Bengkel Rakan NADMA Akademia
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Bengkel Rakan NADMA Akademia | 9 Oktober 2025 | Everly Hotel, Putrajaya
Β
Telah berlangsung Bengkel Rakan NADMA Akademia yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA. Bengkel ini melibatkan penyertaan seramai 50 orang peserta terdiri daripada 13 institusi pengajian tinggi (IPT) dan 6 Rakan NADMA NGO.
Β
Bengkel ini bertujuan untuk menyemak hala tuju penubuhan Rakan NADMA Akademia sebagai platform kolaborasi rasmi antara NADMA, universiti dan NGO. Ia juga dapat mengenal pasti bidang penyelidikan dan inovasi berasaskan komuniti (DRR & DRM) yang boleh diterjemahkan kepada dasar dan tindakan serta membangunkan jaringan sokongan akademik untuk memperkukuh kapasiti Rakan NADMA NGO dalam pengurusan risiko bencana.
Β
Bengkel ini berjaya mendapatkan repository awal kajian dan projek berkaitan DRR dan DRM daripada universiti yang hadir. Akademia turut mendengar pandangan daripada Rakan NADMA NGO mengenai keperluan kolaborasi dalam penyelidikan impak program dan pembangunan kapasiti komuniti.
Β
Bengkel ini menjadi langkah awal ke arah memperkukuh sinergi antara Rakan NADMA Akademia dan Rakan NADMA NGO dalam pengurusan risiko bencana negara melalui pendekatan kolaboratif berasaskan bukti dan berimpak kepada komuniti.
