PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

π‹π€π“πˆπ‡ π€πŒπ€π‹ 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 β€œπ™€π™“π™€π™π˜Ύπ™„π™Žπ™€ π™π™π˜½π˜Όπ™‰ π™π˜Όπ™‡π˜Ύπ™Šπ™‰"πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπŽπŽπ‘πƒπˆππ€π’πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀

π‹π€π“πˆπ‡ π€πŒπ€π‹ 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀 β€œπ™€π™“π™€π™π˜Ύπ™„π™Žπ™€ π™π™π˜½π˜Όπ™‰ π™π˜Όπ™‡π˜Ύπ™Šπ™‰"πŸπŸŽπŸπŸ” ππ„π‘πŠπ”πŠπ”π‡ πŠπŽπŽπ‘πƒπˆππ€π’πˆ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐔𝐃𝐀𝐑𝐀
Β 
SHAH ALAM, 15 Julai 2026 – Keselamatan rakyat terus diperkukuh melalui kesiapsiagaan agensi-agensi berkaitan dalam menghadapi insiden bencana udara menerusi penyelarasan yang lebih cekap, pantas dan bersepadu, sekaligus meningkatkan keupayaan tindak balas kecemasan serta mengurangkan impak terhadap nyawa dan harta benda.
Β 
Komitmen ini dizahirkan menerusi Majlis Perasmian Latih Amal Bencana Udara β€œπ˜Œπ˜Ήπ˜¦π˜³π˜€π˜ͺ𝘴𝘦 𝘜𝘳𝘣𝘒𝘯 π˜π˜’π˜­π˜€π˜°π˜―β€ 2026 bertemakan β€œIntegrasi Perkasa, Aspirasi Nusa” yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Program anjuran π˜”π˜’π˜­π˜’π˜Ίπ˜΄π˜ͺ𝘒 𝘈π˜ͺ𝘳𝘱𝘰𝘳𝘡𝘴 𝘏𝘰𝘭π˜₯π˜ͺ𝘯𝘨𝘴 π˜‰π˜¦π˜³π˜©π˜’π˜₯ (π˜”π˜ˆπ˜π˜‰) melalui Bahagian Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (𝘈π˜ͺ𝘳𝘱𝘰𝘳𝘡 𝘍π˜ͺ𝘳𝘦 𝘒𝘯π˜₯ π˜™π˜¦π˜΄π˜€π˜Άπ˜¦ 𝘚𝘦𝘳𝘷π˜ͺ𝘀𝘦 – π˜ˆπ˜π˜™π˜š) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ini bertujuan meningkatkan kefahaman serta memperkukuh penyelarasan antara agensi kerajaan dalam pengurusan dan pengendalian bencana udara berdasarkan Pelan Kecemasan Aerodrom (AEP), Manual Mencari dan Menyelamat Aeronautika dan Maritim Kebangsaan (NAMSAR) serta Arahan NADMA No. 1.
Β 
Ketua Pengarah NADMA, Dato’ Meor Ismail Meor Akim telah menghadiri majlis perasmian yang disempurnakan oleh Mohd Najwan Halami, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor mewakili Dato’ Menteri Besar Selangor. Turut hadir ialah Pengarah Urusan MAHB, Dato’ Mohd Izani Ghani. NADMA turut diwakili oleh Dr. Ajantha A/P Segarmurthy sebagai Penilai Table Top Exercise (TTX), PPj. (PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin sebagai penceramah Arahan NADMA No. 1, serta Muhamad Haiqal Shaharuddin dan Mohamad Azim Nazmi Adrus sebagai Pemerhati TTX. Latih amal ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik, meningkatkan kecekapan tindak balas pelbagai agensi serta memastikan kesiapsiagaan negara berada pada tahap terbaik dalam menghadapi sebarang bencana udara.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search