Jejak Alumni UKM kepada Ketua Pengarah NADMA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Jejak Alumni UKM kepada Ketua Pengarah NADMA | 1 Ogos 2025
Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana (NADMA) hari ini menerima kunjungan hormat delegasi Pusat Perhubungan Alumni UKM yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr. Roslan Ja’afar.
Kunjungan ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan antara alumni dan universiti dalam usaha membina jaringan kerjasama yang erat melalui program Jejak Alumni UKM. Pelbagai program menarik yang telah dirangka akan dilaksanakan oleh pihak Pusat Alumni UKM melibatkan Ketua Pengarah NADMA dalam masa terdekat. Datuk Abdul Halim merupakan alumni Fakulti Undang-Undang (FUU) UKM tahun 1995.
Turut hadir dari NADMA semasa sesi ini ialah Datuk Mazli Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi yang juga merupakan Alumni UKM dan Puan Nor Faeza Sabari, Ketua Komunikasi Korporat. Manakala di Pihak Pusat Perhubungan ALUMNI-UKM pula turut dihadiri oleh Dr. Syajarul Imna Mohd Amin, Timbalan Pengarah (Aktiviti dan Jaringan) Pusat Perhubungan Alumni UKM.
Program yang akan disertai oleh Alumni UKM kelak dapat menonjolkan perkhidmatan NADMA sekaligus memberi inspirasi dan menyuntik semangat kepada generasi muda mahasiswa untuk menggalas amanah dan menjadi pemimpin negara yang berkaliber dan berwibawa.
Ilmu, Mutu dan Budi
UKM Universiti Watan Kita