Kerjasama Malaysia-UAE tingkat kesiapsiagaan bencana melalui kolaborasi Nadma, NCEMA
- Admin UKK
- Berita
ABU DHABI - Malaysia sedang meneroka potensi kerjasama antara Agensi Pengurusan Bencana Negara Malaysia (Nadma) dan Pihak Berkuasa Pengurusan Kecemasan, Krisis, dan Bencana Nasional (NCEMA) Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebuah badan utama di bawah Majlis Keselamatan Negara yang mempunyai kepakaran luas dalam pengurusan krisis merentasi pelbagai sektor.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Malaysia akan memberikan tumpuan kepada pelbagai peluang kerjasama terutamanya dalam pengurusan bencana.
“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, saya melihat ini adalah nilai tambah yang baik buat Malaysia untuk mempelajari amalan pengurusan krisis seperti UAE.
“Pengalaman UAE dalam menangani cabaran bencana yang kompleks memberikan pengetahuan berharga dalam usaha Malaysia untuk memperkukuh kesiapsiagaan bencana di Malaysia.
“Melalui langkah strategi yang tepat, kita dapat meningkatkan ketahanan kita untuk melindungi masyarakat dan infrastruktur dengan lebih baik,” katanya dalam sidang media, di ibu pejabat NCEMA di sini pada Khamis.
Hadir sama, Ketua Pengarah ACTVET, Dr Mubarak Saeed Al Shamsi dan Timbalan Presiden NCEMA, Obaid Rashid AL Hassan Al Shamsi dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, selaras dengan ini, Nadma telah merangka empat cadangan untuk meningkatkan keupayaan pengurusan bencana Malaysia.
Yang pertama Pemerhatian Bumi (Earth Observation - EO) di mana menggunakan imej satelit untuk mengumpul data kritikal mengenai corak cuaca, paras laut dan keadaan persekitaran serta memberikan amaran awal terhadap potensi bencana.
Yang kedua, Sistem Platform Ketinggian Tinggi (High Altitude Platform System - HAPS) di mana menggunakan dron dan belon ketinggian tinggi untuk menangkap data resolusi tinggi bagi meningkatkan kesedaran situasi di kawasan yang terjejas.
Sementara itu, langkah ketiga ialah kecerdasan buatan (AI) dalam Pengurusan Bencana iaitu menggunakan teknologi AI untuk meramalkan bencana berdasarkan data sejarah, membolehkan amaran awal, ramalan jenis bencana, dan perancangan logistik.
Selain itu, penggunaan Kenderaan Tindak Balas Bencana Khas dengan mengambil pengajaran daripada penggunaan kenderaan canggih UAE dalam pengurusan bencana untuk tindak balas yang lebih berkesan dan pantas.
Tambah Ahmad Zahid lagi, kerjasama ini akan mengukuhkan lagi usaha dalam menyediakan bantuan bencana yang turut berlaku kepada negara-negara jiran seperti Indonesia dan Filipina.
“Baru-baru ini, Malaysia telah menghantar helikopter EC725 dari Tentera Udara Diraja Malaysia bersama kru seramai 16 orang untuk menyokong Filipina terhadap Taufan Trami.
“Selain itu, Malaysia turut mengambil bahagian secara aktif dalam Persidangan Menteri Asia-Pasifik mengenai Pengurangan Risiko Bencana (APMCDRR) di Filipina dan Mesyuarat Menteri ASEAN ke-12 mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) di Brunei untuk mengukuhkan rangka kerja pengurusan risiko bencana serantau,” ujarnya lagi.
Selain luar pengurusan bencana, dalam satu pertemuan berasingan, Ahmad Zahid turut mengadakan perbincangannya bersama Menteri Tenaga dan Infrastruktur Emiriah Arab Bersatu, Suhail Mohamed Al Mazrouei bagi menerokai peluang kerjasama dalam sektor halal, termasuk pensijilan dan pengembangan potensi perdagangan halal.
