PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Kunjungan Hormat Delegasi LMT Maritime Sdn Bhd kepada Ketua Pengarah NADMA

Kunjungan Hormat Delegasi Lmt Maritime Sdn Bhd Kepada Ketua Pengarah NADMA | 28 Julai 2025
 
Delegasi LMT Maritime Sdn Bhd, yang diketuai oleh pengerusinya, YBhg. Dato’ Seri Haji Amir Hamzah bin Mohd telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah NADMA, YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah bertempat di Pejabat Ketua Pengarah, Aras 7.
 
Kunjungan hormat ini bertujuan bagi meneroka peluang kerjasama antara pihak LMT Maritime Sdn Bhd dengan NADMA terutama dalam peralatan logistik operasi bencana.
 
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh Encik Ibrahim Ali bin Abdul Wahab, Pengarah Urusan dan Encik Hazrin bin Mohd Nizar, Pengurus Besar. Dari pihak NADMA pula dihadiri oleh Encik Jefny bin Muhammad, Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SPKS) dan Encik Ir. Haji Hanizan bin Deraman, Pengarah Mitigasi.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search