπ„π‘π€π‡ πƒπˆππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πƒπ„πŒπˆ πŒπ„ππ‰π€πŒπˆπ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π ππ„πŠπ€π‹π€π π€πˆπ‘ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ„ππˆππ†πŠπ€π“πŠπ€π πƒπ€π˜π€ 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀

π„πŒππ€ππ†π€π ππ”πŠπˆπ“ πŒπ„π‘π€π‡ πƒπˆππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πƒπ„πŒπˆ πŒπ„ππ‰π€πŒπˆπ πŠπ„π’π„π‹π€πŒπ€π“π€π ππ„πŠπ€π‹π€π π€πˆπ‘ 𝐃𝐀𝐍 πŒπ„ππˆππ†πŠπ€π“πŠπ€π πƒπ€π˜π€ 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 
Β 
PUTRAJAYA, 16 Julai 2026 – Kerajaan terus memperkukuh komitmen dalam menjamin keselamatan bekalan air negara melalui usaha memperkasa Empangan Bukit Merah, Perak sebagai infrastruktur kritikal yang menyokong keperluan domestik, pertanian dan kelangsungan ekonomi. Inisiatif ini turut meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi cabaran perubahan iklim, cuaca ekstrem serta risiko bencana berkaitan sumber air.
Β 
Komitmen tersebut dizahirkan menerusi Mesyuarat Penyelarasan Situasi Semasa Empangan Bukit Merah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Dato’ Meor Ismail Meor Akim. Mesyuarat ini menjadi platform strategik bagi menyelaras pengurusan empangan, memperkukuh kerjasama antara agensi serta memastikan aspek keselamatan, operasi dan daya tahan empangan sentiasa berada pada tahap optimum. Dalam mesyuarat tersebut, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut membentangkan pelbagai inisiatif termasuk pelaksanaan Projek Memperkukuh Struktur dan Fasiliti Empangan Tebatan Banjir Empangan Bukit Merah, Kerian, Perak yang bermula pada tahun 2024 dan dijangka meningkatkan kapasiti simpanan air sebanyak 3.30 juta meter padu bagi memenuhi keperluan bekalan air sektor pertanian serta kegunaan domestik untuk jangka panjang.
Β 
Turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA, Pengarah Sektor Teknologi dan Infrastruktur (STI) NADMA, wakil Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia serta Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak. Kerjasama erat antara semua agensi ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh pengurusan risiko bencana, memodenkan infrastruktur kritikal serta memastikan keselamatan dan kelangsungan bekalan air negara terus terpelihara demi kesejahteraan rakyat.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search