“Kami turut membincangkan inisiatif untuk memajukan usaha tenaga boleh diperbaharui di Malaysia serta meneroka kerjasama dalam sektor Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja dan memudahkan pertukaran pengetahuan,” tambah beliau.
Kolaborasi yang berpotensi tinggi ini akan mengukuhkan hubungan dua hala di antara Malaysia-UAE - seterusnya mengangkat perkongsian ke tahap yang lebih tinggi serta meletakkan asas yang kukuh untuk pertumbuhan bersama dan pembangunan mampan.
PUTRAJAYA: Sistem Platform Ketinggian Tinggi menggunakan dron dan belon untuk menangkap data resolusi tinggi antara empat cadangan dikemukakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi meningkatkan keupayaan pengurusan bencana di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata cadangan lain ialah pemerhatian bumi iaitu menggunakan imej satelit untuk mengumpul data kritikal mengenai corak cuaca, paras laut, dan keadaan persekitaran serta memberikan amaran awal terhadap potensi bencana.
"Seterusnya ialah Kenderaan Tindak Balas Bencana Khas. Ini mengambil pengajaran daripada penggunaan kenderaan canggih UAE (Emiriah Arab Bersatu) dalam pengurusan bencana untuk tindak balas yang lebih berkesan dan pantas," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Ahmad Zahid kini dalam lawatan kerja ke UAE bermula semalam sehingga 19 November ini.
Dalam lawatan itu, beliau turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Tenaga dan Infrastruktur UAE, Suhail Mohamed Al Mazrouei.
"Kami meneroka potensi kerjasama antara NADMA dan Pihak Berkuasa Pengurusan Kecemasan, Krisis, dan Bencana Nasional (NCEMA) UAE, sebuah badan utama di bawah Majlis Keselamatan Negara yang mempunyai kepakaran luas dalam pengurusan krisis merentasi pelbagai sektor.
"Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, saya melihat ini adalah nilai tambah yang baik buat Malaysia untuk mempelajari amalan pengurusan krisis seperti UAE," katanya.
Beliau berkata, pengalaman UAE dalam menangani cabaran bencana yang kompleks memberikan pengetahuan berharga dalam usaha untuk memperkukuh kesiapsiagaan bencana di Malaysia.
"Melalui langkah strategi yang tepat, kita dapat meningkatkan ketahanan kita untuk melindungi masyarakat dan infrastruktur dengan lebih baik," katanya.
Katanya, selain pengurusan bencana, Malaysia dan UAE turut meneroka peluang kerjasama dalam sektor halal, termasuk pensijilan dan pengembangan potensi perdagangan halal.
"Di samping itu, kami membincangkan inisiatif untuk memajukan usaha tenaga boleh diperbaharui di Malaysia serta meneroka kerjasama dalam sektor Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja dan memudahkan pertukaran pengetahuan.
"Kolaborasi yang berpotensi tinggi ini akan mengukuhkan hubungan dua hala di antara Malaysia-UAE, seterusnya mengangkat perkongsian ke tahap yang lebih tinggi serta meletakkan asas yang kukuh untuk pertumbuhan bersama dan pembangunan mampan," katanya.
PETALING JAYA – Malaysia meneroka potensi kerjasama antara Agensi Pengurusan Bencana Negara Malaysia (Nadma) dan Pihak Berkuasa Pengurusan Kecemasan, Krisis, dan Bencana Nasional (NCEMA) Emiriah Arab Bersatu (UAE).
NCEMA UAE merupakan sebuah badan utama di bawah Majlis Keselamatan Negara yang berkepakaran luas dalam pengurusan krisis merentasi pelbagai sektor.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pengalaman UAE menangani cabaran bencana kompleks memberikan pengetahuan berharga dalam usaha Malaysia memperkukuh kesiapsiagaan bencana negara.
“Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara, saya melihat ini adalah nilai tambah yang baik buat Malaysia untuk mempelajari amalan pengurusan krisis seperti UAE,” katanya menerusi kenyataan.
