ππππππππ ππππππππ πππππππ πππππ ππππ ππππππππππ πππππ, πππππππ πππππππππππππ πππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ππππππππ ππππππππ πππππππ πππππ ππππ ππππππππππ πππππ, πππππππ πππππππππππππ πππππππ
Β
BRAZIL, 10 Julai 2026 β Penyertaan aktif NADMA dalam Siri Mesyuarat INSARAG 2026 di Brazil membuktikan Malaysia bukan sekadar peserta, tetapi rakan strategik yang dipercayai dalam ekosistem penyelamatan bencana global. Dengan pengesahan ICMS Versi 3.0 dan pelancaran πππππππ ππΆπͺπ₯π¦ππͺπ―π¦π΄ 2026β2031, Malaysia kini dilengkapi rangka kerja terkini untuk memperkukuh keupayaan USAR negara serta mempercepatkan tindak balas kecemasan demi keselamatan rakyat.
Β
Datuk Dr. Abdul Gapar Abu Bakar dalam perbincangan strategik ini turut mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju kesiapsiagaan bencana di rantau Asia Pasifik sejajar dengan komitmen Kerajaan MADANI untuk memastikan sistem pengurusan bencana negara sentiasa relevan, terkini dan berpandukan piawaian antarabangsa.
π πππ πππππ ππππππππ (π ππ) πππππππ πππππ βπππππΎπππ πππ½πΌπ ππΌππΎππβ ππππ ππππππππ πππππππππππππ πππ πππππππππ ππππππ πππππ πππππππ πππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
π
πππ πππππ ππππππππ (π
ππ) πππππππ πππππ βπππππΎπππ πππ½πΌπ ππΌππΎππβ ππππ ππππππππ πππππππππππππ πππ πππππππππ ππππππ πππππ πππππππ πππππ
SHAH ALAM, 16 Julai 2026 β Kesiapsiagaan negara menghadapi insiden bencana udara diperkukuh menerusi pelaksanaan ππΆππ ππ€π’ππ¦ ππΉπ¦π³π€πͺπ΄π¦ (πππ) Bencana Udara βππΉπ¦π³π€πͺπ΄π¦ ππ³π£π’π― ππ’ππ€π°π―β2026
Program anjuran ππ’ππ’πΊπ΄πͺπ’ ππͺπ³π±π°π³π΅π΄ ππ°ππ₯πͺπ―π¨π΄ ππ¦π³π©π’π₯ (ππππ) melalui ππͺπ³π±π°π³π΅ ππͺπ³π¦ π’π―π₯ ππ¦π΄π€πΆπ¦ ππ¦π³π·πͺπ€π¦ (ππππ), dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), merupakan kesinambungan kepada kepada ππ’π£ππ¦ ππ°π± ππΉπ¦π³π€πͺπ΄π¦ (πππ) yang diadakan pada 15 Julai 2026.
Β
Latih amal ini menguji keupayaan pelbagai agensi melaksanakan tindakan balas kecemasan secara pantas, cekap dan bersepadu, di samping memperkukuh koordinasi operasi bagi melindungi nyawa serta harta benda.
Β
Pelaksanaannya bertujuan meningkatkan kefahaman dan penyelarasan antara agensi berdasarkan Pelan Kecemasan Aerodrom (AEP), Manual NAMSAR dan Arahan NADMA No. 1.
FSX ini turut melibatkan agensi kerajaan dan pemegang taruh pengurusan bencana di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Petaling.
Latih amal ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama strategik dan memastikan kesiapsiagaan negara sentiasa berada pada tahap terbaik dalam menghadapi insiden bencana udara.
ππππππππ πππππ πππππ ππππππππππ ππππ ππππππππ πππππππππππ πππππππ πππ πππ ππππππππππππ ππππ πππππ ππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ππππππππ πππππ πππππ ππππππππππ ππππ ππππππππ πππππππππππ πππππππ πππ πππ ππππππππππππ ππππ πππππ ππππππΒ
Β
PUTRAJAYA, 16 Julai 2026 β Kerajaan terus memperkukuh komitmen dalam menjamin keselamatan bekalan air negara melalui usaha memperkasa Empangan Bukit Merah, Perak sebagai infrastruktur kritikal yang menyokong keperluan domestik, pertanian dan kelangsungan ekonomi. Inisiatif ini turut meningkatkan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi cabaran perubahan iklim, cuaca ekstrem serta risiko bencana berkaitan sumber air.
Β
Komitmen tersebut dizahirkan menerusi Mesyuarat Penyelarasan Situasi Semasa Empangan Bukit Merah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datoβ Meor Ismail Meor Akim. Mesyuarat ini menjadi platform strategik bagi menyelaras pengurusan empangan, memperkukuh kerjasama antara agensi serta memastikan aspek keselamatan, operasi dan daya tahan empangan sentiasa berada pada tahap optimum. Dalam mesyuarat tersebut, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut membentangkan pelbagai inisiatif termasuk pelaksanaan Projek Memperkukuh Struktur dan Fasiliti Empangan Tebatan Banjir Empangan Bukit Merah, Kerian, Perak yang bermula pada tahun 2024 dan dijangka meningkatkan kapasiti simpanan air sebanyak 3.30 juta meter padu bagi memenuhi keperluan bekalan air sektor pertanian serta kegunaan domestik untuk jangka panjang.
