PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Paras Air Empangan Utama Makin Susut, NADMA Lancar Operasi ‘Bom Awan’ Di 4 Negeri Mulai 6 April Ini

Cuaca panas yang semakin memuncak kini mula memberi kesan serius terhadap paras air empangan di beberapa negeri utama

Susulan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bakal melaksanakan empat siri Operasi Pembenihan Awan (OPA) sebagai langkah kecemasan bagi menambah bekalan air.

Menurut laporan BERNAMA, operasi tersebut dijadual berlangsung dari 6 hingga 9 April melibatkan negeri Perak, Kedah, Perlis dan Johor yang dikenal pasti mengalami penurunan takungan air yang ketara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan memandang serius fenomena cuaca panas susulan peralihan monsun yang bermula 29 Mac lalu dan dijangka berterusan sehingga Mei ini.

"Untuk itu, NADMA akan menyelaras dan melaksanakan empat siri OPA di Perak, Kedah, Perlis dan Johor pada 6 hingga 9 April ini.

"Tindakan segera ini adalah sebagai langkah proaktif bagi menangani keadaan kadar takungan air empangan di negeri itu yang semakin menurun akibat cuaca panas,"
 katanya.

Sebanyak 11 empangan utama terlibat dalam operasi itu

Ia termasuk Empangan Timah Tasoh (Perlis), Empangan Ahning, Pedu dan Muda (Kedah), Empangan Temenggor dan Bukit Merah (Perak) serta lima empangan di Johor seperti Lebam dan Gunung Pulai.

OPA ini akan dijalankan dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menyediakan pesawat C130 Hercules, manakala Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) bertanggungjawab menyelaras aspek teknikal serta saintifik pembenihan awan.

"Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), saya menyeru supaya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memastikan Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) diaktifkan dan diperkasa.

"Ini bagi memastikan keputusan yang hendak diambil adalah merujuk kepada maklumat teknikal dan berasaskan data (data-driven)," 
katanya.

Menurut beliau, semua agensi berkaitan perlu menyalurkan maklumat penting seperti aras empangan, bekalan air mentah serta tahap kelembapan tanah ke SDCC untuk dianalisis secara berpusat.

"Dalam kita memperkukuh pendekatan teknikal ini, saya ingin menegaskan bahawa tindak balas kerajaan tidak boleh bersifat mekanikal semata-mata.

"Pendekatan kemanusiaan mesti menjadi teras utama. Kita perlu memastikan setiap intervensi benar-benar sampai kepada mereka yang paling terkesan khususnya golongan berpendapatan rendah, warga emas, petani kecil serta komuniti yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air tempatan," 
katanya.

Dalam masa sama, kerajaan turut bersedia melaksanakan langkah sokongan seperti penghantaran bekalan air menggunakan lori tangki ke kawasan terjejas.

Bekalan air, pembenihan awan langkah segera tangani cuaca panas

KUALA LUMPUR, 1 April – Penghantaran bekalan air menggunakan lori tangki serta pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA) antara langkah segera kerajaan bagi meningkatkan aras empangan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) turut menegaskan semua agensi berkaitan perlu menyalurkan maklumat berpusat termasuk pemantauan aras empangan, bekalan air mentah, kelembapan tanah serta kawasan berisiko bagi membolehkan tindakan segera dilakukan.

“Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) perlu mengaktifkan dan memperkasa Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) bagi memastikan keputusan dibuat berasaskan data dan maklumat teknikal.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menyelaras empat siri OPA di Perak, Kedah, Perlis dan Johor bermula 6 hingga 9 April ini dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia),” menurut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid.

Langkah proaktif itu diambil susulan fenomena cuaca panas akibat peralihan monsun yang bermula 29 Mac lalu dan dijangka berterusan hingga Mei.

Walaupun tempoh berkenaan lazimnya membawa ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan, terdapat lokasi berisiko mengalami gelombang haba tahap satu dan dua dengan suhu mencecah antara 35 hingga 40 darjah Celsius.

Keadaan itu menjejaskan aras air empangan serta memberi impak kepada sumber air, sektor pertanian dan kehidupan harian rakyat, khususnya golongan rentan di luar bandar dan pedalaman.

Dalam pada itu, pendekatan kemanusiaan terus diberi penekanan bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan paling terkesan termasuk berpendapatan rendah, warga emas dan petani kecil.

Ahmad Zahid Orders States To Activate Disaster Centres As Heatwave Intensifies

The government is ramping up its response to intensifying heatwave conditions, with temperatures in several areas expected to reach between 35°C and 40°C, straining water supply, agriculture and daily life.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi said state-level preparedness must be strengthened, including the immediate activation of State Disaster Control Centres (SDCC) to ensure decisions are guided by real-time, data-driven inputs.