Sehubungan itu katanya, Nadma telah merangka beberapa cadangan antaranya menenerusi pemerhatian bumi menggunakan imej satelit untuk mengumpul data kritikal.
“Turut terlibat, sistem platform ketinggian tinggi yang menggunakan dron dan belon ketinggian tinggi, penggunaan kecerdasan buatan (Al).
“Kenderaan Tindak Balas Bencana Khas Mengambil pengajaran daripada penggunaan kenderaan canggih UAE dalam pengurusan bencana untuk tindak balas yang lebih berkesan dan pantas,” ujarnya.
Selain luar pengurusan bencana Ahmad Zahid berkata, Malaysia juga meneroka peluang kerjasama dalam sektor halal, termasuk pensijilan dan pengembangan potensi perdagangan halal.
“Di samping itu, kami membincangkan inisiatif untuk memajukan usaha tenaga boleh diperbaharui di Malaysia serta meneroka kerjasama dalam sektor Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk meningkatkan kemahiran tenaga kerja dan memudahkan pertukaran pengetahuan.
“Kolaborasi ini akan mengukuhkan hubungan dua hala di antara Malaysia-UAE seterusnya mengangkat perkongsian ke tahap lebih tinggi dan kukuh untuk pertumbuhan bersama,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE.
Penduduk Aceh siap siaga jalani latihan bencana menjelang ulang tahun ke-20 tragedi tsunami 2004
- Admin UKK
- Berita
BANDA ACEH: Penduduk di sini bersiap siaga dengan mengikuti latihan bencana hari ini, selepas wilayah utara Sumatera itu paling teruk terjejas akibat tsunami Lautan Hindi pada 2004.
Menjelang ulang tahun ke-20, bulan depan, penduduk mengikuti latihan bencana dengan simulasi termasuk kanak-kanak berlari menyelamatkan diri dari tingkat dua sebuah sekolah.
Apabila loceng sekolah berbunyi, puluhan kanak-kanak berlari ke jalan raya mengikuti laluan keluar yang sudah ditandai, sementara sukarelawan berteriak 'evakuasi'.
Peserta latihan, Rizky Firmansyah, 34, berkata latihan itu membantu orang ramai memahami tindakan yang patut dilakukan jika berlaku kejadian tidak diingini.
"Lebih baik kita bersiap sedia lebih awal menghadapi perkara yang tidak diingini," katanya.
Latihan berkenaan menggunakan simulasi gempa bumi dengan kekuatan 9.2 magnitud yang melanda di luar pantai barat pulau Sumatera, Indonesia, pada 26 Disember 2004, mencetuskan gelombang besar yang mengorbankan lebih 200,000 orang di 14 negara.
Latihan yang dianjurkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu menyaksikan ratusan pelajar dan sukarelawan berlari ke rumah-rumah perlindungan, termasuk sebuah bangunan empat tingkat, ketika latihan gempa bumi itu dilakukan.
Latihan yang berlangsung di dua kampung dan disaksikan oleh ratusan pemerhati adalah sebahagian daripada sidang kemuncak tsunami yang diadakan oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Hampir 20 tahun selepas bencana itu berlaku, PBB berusaha memastikan 100 peratus komuniti pesisir pantai bersiap sedia untuk kemungkinan tsunami berulang menjelang 2030.
Pegawai UNESCO merangkap Ketua Pusat Maklumat Tsunami Lautan Hindi, Ardito Kodijat, berkata pihaknya perlu memastikan bahawa generasi akan datang perlu sentiasa diberi maklumat, bersedia dan berdaya tahan.
"Bagi menjamin kesiapsiagaan masyarakat, mereka memerlukan latihan berkala," katanya.
Indonesia adalah satu daripada negara paling terdedah kepada bencana di dunia. Negara kepulauan itu berada di kawasan Lingkaran Api Pasifik, berlaku di kawasan pertemuan dua plat tektonik dan banyak letusan gunung berapi serta gempa bumi dunia berlaku. - AFP
