PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Previous Next

𝐊𝐎𝐎𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏, 𝐑𝐄𝐒𝐏𝐎𝐍𝐒 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐒: 𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐅𝐈𝐍𝐀𝐋 𝐏𝐋𝐀𝐍𝐍𝐈𝐍𝐆 𝐂𝐎𝐍𝐅𝐄𝐑𝐄𝐍𝐂𝐄 (𝐅𝐏𝐂) 𝐒𝐀𝐑𝐄𝐗 𝐋𝐎𝐍𝐆 𝐒𝐄𝐌𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐇𝐀𝐏 𝟑 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐓𝐈𝐌
 
KOTA BHARU, 21 Julai – Kesiapsiagaan menghadapi kecemasan maritim bermula dengan koordinasi yang kukuh antara agensi demi melindungi keselamatan rakyat.
 
NADMA telah menghadiri Mesyuarat Final Planning Conference (FPC) bagi Search and Rescue Exercise (SAREX) Long Semerak Tahap 3 Tahun 2026 di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Kapten Maritim Mohd Marmizi Md Nor, Timbalan Pengarah Operasi, Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang, memberi tumpuan kepada penyelarasan akhir latihan berasaskan Arahan NADMA No. 1, National Aeronautical Maritime Search and Rescue (NAMSAR) Manual dan Peraturan Tetap Operasi (PTO) agensi bagi memperkukuh kesiapsiagaan serta keberkesanan operasi mencari dan menyelamat.
 
NADMA diwakili oleh Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, DCP Datuk Mazli Mazlan, sebagai komitmen berterusan untuk memastikan tindak balas bencana dilaksanakan secara bersepadu, cekap dan berkesan demi keselamatan rakyat.
Previous Next

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐄𝐗𝐈𝐌 𝐁𝐀𝐍𝐊 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐁𝐔𝐃𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐍𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐍𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍
KUALA LUMPUR, 21 Julai – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh budaya kesiapsiagaan bencana dalam sektor korporat menerusi Kursus 𝘌𝘮𝘦𝘳𝘨𝘦𝘯𝘤𝘺 𝘢𝘯𝘥 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 yang dianjurkan oleh 𝘌𝘹𝘱𝘰𝘳𝘵-𝘐𝘮𝘱𝘰𝘳𝘵 𝘉𝘢𝘯𝘬 𝘰𝘧 𝘔𝘢𝘭𝘢𝘺𝘴𝘪𝘢 𝘉𝘦𝘳𝘩𝘢𝘥 (𝘌𝘟𝘐𝘔 𝘉𝘢𝘯𝘬) melalui Jabatan Pembelajaran dan Pembangunan, Bahagian Pengurusan Modal Insan sebagai sebahagian daripada Program Kesedaran 𝘉𝘶𝘴𝘪𝘯𝘦𝘴𝘴 𝘊𝘰𝘯𝘵𝘪𝘯𝘶𝘪𝘵𝘺 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 (𝘉𝘊𝘔).
Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kesiapsiagaan warga kerja dalam menghadapi sebarang insiden bencana dan situasi kecemasan, di samping memperkukuh amalan pengurusan risiko serta kesinambungan operasi organisasi. Peserta turut didedahkan kepada aspek pengurusan banjir, termasuk punca, tanda-tanda awal, faktor risiko serta langkah kesiapsiagaan dan tindakan keselamatan sebelum, semasa dan selepas bencana.
Bagi memperkukuh pemahaman peserta terhadap sistem pengurusan bencana negara, Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, NADMA telah dijemput menyampaikan ceramah bertajuk "Mekanisme Pengurusan Bencana di Negara". Sesi tersebut memberi penerangan mengenai struktur pengurusan bencana negara, mekanisme penyelarasan pelbagai agensi serta peranan setiap pihak dalam memastikan tindak balas bencana dilaksanakan secara cekap, terselaras dan berkesan.
Melalui kerjasama strategik antara NADMA dan EXIM Bank, usaha memperkukuh budaya kesiapsiagaan bencana terus diperkasa bagi memastikan organisasi lebih bersedia menghadapi sebarang cabaran kecemasan. Inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama dalam membina organisasi yang lebih berdaya tahan, sekali gus menyokong kelangsungan operasi serta melindungi keselamatan dan kesejahteraan warga kerja.
Previous Next

𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝐒𝐀𝐑𝐀𝐖𝐀𝐊 𝐑𝐀𝐈𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐍𝐃𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐋𝐄𝐁𝐈𝐇 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐒: 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐑𝐀𝐉𝐀𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐀𝐏𝐒𝐈𝐀𝐆𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀
 
KUCHING, 21 Julai – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terus memperkukuh kesiapsiagaan pengurusan bencana negara menerusi Bengkel Pengukuhan Fungsi dan Peranan Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) Sarawak yang berlangsung pada 19 hingga 21 Julai 2026 di Kuching, Sarawak.
 
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Datu Felicia Tan Ya Hua, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, manakala majlis penutupan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA.
 
Melalui kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan semua agensi berkaitan, NADMA komited memperkasakan sistem pengurusan bencana yang lebih cekap, terselaras dan responsif demi melindungi keselamatan serta kesejahteraan rakyat.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search