PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Previous Next

Asean Regional Disaster Emergency Response Simulation Exercise 2025 (ARDEX25) | 21 hingga 25 Julai 2025 | Phnom Penh, Cambodia
 
Penyertaan pegawai NADMA dan Pasukan SMART ke latih amal ini telah mencapai objektifnya dalam memenuhi obligasi negara di peringkat ASEAN berdasarkan bentuk bantuan yang telah dipersetujui oleh setiap negara dalam AJDRP Standby Arrangement (Malaysia- Pasukan USAR); serta menguji pengetahuan dan kefahaman pegawai NADMA dalam mekanisme tindak balas /bantuan bencana serantau.
 
Pada masa yang sama, penyertaan ini bukan sahaja memberi mata kredit kepada Pasukan SMART untuk IER 2026, malahan juga merealisasikan langkah NADMA dalam rangka mempromosi keupayaan teknikal dan taktikal SMART kepada negara ASEAN lain dan menjadi aktiviti yang menyokong kepengerusian ASEAN pada tahun 2025 ini.
 
ARDEX 2027 yang bakal diadakan di Singapura, mensasarkan penglibatan aktif pegawai NADMA dan SMART seumpama ARDEX25, dengan penambahan penyertaan komponen bantuan bencana lain seperti Emergency Medical Team (EMT) daripada KKM dan WHO-certified EMT dari Mercy Malaysia, serta pasukan bantuan bencana ATM.
Previous Next

Asean Regional Disaster Emergency Response Simulation Exercise 2025 (ARDEX25) | 21 hingga 25 Julai 2025 | Phnom Penh, Cambodia
 
Program latih amal bencana peringkat ASEAN ini diadakan secara dwitahunan, dianjurkan secara bersama oleh Sekretariat ASEAN, AHA Centre dan the National Committee for Disaster Management of the Kingdom of Cambodia (NCDM).
 
Setiap 2 tahun, semua 10 negara anggota ASEAN selaku ahli ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM) akan mengambil bahagian dalam latih amal bantuan bencana serantau yang diadakan secara fizikal untuk menguji instrumen ASEAN dalam menghadapi bencana berskala besar termasuk pelan kontigensi ASEAN Joint Disaster Response Plan (AJDRP), prosedur standard pengurusan bantuan bencana serantau - Standby Arrangement SOP (SASOP) dan mekanisme tindak balas serantau dan antarabangsa dalam 3 kaedah latih amal - Table Top Exercise (TTX), Field Training Exercise (FTX) dan Command Post Exercise (CPX).
 
Penglibatan Malaysia dalam program latih amal ini sebagai mematuhi Perjanjian ASEAN Agreement on Disaster Management and Emergency Response (AADMER) yang menuntut semua negara anggota mengambil bahagian dan terlibat dalam menguji kesiapsiagaan ASEAN dalam tindak balas bencana serantau berdasarkan prinsip ‘One ASEAN One Response’.
Previous Next

Program Perkongsian Kumpulan Kajian Sistem Commcity sebagai Mekanisma Pengurusan Bencana oleh Konsortium Rakan NADMA – USM
 
25 Julai 2025 - Telah berlangsung program Perkongsian Kumpulan Kajian Sistem Commcity Konsortium Rakan NADMA - USM. Antara perkongsian yang dibentangkan iaitu prototaip Pengurusan Risiko Bencana yang berpotensi untuk kegunaan komuniti di lapangan berfokuskan akses, parkir dan info bencana. Prototaip ini juga berpotensi untuk menjadi sub modul myibjkm.
Previous Next

Pemakluman Penempatan Pegawai Bertukar Masuk ke NADMA

 

Selamat datang dan selamat bertugas diucapkan kepada Encik Abdul Aziz bin Mahamad Zabidin , Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M12 yang ditempatkan sebagai Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial, Bahagian Pengurusan Pasca Bencana mulai 18 Julai 2025.

Previous Next

Kunjungan Hormat oleh High Commission of India ke NADMA | 23 Julai 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Telah berlangsung sesi kunjungan hormat oleh High Commission of India (HCI) yang diwakili oleh Mrs. J. Rocheus Sukanya, Kaunselor (Politik) HCI yang diadakan di Bilik Mesyuarat Lubuk Paku, Aras 7, Ibu Pejabat NADMA. Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh YBrs. Encik Rusli bin Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan mewakili YBhg. Datuk Timbalan Ketua Pengarah (Dasar).
 
Dalam sesi ini, Mrs. J. Rocheus Sukanya telah berkongsi mengenai sistem amaran awal yang telah dibangunkan oleh Kerajaan India, di bawah Ministry of Telecommunication of India, iaitu C-DOT Cell Broadcast Solution. Sistem ini menyediakan amaran dalam masa nyata (real-time delivery warning) yang mengguna pakai teknologi penyiaran sel (cell broadcast) sebagai satu usaha mengurangkan risiko bencana.
 
Sistem ini telah berada dalam fasa awal pelaksanaan di India dan merupakan penyelesaian menyeluruh untuk amaran kecemasan berbilang bahasa yang disasarkan kepada berjuta-juta telefon mudah alih dalam beberapa saat. Proses penyampaian maklumat bencana melalui sistem ini melibatkan integrasi automatik antara platform penyebaran amaran kecemasan kerajaan dan rangkaian telekomunikasi di India bagi memastikan penyampaian maklumat segera kepada rakyat yang terjejas.
 
Selain itu, beliau turut berkongsi mengenai CAP-Integrated Alert System iaitu satu sistem yang turut dibangunkan oleh Kerajaan India bagi membolehkan pihak berkuasa pengurusan bencana menghantar amaran bencana dalam bentuk multimedia secara automatik kepada rakyat melalui SMS, siaran sel (cell broadcast), televisyen, radio dan media sosial. Sistem ini melibatkan pelbagai pihak berkepentingan untuk mengurangkan jurang komunikasi dan menggunakan teknologi satelit untuk memastikan komunikasi yang berkesan serta capaian hingga ke peringkat terakhir.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search