He said immediate response measures are already underway, including the delivery of emergency water supply to affected areas.

Meanwhile, the National Disaster Management Agency will implement Cloud Seeding Operations (OPA) in Perak, Kedah, Perlis and Johor from April 6 to 9 to help raise dam water levels affected by prolonged dry conditions.

Zahid stressed that the government’s priority is to ensure assistance reaches vulnerable groups, including low-income households, the elderly, small-scale farmers and communities dependent on local water sources.

He also urged the public to use water prudently and adhere to authorities’ instructions as the country navigates the ongoing heatwave.

Operasi pembenihan awan di empat negeri bermula 6 April ini

PETALING JAYA: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan melaksanakan empat siri Operasi Pembenihan Awan di Perak, Kedah, Perlis dan Johor pada 6 hingga 9 April ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia sebagai langkah proaktif menangani penurunan paras takungan air empangan akibat cuaca panas.

Beliau berkata, kerajaan memandang serius fenomena cuaca panas susulan peralihan monsun yang bermula 29 Mac lalu dan dijangka berterusan sehingga Mei ini.

“Untuk itu, NADMA akan menyelaras dan melaksanakan empat siri pembenihan awan di Perak, Kedah, Perlis dan Johor pada 6 hingga 9 April.

“Tindakan segera ini adalah sebagai langkah proaktif bagi menangani keadaan kadar takungan air empangan di negeri itu yang semakin menurun akibat cuaca panas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pembenihan awan itu memberi fokus kepada 11 lokasi empangan iaitu Empangan Timah Tasoh di Perlis; Empangan Ahning, Empangan Pedu dan Empangan Muda di Kedah; Empangan Temenggor dan Empangan Bukit Merah di Perak dan Empangan Lebam, Empangan Upper Layang, Empangan Lower Layang, Empangan Gunung Pulai dan Empangan Machap di Johor.

Ahmad Zahid berkata, NADMA bekerjasama dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi menyediakan pesawat C130 Hercules serta pasukan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), menyelaras aspek teknikal serta saintifik pembenihan awan.

“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), saya menyeru supaya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memastikan Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) diaktifkan dan diperkasa.

“Ini bagi memastikan keputusan yang hendak diambil adalah merujuk kepada maklumat teknikal dan berasaskan data,” katanya.

Katanya, JPBN perlu bertindak awal dengan mengenalpasti keperluan rakyat, pertanian dan komersial seperti penghantaran bantuan bekalan air kecemasan melalui lori tangki ke kawasan yang mengalami gangguan bekalan air kritikal serta permohonan pelaksanaan pembenihan awan bagi meningkatkan aras air empangan dengan lebih tepat.

“Selain itu, JPBN perlu mengenal pasti kaedah terbaik sebagai strategi jangka sederhana termasuk mengenal pasti kawasan takungan air semasa musim hujan untuk kegunaan ketika cuaca panas.

“Pada masa sama, semua agensi kerajaan perlu mempergiat tindakan bagi memastikan kumpulan sasar masing-masing tidak terjejas, khususnya dalam sektor bekalan makanan, pertanian, kesihatan awam, pendidikan, keusahawanan, penternakan dan lain lain lagi yang dijangka terjejas,” katanya.- UTUSAN

Cloud seeding in 4 states to raise dam levels amid hot spell

PUTRAJAYA:
 The National Disaster Management Agency (Nadma) will carry out cloud seeding operations in Perak, Kedah, Perlis and Johor from April 6 to 9 as a proactive measure to increase dam water levels affected by the prolonged hot weather.

Deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi said the hot spell, caused by the monsoon transition which began on March 29, was expected to continue until May.

“Although this period brings the formation of thunderstorms and heavy rainfall in the western parts of Peninsular Malaysia, as well as Sabah and Sarawak, several areas remain at high risk of experiencing level one and level two heatwaves.

“These conditions have not helped to increase dam water levels, thereby affecting water resources and the agricultural sector, and also impacting the daily lives of the people,” he said in a statement.

The cloud seeding operations will be carried out in collaboration with the Royal Malaysian Air Force and meteorological department.

They will focus on 11 dams, namely the Timah Tasoh dam in Perlis; Ahning, Pedu and Muda dams in Kedah; Temenggor and Bukit Merah dams in Perak; and Lebam, Upper Layang, Lower Layang, Gunung Pulai and Machap dams in Johor.

 
 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search