Β
Turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA, Pengarah Sektor Teknologi dan Infrastruktur (STI) NADMA, wakil Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia serta Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak. Kerjasama erat antara semua agensi ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh pengurusan risiko bencana, memodenkan infrastruktur kritikal serta memastikan keselamatan dan kelangsungan bekalan air negara terus terpelihara demi kesejahteraan rakyat.
πππππ ππππ πππππππ πππππ βπππππΎπππ πππ½πΌπ ππΌππΎππ"ππππ ππππππππ ππππππππππ ππππππππππ πππππππ πππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ ππππ πππππππ πππππ βπππππΎπππ πππ½πΌπ ππΌππΎππ"ππππ ππππππππ ππππππππππ ππππππππππ πππππππ πππππ
Β
SHAH ALAM, 15 Julai 2026 β Keselamatan rakyat terus diperkukuh melalui kesiapsiagaan agensi-agensi berkaitan dalam menghadapi insiden bencana udara menerusi penyelarasan yang lebih cekap, pantas dan bersepadu, sekaligus meningkatkan keupayaan tindak balas kecemasan serta mengurangkan impak terhadap nyawa dan harta benda.
Β
Komitmen ini dizahirkan menerusi Majlis Perasmian Latih Amal Bencana Udara βππΉπ¦π³π€πͺπ΄π¦ ππ³π£π’π― ππ’ππ€π°π―β 2026 bertemakan βIntegrasi Perkasa, Aspirasi Nusaβ yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Program anjuran ππ’ππ’πΊπ΄πͺπ’ ππͺπ³π±π°π³π΅π΄ ππ°ππ₯πͺπ―π¨π΄ ππ¦π³π©π’π₯ (ππππ) melalui Bahagian Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (ππͺπ³π±π°π³π΅ ππͺπ³π¦ π’π―π₯ ππ¦π΄π€πΆπ¦ ππ¦π³π·πͺπ€π¦ β ππππ) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ini bertujuan meningkatkan kefahaman serta memperkukuh penyelarasan antara agensi kerajaan dalam pengurusan dan pengendalian bencana udara berdasarkan Pelan Kecemasan Aerodrom (AEP), Manual Mencari dan Menyelamat Aeronautika dan Maritim Kebangsaan (NAMSAR) serta Arahan NADMA No. 1.
Β
Ketua Pengarah NADMA, Datoβ Meor Ismail Meor Akim telah menghadiri majlis perasmian yang disempurnakan oleh Mohd Najwan Halami, Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor mewakili Datoβ Menteri Besar Selangor. Turut hadir ialah Pengarah Urusan MAHB, Datoβ Mohd Izani Ghani. NADMA turut diwakili oleh Dr. Ajantha A/P Segarmurthy sebagai Penilai Table Top Exercise (TTX), PPj. (PA) Mulliadi Al-Hamdi Ladin sebagai penceramah Arahan NADMA No. 1, serta Muhamad Haiqal Shaharuddin dan Mohamad Azim Nazmi Adrus sebagai Pemerhati TTX. Latih amal ini menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama strategik, meningkatkan kecekapan tindak balas pelbagai agensi serta memastikan kesiapsiagaan negara berada pada tahap terbaik dalam menghadapi sebarang bencana udara.
πππππ ππππ ππΌπππ-π πΌππΌπ ππππ ππππππππ πππππππππ πππππππππ, πππππππ πππππππππ πππ ππππ πππππππ
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
πππππ ππππ ππΌπππ-π
πΌππΌπ ππππ ππππππππ πππππππππ πππππππππ, πππππππ πππππππππ πππ ππππ πππππππ
Β
KOTA BHARU, 15 Julai 2026 β Rakyat mendapat manfaat melalui keupayaan agensi penyelamat yang sentiasa bersedia bertindak secara pantas, cekap dan bersepadu dalam menghadapi insiden atau kemalangan helikopter di kawasan luar pesisir, sekaligus meningkatkan peluang menyelamatkan nyawa serta memperkukuh kesiapsiagaan negara.
Β
Usaha ini dizahirkan menerusi pelaksanaan ππ¦π’π³π€π© π’π―π₯ ππ¦π΄π€πΆπ¦ ππΉπ¦π³π€πͺπ΄π¦ β ππ§π§π΄π©π°π³π¦ ππ°πͺπ―π΅ ππ¦π³π°π―π’πΆπ΅πͺπ€π’π ππ¦π’π³π€π© π’π―π₯ ππ¦π΄π€πΆπ¦ (πππππ-πππππ)2026 yang berlangsung pada 14 hingga 15 Julai 2026 di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan, dengan simulasi latihan di Blok PM3 CAA, Laut China Selatan. Latih amal anjuran CAAM bersama PETRONAS, Hibiscus Petroleum dan Weststar Aviation Sdn. Bhd. ini bertujuan menguji prosedur Offshore-JASAR dan NAMSAR serta meningkatkan koordinasi antara agensi kerajaan, operator penerbangan dan industri minyak serta gas.
Β
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) diwakili oleh DCP Datuk Mazli Mazlan dan Arjunaidi Ismail sebagai Pemerhati dan Penilai. SAREX-JASAR 2026 menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama strategik, meningkatkan kecekapan tindak balas bersepadu serta memperkemas proses membuat keputusan ketika tempoh kritikal (ππ°ππ₯π¦π― ππ°πΆπ³).
