PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Previous Next

Kunjungan Hormat Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SPKS) serta Pengarah Seksyen Teknikal dan Infrastruktur (STI) atas Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor | 2 Julai 2025
 
Telah berlangsung sesi kunjungan hormat yang diadakan di Bangunan Dato’ Jaafar Iskandar Puteri, Johor. Sesi ini diadakan bertujuan untuk membincangkan beberapa isu berkaitan pengurusan bencana dan penambahbaikan pengurusan bencana di negeri Johor. Sesi ini turut dihadiri oleh Encik Abdul Raof bin Zahari, Timbalan Pengarah SPKS dan Encik Muhammad Zulkeflee bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah STI.
Previous Next

Kunjungan Hormat Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SPKS) serta Pengarah Seksyen Teknikal dan Infrastruktur (STI) atas Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka | 1 Julai 2025
 
Telah berlangsung sesi kunjungan hormat yang diadakan di Kompleks Seri Negeri. Sesi ini diadakan bertujuan untuk membincangkan beberapa isu berkaitan pengurusan bencana dan penambahbaikan pengurusan bencana di negeri Melaka. Sesi ini turut dihadiri oleh Abdul Raof bin Zahari, Timbalan Pengarah SPKS dan Muhammad Zulkeflee bin Yusof, Ketua Penolong Pengarah STI.
Previous Next

1 Julai 2025 - YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri telah menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Bagan Pasir Laut, Bagan Datuk, Perak petang tadi.
 
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat dan Ahli Parlimen Bagan Datuk telah menyampaikan bantuan kebajikan dan kecemasan kepada 23 mangsa yang terjejas dalam kejadian tersebut.
 
YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Pengarah NADMA bersama-sama Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah; Pengarah Pembangunan Negeri Perak, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri; Pegawai Daerah Bagan Datuk dan pemimpin masyarakat setempat turut menyertai lawatan ini.
Previous Next

Program Pre-Delivery Inspection (PDI) di United Kingdom bagi Perolehan 12 Ekor Anjing K9 dan Kelengkapan bagi Tahun 2024 | 21 hingga 29 Jun 2025 | Birmingham, United Kingdom
 
Telah berlangsung Program Pre-Delivery Inspection (PDI) di United Kingdom bagi perolehan 12 ekor anjing K9 dan kelengkapan bagi tahun 2024 anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). Program ini adalah kerjasama antara Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan JBPM sebagai persediaan SMART yang bakal melaksanakan penilaian pensijilan INSARAG External Reclassification (IER) pada September 2026.
 
Tujuan program ini adalah bagi memastikan komponen K9 yang dibekalkan memenuhi kriteria dari segi umur, baka, kesihatan dan tahap latihan yang diperlukan mengikut spesifikasi kontrak atau keperluan operasi. Selain itu, ia juga adalah untuk memastikan komponen berada dalam keadaan kesihatan yang baik, bebas daripada sebarang penyakit berjangkit, kecacatan fizikal atau gangguan tingkah laku yang boleh menjejaskan tugas.
 
Program ini telah dihadiri oleh 6 orang wakil dari 3 agensi iaitu Dr Ajantha Segarmurthy; Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA, Dr Mas Ayu Suraya binti Abd Rahman; Pegawai Veterinar Kanan Jabatan Khidmat Veterinar, PgKB II Zulfikar Bin Jaafar; Penguasa Kanan Bomba II, TPgB I Pramnath A/L Harikisna; Timbalan Penguasa Bomba I, PBK I Thivagaran A/L Yutaman; Pegawai Bomba Kanan I dan PBK I Thompson Anak Kalam, Pegawai Bomba Kanan I.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search