Majlis Perasmian Sesi Pemeriksaan Fizikal dan Latihan Ujian Penerimaan Akhir Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Majlis Perasmian Sesi Pemeriksaan Fizikal dan Latihan Ujian Penerimaan Akhir (Final Acceptance Test – FAT) Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) | 29 Julai 2025 | Kuching, Sarawak
Telah berlangsung Majlis Perasmian Sesi Pemeriksaan Fizikal dan Latihan bagi Ujian Penerimaan Akhir (Final Acceptance Test – FAT) Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) yang disempurnakan oleh YBhg. Datu Buckland anak Bangik, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak (Pentadbiran) merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.
Sebagai simbolik permulaan sesi FAT, majlis pembukaan kontena telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA yang berlangsung di Senari Port, Kuching, Sarawak. Seramai 120 orang peserta dijangka menyertai sesi latihan ini, terdiri daripada wakil-wakil JKR Sarawak, JKR Sabah, Skuadron Kejuruteraan Medan 3 (SKN 3) serta Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD). Penyertaan ini bertujuan untuk memastikan kelancaran pelaksanaan program serta pencapaian objektif yang telah ditetapkan.
Latihan ini dirangka bagi memberikan pendedahan terperinci berkaitan prosedur dan teknik pemasangan, peleraian dan penyimpanan jambatan keluli bermodular. Latihan ini juga bertujuan untuk memastikan setiap anggota yang terlibat memperoleh pemahaman mendalam dan kemahiran yang diperlukan, sekaligus mampu melaksanakan pemasangan di lapangan secara tepat, selamat dan mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
