PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

ππ€π’π”πŠπ€π π’πŒπ€π‘π“ πƒπˆπ‹π€ππ“πˆπŠ π’π„ππ€π†π€πˆ π˜Ύπ™‡π˜Όπ™Žπ™Žπ™„π™π™„π™€π™ π™π™Žπ˜Όπ™ π™„π™‰π™Žπ˜Όπ™π˜Όπ™‚ ππ„π‘π’π€πŒπ€ ππ€π‘πˆπ’π€π 𝐏𝐀𝐍𝐄𝐋 ππ„ππˆπ‹π€πˆ π„π‹πˆπ“ πƒπ”ππˆπ€

ππ€π’π”πŠπ€π π’πŒπ€π‘π“ πƒπˆπ‹π€ππ“πˆπŠ π’π„ππ€π†π€πˆ π˜Ύπ™‡π˜Όπ™Žπ™Žπ™„π™π™„π™€π™ π™π™Žπ˜Όπ™ π™„π™‰π™Žπ˜Όπ™π˜Όπ™‚ ππ„π‘π’π€πŒπ€ ππ€π‘πˆπ’π€π 𝐏𝐀𝐍𝐄𝐋 ππ„ππˆπ‹π€πˆ π„π‹πˆπ“ πƒπ”ππˆπ€ | πŸ– – πŸπŸ” π…π„ππ‘π”π€π‘πˆ πŸπŸŽπŸπŸ”
Β 
πŸ“Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu
Β 
Kepakaran Pasukan SMART sekali lagi mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila salah seorang anggotanya, Inspektor Muhamad Zul Khairi Idris, dijemput sebagai 𝘊𝘭𝘒𝘴𝘴π˜ͺ𝘧π˜ͺ𝘦𝘳 (𝘚𝘦𝘒𝘳𝘀𝘩) bagi penilaian π˜π˜•π˜šπ˜ˆπ˜™π˜ˆπ˜Ž 𝘌𝘹𝘡𝘦𝘳𝘯𝘒𝘭 π˜™π˜¦π˜€π˜­π˜’π˜΄π˜΄π˜ͺ𝘧π˜ͺ𝘀𝘒𝘡π˜ͺ𝘰𝘯 (π˜π˜Œπ˜™) untuk Pasukan UAE01 yang berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.
Β 
Penugasan rasmi bermula dari 8 hingga 16 Februari 2026 itu merupakan satu penghormatan besar bukan sahaja kepada Pasukan SMART, malah mengangkat reputasi Malaysia dalam komuniti operasi 𝘜𝘳𝘣𝘒𝘯 𝘚𝘦𝘒𝘳𝘀𝘩 𝘒𝘯π˜₯ π˜™π˜¦π˜΄π˜€π˜Άπ˜¦ (π˜œπ˜šπ˜ˆπ˜™) global. Peranan sebagai classifier menuntut kepakaran teknikal tinggi bagi menilai tahap kesiapsiagaan serta keupayaan operasi pasukan penyelamat antarabangsa berdasarkan piawaian yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Β 
Dalam penilaian tersebut, beliau bergandingan bersama barisan panel penilai elit dunia melibatkan pakar USAR dari Australia, Austria, Jerman, Switzerland, Jordan, Oman, Rusia dan Belarus. Gandingan ini jelas mencerminkan tahap profesionalisme serta kredibiliti tinggi yang dimiliki anggota penyelamat Malaysia.
Β 
Penglibatan ini bukan sahaja memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara pasukan penyelamat antarabangsa, malah membuktikan bahawa kepakaran Pasukan SMART kini berada sebaris dengan negara-negara maju dalam aspek teknikal dan pengoperasian misi mencari dan menyelamat global. Pencapaian ini sekali lagi menunjukkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkasa keupayaan pengurusan bencana serta menyumbang kepakaran di peringkat antarabangsa.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search