Sesi Libat Urus YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) bersama Rakan Media dan Agensi Berkaitan Pengurusan Bencana
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
18 Julai 2023 - Satu sesi libat urus YB Menteri, Datuk Armizan Bin Mohd Ali bersama Rakan Media dan Rakan Agensi telah diadakan bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya. Sesi libat urus tersebut diadakan bertujuan untuk menghargai jasa dan bakti rakan media dalam usaha menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Selain itu, sesi libat urus ini juga bertujuan untuk menyampaikan secara terus kepada wakil-wakil media yang hadir mengenai situasi semasa Monsun Barat Daya (MBD) tahun 2023 dan kemungkinan El Nino serta langkah-langkah yang telah dan akan diambil Kerajaan dalam menghadapi situasi cuaca panas dan kering yang membawa beberapa risiko meliputi jerebu, kekurangan bekalan air, kesihatan awam dan sekuriti makanan. Juesteru, sesi ini juga adalah sebagai pengiktirafan peranan yang dimainkan oleh media untuk menyampaikan berita-berita dan maklumat kepada rakyat.