PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Majlis Penganugerahan Pingat Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Turkiye 2023

25 Julai 2023- Majlis Penganugerahan ’Pingat Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana’ yang julung kali diadakan bagi mengiktiraf dan menghargai jasa, bakti serta pengorbanan anggota-anggota penyelamat yang telah menyertai misi bantuan kemanusiaan dan bencana di Turkiye. Pemberian pingat ini merupakan satu pembaharuan yang dilakukan oleh Kerajaan Perpaduan susulan daripada pengumuman YAB Perdana Menteri di Parlimen pada 16 Februari 2023 yang lalu bagi mengiktiraf peranan yang disumbangkan oleh wira-wira negara sewaktu berada di Turkiye. Anggota yang terlibat dalam misi tersebut terdiri daripada Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) di bawah NADMA, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Majlis pada hari ini telah meraikan seramai 248 anggota daripada jumlah keseluruhan 250 anggota yang terlibat dalam misi penting negara dan pada masa yang sama, majlis turut meraikan seramai 133 pasangan (suami/isteri) yang berkesempatan hadir. Sesungguhnya, peranan ahli keluarga dalam memberikan sokongan, dokongan dan semangat kepada seluruh anggota amatlah dihargai oleh pihak kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search