PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir: Rugi RM5,000 sarang kelulut ternakan hanyut, rosak

Banjir: Rugi RM5,000 sarang kelulut ternakan hanyut, rosak

KUALA KRAI: Ternakan kelulut yang diusahakan lebih empat tahun lalu musnah dalam sekelip mata akibat banjir yang melanda daerah ini, baru-baru ini.

Itu dugaan yang dihadapi pengusah kelulut dari Kampung Pasir Jering, Azmi Mohamed Ariffin, 50, yang terpaksa menanggung kerugian lebih RM5,000 selepas 30 sarang kelulut miliknya rosak dan dihanyutkan banjir baru-baru ini.

Azmi berkata, kesemua sarang kelulut yang rosak dan dihanyutkan banjir itu sudah melepasi tempoh matang dan dijangka boleh dituai dalam tempoh terdekat sekaligus menyebabkan kerugian yang dialaminya bertambah.

"Hujan lebat berterusan pada Jumaat minggu lalu menyebabkan perkarangan rumah saya dinaiki air walaupun sebelum itu sempat memindahkan sarang kelulut di tempat lebih tinggi bagi mengelakkannya hanyut termasuk meletakkannya di atas bumbung rumah.

"Namun, air naik terlalu cepat sehingga mencapai ketinggian lebih empat tiga meter menyebabkan 30 sarang kelulut tidak dapat diselamatkan dan banjir yang berlaku kali ini seakan bah kuning pada 2014," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan sarang kelulut tidak boleh digunakan lagi kerana dimasuki air dan rosak.

agaimanapun terdapat kira-kira 20 sarang kelulut yang masih boleh digunakan serta tidak dimasuki air.

"Selepas ini saya perlu lebih berjaga-jaga, tambahan pula terdapat ramalan gelombang kedua banjir. Bagi mengelak kerugian, saya akan memindahkan sarang kelulut yang dapat diselamatkan ini ke kawasan lebih tinggi.

"Walaupun mengalami kerugian besar disebabkan musibah banjir, ia tidak bermakna saya sudah berputus asa dan selepas banjir reda, saya akan menambah semula sarang kelulut kerana hasil jualan madu kelulut adalah antara pendapatan untuk menyara keluarga," katanya.

Azmi berkata, banjir yang berlaku baru-baru ini juga menyebabkan kediamannya turut terjejas selain banyak peralatan rumah musnah akibat ditenggelami banjir.

"Lebih membimbangkan, paras air pada ketika itu naik mendadak menyebabkan isteri serta anak-anak saya terpaksa menyelamatkan diri di atas bukit berhampiran.

"Sementara itu, saya pula berada di rumah dan berlindung di atas loteng bagi memastikan barangan di dalam rumah tidak dihanyutkan arus," katanya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search