Mesyuarat Penyelarasan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Negeri Kedah Tahun 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat Penyelarasan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Negeri Kedah Tahun 2025 | 13 Jun 2025 | Bilik Mesyuarat Pasukan SMART, Pulau Meranti, Puchong
Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di Negeri Kedah Tahun 2025 yang telah dihadiri oleh wakil seksyen dalaman NADMA dan wakil daripada Pejabat SUK Negeri Kedah, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Syarikat Air Darul Aman (SADA) Sdn.Bhd.
Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk mendapatkan status terkini Empangan Malut, Kedah dan mengenal pasti keperluan pelaksanaan OPA di kawasan tersebut sebagaimana yang dibangkitkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) Bil.1/2025 yang telah dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 9 Jun lalu.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA dan turut dihadiri oleh YDH DCP Datuk Mazli bin Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA serta para pegawai kanan NADMA yang lain.