PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Pekebun rugi lebih RM50,000 semaian timun, terung musnah akibat banjir

Raub: Kerugian lebih RM50,000 ditanggung seorang pekebun selepas lebih 7,000 beg semaian tanaman timun dan terung fertigasi yang diusahakan di Kampung Kuala Dong, dekat sini musnah dibawa arus deras banjir, Ahad lalu.

Syarizal Azizan, 43, berkata tanaman terung berumur tiga minggu musnah dibawa arus deras dengan paras air kira-kira 1.82 meter.

Menurutnya, turut musnah sebanyak 2,500 tanaman timun bergantung berumur 14 hari musnah selepas dilanda banjir kira-kira 1.2 meter.

"Sebanyak 1,500 beg semaian yang sedia untuk ditanam dengan pokok peria minggu depan turut musnah dibawa arus deras yang turut membawa kayu serta menumbangkan tiang.

"Kejadian banjir kali ini di luar jangkaan apabila hujan lebat beberapa jam menyebabkan air naik pada awal pagi bersama arus deras seolah kepala air," katanya, di sini semalam.

Beliau berkata, rumahnya yang terletak kira-kira 200 meter dari kawasan kebun turut ditenggelami banjir dan kali terakhir banjir adalah pada 2021.

Syarizal yang berpengalaman lebih lapan tahun mengusahakan tanaman sayur fertigasi berkata, kedudukan kawasan kebun miliknya dengan Sungai Dong selain hujan lebat berterusan menjadi antara faktor kejadian banjir besar dan arus deras Ahad lalu.

Bagi Ahmad Sazwan Dzulkifli, 35, dia kerugian lebih RM15,000 selepas 3,000 pokok timun fertigasi berumur 20 hari yang diusahakan di Kampung Durian Sebatang musnah ditenggelami banjir.

"Saya tidak mampu berbuat apa-apa apabila air mula naik awal pagi, banjir kali ini agak berbeza berbanding sebelum ini kerana arus air begitu deras yang membawa bersama kayu.

"Saya reda dengan apa yang berlaku, impian untuk memungut hasil tidak lama lagi tidak menjadi kenyataan apabila pokok musnah ditenggelami banjir," katanya.

Sementara itu, Pegawai Pertanian Daerah Raub, Raja Mohamad Farhan Hashim berkata, kebun sayur di Mukim Gali, Dong dan Ulu Dong terjejas selepas ditenggelami banjir Ahad lalu.

"Pekebun yang tanaman mereka musnah ditenggelami banjir boleh memohon bantuan bencana yang disediakan kerajaan. Dalam tempoh 14 hari mereka perlu menghantar borang bancian kerosakan akibat bencana.

"Kita akan melawat setiap kebun sayur yang ditenggelami banjir sebelum permohonan mereka disokong untuk mendapatkan bantuan imput pertanian," katanya.

 

Selaraskan bantuan agar tiada mangsa tercicir

SHAH ALAM - Pusat sehenti boleh diwujudkan bagi menyelaraskan bantuan banjir oleh individu ataupun sukarelawan yang tampil memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

Aktivis sosial berpengaruh, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pusat sehenti itu juga bertujuan menyediakan bantuan secara sistematik dan teratur kepada mangsa, terutama dalam konteks bantuan makanan dan juga barang keperluan lain.

“Saya bersetuju untuk ada one stop centre di mana semua bantuan sama ada makanan atau apa-apa yang dapat digunakan ditempatkan di satu lokasi kemudian direkodkan dan diagihkan kepada mangsa-mangsa di kawasan- kawasan tertentu.

“Ia akan dapat dilakukan secara sistematik dan teratur agar tidak berlaku apa-apa masalah berkaitan dengan kutipan dan pemberian kepada mangsa banjir.

"Paling penting kita nak pastikan mereka yang benar-benar layak mendapat bantuan,” katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa lalu berkenaan setiap kali musibah banjir melanda negara, pasti ada individu atau sukarelawan yang tampil memberikan bantuan kepada mangsa yang terjejas sama ada dari segi barangan keperluan, kewangan mahupun sokongan emosi.

Antara yang tampil memberikan bantuan segera ialah pempengaruh dan usahawan popular, Khairul Aming serta Ahmad Iqbal Zulkefli yang membantu mangsa banjir di Kelantan, manakala Mohd Zaki Sulong atau lebih dikenali dengan gelaran Zuki Traktor pula menghulurkan bantuan di Terengganu.

