PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Mangsa banjir di Kelantan terus menurun

Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 6,269 orang setakat 8 pagi ini berbanding 7,600 orang malam tadi.

 

Kesemua mereka berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Tumpat, Pasir Mas dan Kuala Krai.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir di Tumpat adalah 5,721 orang daripada 1,731 keluarga di 14 PPS, diikuti Pasir Mas 526 orang daripada 154 keluarga di tiga PPS dan Kuala Krai 22 mangsa daripada tujuh keluarga di satu PPS.

Sementara itu mengikut MyPublic Infobanjir,paras air Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat masih melepasi paras berbahaya dengan bacaan 3.18 meter (m), manakala Sungai Golok di Rantau Panjang berada di paras berjaga-jaga iaitu 7.82m.

 

Mangsa banjir Kelantan menurun

KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 6,269 orang setakat 8 pagi ini dan kesemua mereka berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Tumpat, Pasir Mas dan Kuala Krai.

Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir di Tumpat adalah 5,721 orang daripada 1,731 keluarga di 14 PPS, diikuti Pasir Mas 526 orang daripada 154 keluarga di tiga PPS dan Kuala Krai 22 mangsa daripada tujuh keluarga di satu PPS.

Sementara itu, mengikut MyPublic Infobanjir, paras air Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat masih melepasi paras berbahaya dengan bacaan 3.18 meter (m), manakala Sungai Golok di Rantau Panjang berada di paras berjaga-jaga iaitu 7.82m.

 

Banjir: Rugi RM5,000 sarang kelulut ternakan hanyut, rosak

KUALA KRAI: Ternakan kelulut yang diusahakan lebih empat tahun lalu musnah dalam sekelip mata akibat banjir yang melanda daerah ini, baru-baru ini.

Itu dugaan yang dihadapi pengusah kelulut dari Kampung Pasir Jering, Azmi Mohamed Ariffin, 50, yang terpaksa menanggung kerugian lebih RM5,000 selepas 30 sarang kelulut miliknya rosak dan dihanyutkan banjir baru-baru ini.

Azmi berkata, kesemua sarang kelulut yang rosak dan dihanyutkan banjir itu sudah melepasi tempoh matang dan dijangka boleh dituai dalam tempoh terdekat sekaligus menyebabkan kerugian yang dialaminya bertambah.

"Hujan lebat berterusan pada Jumaat minggu lalu menyebabkan perkarangan rumah saya dinaiki air walaupun sebelum itu sempat memindahkan sarang kelulut di tempat lebih tinggi bagi mengelakkannya hanyut termasuk meletakkannya di atas bumbung rumah.

"Namun, air naik terlalu cepat sehingga mencapai ketinggian lebih empat tiga meter menyebabkan 30 sarang kelulut tidak dapat diselamatkan dan banjir yang berlaku kali ini seakan bah kuning pada 2014," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan sarang kelulut tidak boleh digunakan lagi kerana dimasuki air dan rosak.

agaimanapun terdapat kira-kira 20 sarang kelulut yang masih boleh digunakan serta tidak dimasuki air.

"Selepas ini saya perlu lebih berjaga-jaga, tambahan pula terdapat ramalan gelombang kedua banjir. Bagi mengelak kerugian, saya akan memindahkan sarang kelulut yang dapat diselamatkan ini ke kawasan lebih tinggi.

"Walaupun mengalami kerugian besar disebabkan musibah banjir, ia tidak bermakna saya sudah berputus asa dan selepas banjir reda, saya akan menambah semula sarang kelulut kerana hasil jualan madu kelulut adalah antara pendapatan untuk menyara keluarga," katanya.

Azmi berkata, banjir yang berlaku baru-baru ini juga menyebabkan kediamannya turut terjejas selain banyak peralatan rumah musnah akibat ditenggelami banjir.

"Lebih membimbangkan, paras air pada ketika itu naik mendadak menyebabkan isteri serta anak-anak saya terpaksa menyelamatkan diri di atas bukit berhampiran.

"Sementara itu, saya pula berada di rumah dan berlindung di atas loteng bagi memastikan barangan di dalam rumah tidak dihanyutkan arus," katanya.

