PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Latihan Altitud Tinggi Tahun 2025 Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART)

Latihan Altitud Tinggi Tahun 2025 Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART)

 

Penyertaan latihan altitud tinggi ini terdiri daripada 25 orang (2 pegawai, 23 anggota LLP) Pasukan SMART. Ia dilaksanakan pada 08 hingga 11 Julai 2025 bertempat di Daerah Ranau dan Gunung Kinabalu, Sabah. Latihan ini dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), NADMA diikuti sesi perlepasan peserta bagi pendakian ke gunung diadakan pada 09 Julai 2025 jam 1000 pagi bertempat di Timpohon Gate.

 

Pelaksanaan latihan kali ini telah memenuhi semua objektif yang dirancang. Pegawai dan anggota terlibat melaksanakan latihan praktikal pendakian, mencari dan menyelamat di kawasan altitud tinggi, teknik ikatan tali menyelamat iaitu lowering dan hauling serta pembiasaan bekerja di pergunungan dengan ketinggian menjangkau lebih 4,000 meter dari paras laut. Hujan lebat yang secara tiba-tiba turun menyebabkan suhu di gunung mencapai 1°c tidak mematahkan semangat. Ia menjadi nilai tambah dalam usaha peserta meningkatkan tahap kecekapan dan pengetahuan yang lebih mendalam berkaitan operasi mencari dan menyelamat dia aras tinggi.   

 

Latihan kali ini turut dibantu anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ranau dan Pasukan SAR Taman-Taman Sabah dalam penetapan lokasi yang sesuai latihan praktikal. Sesi perasmian penutup dan penyerahan sijil kepada peserta telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) bertempat di perkarangan Ibu Pejabat Kinabalu Park pada 10 Julai 2025.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search