PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Bengkel Kerja dan Mesyuarat Penyelarasan Kompleks Tandas dan Penyediaan Tangki bagi Pembekalan Air Bersih PPS Premis KPM serta Persediaan Serahan Projek Rintis

Bengkel Kerja dan Mesyuarat Penyelarasan Kompleks Tandas dan Penyediaan Tangki bagi Pembekalan Air Bersih Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Premis KPM serta Persediaan Serahan Projek Rintis | 13 Julai 2025 | Pasir Mas, Kelantan
 
Telah berlangsung bengkel dan mesyuarat penyelarasan yang dihadiri oleh YBrs. Tuan Haji Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA di Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Mas, Kelantan.
 
Program pembinaan baru kompleks tandas & penyediaan tangki bagi pembekalan air bersih di PPS aktif terutamanya di premis milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah hasil daripada keputusan Jemaah Menteri yang bersetuju bahawa NADMA perlu memberi perhatian serius isu berkaitan fasiliti tandas dan bilik air berserta keperluan air bersih yang merupakan masalah besar sering berlaku di PPS.
 
Seterusnya, YBrs. Tuan Haji Hussain bin Moh juga telah dibawa melawat ke tapak projek SMKA Lati bagi persediaan serahan Projek Rintis yang akan diadakan kelak. Wakil NADMA yang turut hadir dalam bengkel dan lawatan ini ialah Encik Jefny bin Muhammad, Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial serta Encik Muhammad Zulkeflee bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Teknikal dan Infrastruktur.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search