PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

‘Kereta tak rosak pun tuntut, mohon bantuan diselaraskan’

PETALING JAYA – Mangsa insiden letupan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, memohon agar bantuan dapat diselaraskan dengan lebih baik selepas mendapati kelemahan dalam pengurusan bantuan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights.

Salah seorang mangsa yang enggan dikenali berkata, penerima bantuan terpaksa keluar dari PPS dan berjalan sejauh kira-kira 200 meter ke LRT Putra Heights sekali gus memaksa mereka menyeberangi jalan untuk mendapatkan pertolongan.

“Kenapa suruh mangsa keluar dari PPS hanya untuk ambil bantuan saya mempersoalkan tindakan pihak berkuasa yang dilihat tidak memudahkan urusan mangsa bencana.

“Pengurusan data penerima bantuan juga lemah menyebabkan kami perlu mengisi borang berkali-kali dan ada yang akhirnya terlepas daripada menerima bantuan,” katanya.

Menurutnya, selain bantuan harian, mangsa turut berdepan ketidakpastian mengenai bantuan jangka panjang.

Tambahnya, rumahnya telah diisytiharkan tidak selamat untuk diduduki, menyebabkan dia ditempatkannya di kuarters sementara sehingga pembaikan bumbung dan sistem pendawaian selesai.

“Saya masih tertanya-tanya bagaimana bantuan pembinaan semula akan disalurkan untuk mereka yang rumahnya musnah 100 peratus dan tidak selamat untuk diduduki,” katanya.

Dakwanya, pengagihan bantuan kenderaan juga tidak mempunyai semakan ketat menyebabkan mereka yang tidak benar-benar terjejas turut menerima bantuan.

“Bantuan kenderaan tidak disemak dengan teliti kerana terdapat individu yang baru sahaja pulang dari kampung tetapi kenderaan mereka langsung tidak terjejas.

“Satu keluarga yang ada tiga adik beradik yang lain dalam satu rumah boleh dapat sehingga tiga kereta tetapi mereka yang ‘total lost’ dimana mangsa yang kehilangan kenderaan sepenuhnya tidak mendapat bantuan yang sepatutnya,” katanya.

Dia berharap agar pihak berwajib segera menambah baik sistem pengurusan bantuan, termasuk membangunkan sistem data berpusat untuk memudahkan pemantauan dan penyaluran bantuan dengan lebih cekap. – KOSMO! ONLINE.

Bangkok declares end of disaster situation, except for collapsed building area

BANGKOK: The Bangkok Metropolitan Administration (BMA)’s Disaster Prevention and Mitigation Command Centre issued an official announcement on Thursday (April 3), stating that the disaster situation in the metropolitan area caused by an earthquake has now ended.

All areas in the city are no longer disaster zones, except for the area around the construction site of the new State Audit Office (SAO) building on Kamphaeng Phet 2 Road, Chatuchak District, the statement said.

The under-construction 30-story building collapsed on March 28, 2025, following an earthquake in Myanmar, trapping several workers inside.

The centre stated that although the overall disaster situation in Bangkok has returned to normal, search and rescue operations are still ongoing at the collapsed building.

Officials from various agencies, including rescue workers, structural engineers, and medical teams, are continuing rescue efforts using modern equipment and technology to minimise risks to the personnel involved.

The centre explained that the operation area has been divided into zones, with task forces mobilised to search for those who may still be trapped inside.

6 lubang benam gergasi tunggu masa telan mangsa

BANGKOK – Enam lubang benam gergasi muncul di daerah Khun Yuam, wilayah Mae Hong Son, menyebabkan penduduk tempatan diselubungi kebimbangan, lapor laman berita Thaiger semalam. 

Lubang benam berdiameter antara 2 hingga 30 meter itu pertama kali ditemukan pada 29 hingga 30 Mac lalu di kawasan pertanian di kampung Ban Mae Surin. 

Menurut Pejabat Wilayah 1 Sumber Mineral, lubang benam itu dicetuskan oleh gegaran seismik daripada gempa bumi sekuat 7.7 magnitud yang berpusat di Myanmar pada 28 Mac lalu.

