Kursus Microsoft Power BI (Beginner) untuk Pengurusan Data Bencana
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Kursus Microsoft Power BI (Beginner) untuk Pengurusan Data Bencana | 21 & 22 April 2025 | Bilik Mesyuarat Utama, Markas SMART
Telah berlangsung Kursus Microsoft Power BI (Beginner) untuk Pengurusan Data Bencana yang dianjurkan oleh Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC). Seramai 33 orang warga NADMA telah menyertai kursus ini yang bertujuan untuk memberikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran asas dalam penggunaan Microsoft Power BI. Fokus utama kursus ini adalah untuk melatih peserta menganalisis, memvisualisasikan dan melaporkan data berkaitan bencana secara lebih efektif dan menarik.
Selain itu, kursus ini juga memanfaatkan teknologi ICT dalam memperkukuh keupayaan penyediaan laporan yang efisien dan berimpak tinggi. Ia sejajar dengan keperluan pendigitalan sektor awam serta inisiatif kerajaan dalam memperkasakan penyampaian perkhidmatan. Kursus ini turut menyokong usaha melahirkan penjawat awam yang berpengetahuan (knowledge workers) serta meningkatkan produktiviti dan ketepatan penyampaian maklumat dalam pengurusan dan kesiapsiagaan bencana.