PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Previous Next

Sesi Libat Urus NADMA bersama Kerajaan Negeri Sabah Tahun 2025: Mesyuarat Penyelarasan Peruntukan Bencana NADMA | 22 Julai 2025 | Bilik Mesyuarat Unit Pembangunan Ekonomi Negeri, Aras 19, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

Pengerusi: YBrs. Tn. Hj. Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca), NADMA

 

Objektif Program:

(i) Pengemaskinian maklumat pelaporan bagi perbelanjaan peruntukan BWI, pengurusan pengoperasian bencana MTL 2024/2025 serta lain-lain peruntukan NADMA.

(ii) Perbincangan isu dan permasalahan di lapangan berkaitan peruntukan BWI, pengurusan pengoperasian bencana dan lain-lain.

(iii) Pemantauan status pelaksanaan projek State Disaster Command Centre (SDCC) dan Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) serta penyelenggaraan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

(iv) Pendaftaran terkini NGO di negeri Sabah.

(v) Pengenalan Arahan NADMA No. 1, Dasar Pengurangan Risiko Bencana (DRR) 2030 dan Cadangan Pelaksanaan BWI melalui sistem MyIBJKM.

 

Kesimpulan:

Kedudukan semasa baki peruntukan bencana adalah mencukupi di negeri Sabah. Pihak JPBN dan JPBD di negeri Sabah disarankan agar mengambil perhatian dan memahami dokumen-dokumen yang dikeluarkan oleh NADMA seperti Arahan NADMA No. 1, Dasar DRR 2030 dan Garis Panduan-Garis Panduan NADMA berkaitan pemberian bantuan bencana dan pengurusan pengoperasian bencana dalam memastikan keberkesanan pengurusan bencana di negeri Sabah.

Previous Next

Modul Pengurusan Bencana bagi Kursus International Senior Police Officers Command Course (ISPOCC) | 22 Julai 2025 | Markas Smart, Puchong
 
Telah berlangsung Kursus International Senior Police Officers Command Course (ISPOCC) ke-49 bagi Modul Pengurusan Bencana yang dihadiri seramai 33 orang Pegawai Kanan Polis berpangkat setara Superintenden (setara bagi negara-negara luar) terdiri daripada (10) pegawai PDRM, (20) peserta luar negara dan (3) daripada agensi penguatkuasaan lain Malaysia.
 
Pada sebelah pagi, taklimat berkenaan Pengenalan Arahan Nadma No 1 telah disampaikan oleh Supt Muhammad Rozhan bin Rosli, Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi disusuli dengan taklimat berkenaan Humanitarian Assistance and Disaster Relief or High Availability Disaster Recovery yang disampaikan oleh Dr Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi.
 
Pada sebelah petang, program ini telah disambung dengan lawatan ke Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC). Sedikit taklimat dan penerangan telah disampaikan oleh Encik Mohd Syafiq bin Ahmad Dusuki, Penolong Pengarah NDCC.
Previous Next

21 Julai 2025 - Pengurusan tertinggi dan warga NADMA telah menghadiri ke Perjumpaan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Julai Tahun 2025 di Dewan De’ Seri Endon Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya.
 
Dalam ucapannya, beliau turut menekankan bahawa kecemerlangan dan pencapaian penjawat awam serta sektor swasta adalah penting dalam memacu kecemerlangan negara di peringkat global. Salah satu kejayaan yang membanggakan adalah peningkatan kedudukan Malaysia dalam Kedudukan Daya Saing Dunia oleh IMD, yang menyaksikan negara melonjak dari tempat ke-34 pada tahun 2024 ke tempat ke-23 pada tahun 2025. Peningkatan ini menjadikan Malaysia satu-satunya negara yang mencatat lonjakan lebih daripada 10 anak tangga, hasil daripada peningkatan prestasi ekonomi dan kecekapan kerajaan.
Previous Next

NADMA–NEMA: Jalin Kerjasama Strategik Pengurusan Bencana | 14 hingga 18 Julai 2025 | Wellington, New Zealand
 
YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah telah mengadakan lawatan kerja ke Auckland, Rotorua dan Wellington, New Zealand. Lawatan kerja ini bertujuan untuk memperkukuh kerjasama dua hala sedia ada dan meneroka potensi baharu dalam pelbagai bidang strategik merangkumi pendidikan, francais, perniagaan, pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET), pelancongan, pembangunan komuniti orang asli Malaysia dan Māori, industri halal serta pengurusan bencana.
 
Mengambil kira bidang pengurusan bencana sebagai antara agenda utama lawatan, YBhg. Datuk Abdul Halim bin Hamzah, Ketua Pengarah NADMA telah turut serta dalam lawatan kerja ini. YAB Timbalan Perdana Menteri dan delegasi Malaysia telah dibawa melawat ke National Crisis Management Centre (NCMC), National Emergency Management Agency (NEMA) yang bertempat di The Bunker@Beehive, Wellington pada 17 Julai 2025.
 
Lawatan ke NCMC telah dimulakan dengan taklimat oleh Mr. John Price, Deputy Chief Executive NEMA mengenai operasi NCMC dan disusuli dengan lawatan tinjauan ke The Bunker@Beehive. NCMC merupakan pusat kawalan strategik New Zealand dalam menghadapi bencana dan kecemasan nasional yang beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Pusat ini terletak di aras bawah bangunan eksekutif Parlimen yang direka bentuk khas sebagai fasiliti keselamatan tinggi dan kalis gempa bumi. Ia memainkan peranan penting dalam menyelaras tindakan pelbagai agensi semasa menghadapi bencana seperti gempa bumi, tsunami, kebakaran hutan dan pandemik. Kedua-dua pihak menyatakan komitmen berterusan untuk memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang pengurusan bencana.
Previous Next

Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan Program Insarag External Reclassification (IER) 2026 | 15 hingga 18 Julai 2025 | Hotel Royale Chulan, Cherating, Pahang
 
Telah berlangsung sesi Mesyuarat Pemantauan Pelaksanaan Program IER 2026 yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA. Mesyuarat ini bertujuan untuk memuktamadkan dokumen Comprehensive Portfolio of Evidence (CPoE) sebagai dokumen pembuktian aktiviti SMART dalam proses IER serta memuktamadkan Perintah Tetap Operasi Pasukan SMART ke luar negara yang dikemaskini agar selari dengan praktis semasa.
 
Selain itu, ia juga melengkapkan Modul Latihan USAR SMART NADMA mengikut komponen management, search, rescue dan logistics sebagai rujukan penguji dan keseragaman teknik latihan para jurulatih Pasukan SMART. Program ini telah berjaya menghasilkan dokumen-dokumen yang melibatkan komponen management, search, rescue dan logistics serta dokumen CPoE bagi menuju ke arah IER SMART 2026.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search