Lubang-lubang benam itu tidak menunjukkan tanda-tanda memperlahan, sebaliknya penenggelaman dan pengembangannya semakin berterusan.

Akhbar The Nation melaporkan, apabila semakin besar kelompangan di bawah tanah, bahagian atas tanah menjadi terlalu berat untuk menampung struktur yang menipis.

Ia mengakibatkan berlakunya pembentukan lubang benam.

Pejabat Wilayah 1 Sumber Mineral telah meminta agar kawasan sekitar lubang benam dipagar untuk memastikan orang ramai dan haiwan peliharaan berada dalam jarak yang selamat. –

AGENSI 

RM460,000 worth of blankets and beds Tzu-Chi donated to Myanmar quake victims

GEORGE TOWN: Blankets and folding beds worth RM460,000 from the Buddhist Tzu-Chi Merits Society Malaysia are on their way to the Myanmar Red Cross Society.

The society's Penang commissioner Datuk Khoo Boo Leong said the items weighing 7.85 tonnes would be delivered using a military plane on Monday.

"They comprise 690 pieces of blankets and 520 pieces of folding beds specifically for hospitals.

"On behalf of the Malaysian Government, an Air Force plane from the Royal Malaysian Air Force's airbase in Subang would deliver the items to the government in Myanmar.

 

"Two members from the society would accompany the plane and they would return on the same day after handing over the aid," he said on Saturday (April 5).

According to Khoo, the plane would also carry aid from the Malaysian Red Crescent Society worth RM54,021 and from the Kembara Kitchen worth RM40,000.

 

UNHCR mohon dana perkukuh sokongan kepada mangsa gempa bumi Myanmar

GENEVA: UNHCR, agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), merayu dana berjumlah US$16 juta bagi membantu 1.2 juta mangsa yang terselamat daripada gempa bumi dahsyat di Myanmar minggu lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
 
Jurucakap UNHCR Babar Baloch berkata pihaknya akan menggunakan dana itu untuk memperluas usaha bantuan kecemasan, menguruskan pusat pemindahan sementara dan menyokong golongan rentan di enam wilayah terjejas sehingga akhir tahun ini.
 
Dalam seminggu sejak gempa bumi melanda wilayah tengah Myanmar, UNHCR telah menyalurkan bekalan sedia ada di dalam negara termasuk kepingan plastik dan set dapur untuk kira-kira 25,000 mangsa terselamat di Wilayah Mandalay, Sagaing dan Bago, selain ibu negara Naypyidaw dan sebahagian negeri Shan.
 
Sebagai sebahagian daripada respons antara agensi terhadap gempa bumi itu, UNHCR mengetuai bersama tindak balas mengenai tempat perlindungan, barangan bantuan kecemasan, penyelarasan kem dan perlindungan.
 
"UNHCR juga sedang menggerakkan bekalan dari gudang-gudang di Myanmar bagi membantu tambahan 25,000 mangsa, namun perlu mengisi semula stok dengan segera untuk memenuhi keperluan besar di kawasan terjejas gempa bumi, selain konflik empat tahun dan pemindahan penduduk," katanya dalam sidang media pada Jumaat di Palais des Nations di Geneva.
 
Jurucakap itu berkata dana tambahan akan membolehkan UNHCR mendapatkan dan mengagihkan kit perlindungan kecemasan serta barangan bantuan, selain menyediakan bantuan kepada mangsa terselamat pada minggu dan bulan awal proses pemulihan. Di kawasan yang mempunyai pusat pemindahan sementara, UNHCR akan menyelaras usaha menambah baik penyampaian perkhidmatan dan mengurangkan risiko.
 
Melalui dana itu juga, UNHCR akan memperkukuh perkhidmatan perlindungan termasuk bantuan guaman, sokongan psikososial dan intervensi bagi kanak-kanak, wanita serta orang kurang upaya.
 
Usaha turut diteruskan bagi menyokong dan memudahkan akses kemanusiaan yang selamat ke kawasan terjejas melalui perkongsian tempatan, katanya.
 
-- BERNAMA
 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search