Dewan Rakyat: 4,619 lokasi ‘panas’ banjir dikenal pasti

KUALA LUMPUR – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) melalui Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) telah mengenal pasti sebanyak 4,619 lokasi ‘panas’ (hot spot) banjir di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tindakan-tindakan awal telah diambil untuk melaksanakan kerja-kerja mitigasi seperti penyelenggaraan sistem perparitan, pembaikan, retrofitting, dan sistem amaran awal.

 

Beliau berkata, sebanyak 534 siren amaran banjir di sungai-sungai utama dipastikan berfungsi dengan baik.

“Sebagai Persediaan Tindak Balas Bencana banjir pula, Jawatankuasa Pengurusan Bencana setiap Negeri (JPBN) dan Daerah (JPBD) diminta untuk melaksanakan koordinasi persediaan awal melalui mesyuarat, mengadakan simulasi dan latih amal bersepadu, persediaan pusat-pusat pemindahan sementara (PPS), pelaksanaan aktiviti Communication, Education and Public Awareness (CEPA) dan sebagainya.

“Manakala bagi Penyelarasan Pasca Banjir, ia meliputi bantuan awal, pembersihan, dan bantuan-bantuan pasca bencana kepada mangsa termasuk bantuan kewangan dan pembaikan segera kerosakan infrastruktur,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan V. Ganabatirau (PH-Klang) yang ingin tahu langkah-langkah yang sedang diambil untuk meningkatkan tahap persediaan dan kecekapan tindak balas negara kita terhadap musibah banjir.

Fadillah berkata, sebagai persediaan menghadapi musim banjir di seluruh negara, Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengatur tiga langkah iaitu Pra Banjir, persediaan Tindak Balas Bencana; dan penyelarasan Pasca Banjir.

 

“Semasa Pra Banjir, NADMA melaksanakan program simulasi dan sesi libat urus seluruh Negara, Program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM), Kerja-kerja penyelenggaraan sungai, kolam takungan banjir dan infrastruktur.

“Selain itu, turut dilaksanakan pengaktifan Bilik Kawalan Operasi Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), penempatan 737 pam bergerak seluruh Negara dan menaik taraf stesen siren amaran banjir dan stesen kamera web,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Semua barangan bantuan, sumbangan banjir perlu disalur menerusi NADMA - Nancy

TUMPAT: Semua barangan bantuan dan sumbangan banjir perlu disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk pengagihan yang lebih teratur, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata perkara itu bagi mengelakkan bantuan dan sumbangan banjir itu diterima oleh orang yang sama.
 
"Pihak saya ada menerima laporan bahawa ada mangsa banjir yang sama menerima sumbangan dan barangan yang sama," katanya dalam sidang media selepas menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Seri Tumpat 2, di sini, hari ini.
Nancy berkata pihaknya membenarkan bantuan dan sumbangan daripada pihak luar disalurkan, namun perlu melalui pihak berkuasa seperti NADMA.
Beliau berkata apabila barangan dan sumbangan diagihkan kepada mangsa yang sama, maka ada mangsa lain yang tidak menerima bantuan itu.
"Oleh itu, kita perlu mengelakkannya ia daripada berterusan berlaku dan hari ini kami datang untuk menilai apa yang perlu diberi keutamaan untuk gelombang seterusnya," katanya.
Nancy berkata barangan keperluan telah ditambah di depot simpanan dan akan digunakan untuk banjir gelombang seterusnya yang akan melanda bila-bila masa.
Beliau berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti bantuan lain yang diperlukan mangsa banjir termasuk menyediakan pasukannya untuk membantu membersih kediaman yang terkesan banjir.
Nancy berkata mesyuarat di peringkat negara telah diadakan untuk menghadapi gelombang seterusnya, yang dijangka lebih teruk.
"Kalau sudah itu ramalan (MetMalaysia), insya-Allah, kita (JKM) akan berada di sana dan tidak akan membiarkan rakyat menderita keseorangan," katanya.
Pada Isnin, Jabatan Meteorologi menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Dis ini di timur Semenanjung dan keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan terbabit dalam tempoh berkenaan.
-- BERNAMA
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search