Lam Thye yang juga Pengasas dan Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat turut memuji hero-hero yang turun membantu meringankan beban mangsa banjir dan diharapkan agar lebih ramai dapat tampil membantu tanpa mengira kaum dan agama.

“Apabila kita menghadapi musibah banjir, kita sangat memerlukan sukarelawan yang dapat membantu,” ujarnya.

PKOB mahu 80,000 penduduk Gua Musang siap sedia gelombang baharu MTL

GUA MUSANG - Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) menasihatkan hampir 80,000 penduduk di Gua Musang untuk berwaspada bagi menghadapi gelombang baharu Monsun Timur Laut (MTL).

Pengerusi PKOB Gua Musang, Nik Raisnan Daud berkata, penduduk perlu sentiasa bersedia, walaupun gelombang banjir yang sebelum ini di Gua Musang dalam keadaan terkawal.

 

Beliau berkata, kenaikan paras air secara mendadak boleh berlaku bila-bila masa sahaja berikutan cuaca tidak menentu, malah hujan lebat kerap berlaku di kawasan hulu Gua Musang.

"Walaupun daerah ini tidak terlibat dengan banjir besar seperti daerah lain, tidak bermakna penduduk boleh berada dalam keadaan selesa.

"Mereka yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai perlu membuat kesiapsiagaan menghadapi gelombang baru MTL dan menurut ramalan hujan berterusan boleh menyebabkan berlaku banjir terutama di kawasan rendah," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Meranto, pada Jumaat.

Mengulas lanjut Nik Raisnan berkata, pihaknya kini telah menambah beberapa kemudahan di tempat perlindungan untuk keselesaan penduduk yang akan terjejas banjir nanti.

"Kami kini dalam keadaan bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan sekiranya berlaku banjir besar, selain persediaan peralatan keperluan di atas bukit, PKOB turut menyediakan kemudahan tandas bergerak untuk kemudahan," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata jalan lencongan di Kilometer 35 Jalan Gua Musang-Jeli kini giat dilaksanakan, bagi membantu 3,000 penduduk di sekitarnya yang terputus hubungan.

"Jalan lencongan ini dijangka siap dalam tempoh seminggu lagi, termasuk mempercepatkan pembinaannya juga mendapat bantuan dari pelbagai pihak.

Pada Khamis, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memberi amaran hujan berterusan dijangka akan berlaku di negeri ini dalam tempoh 8 Disember (Ahad) sehingga 11 Disember (Rabu) minggu hadapan. - Bernama

 

Persiapan dikekalkan hadapi gelombang kedua banjir- Saifuddin

TUMPAT: Segala persiapan keanggotaan dan aset bagi menghadapi gelombang kedua banjir adalah sama seperti gelombang pertama.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, strategi yang sama juga dilaksanakan iaitu memberi keutamaan pada menyelamatkan nyawa dan harta benda.

“Seluruh persiapan kita menghadapi gelombang kedua dan tahap siap siaga itu dikekalkan dan kita berharap prestasi yang serupa digerakkan.

“Pemindahan mangsa-mangsa di PPS (pusat pemindahan sementara) adalah keutamaan kita dan dalam tempoh itu kerajaan juga merekodkan infrastruktur yang rosak akibat banjir,” katanya kepada media selepas lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat, semalam.

Diminta mengulas mengenai operasi pembersihan infrastruktur yang terjejas banjir, Saifuddin berkata, perkara itu akan dilakukan secara berperingkat.

“Tadi dalam mesyuarat jemaaah menteri yang dipengerusikan TPM (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) telah memberikan pembentangan mengenai strategi pasca banjir dan diberikan langkah-langkah yang perlu diambil termasuklah skuad sukarelawan MADANI di bawah seliaan KSN (Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar).

“Di pihak kementerian saya mengerahkan untuk menggunakan seluruh aset pasukan polis bagi menumpukan gerak kerja pembersihan,” katanya.

Pada Isnin lalu, MetMalaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Disember ini di timur Semenanjung dan keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan terbabit dalam tempoh berkenaan.

Tadi dalam mesyuarat jemaaah menteri yang dipengerusikan TPM (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) telah memberikan pembentangan mengenai strategi pasca banjir dan diberikan langkah-langkah yang perlu diambil termasuklah skuad sukarelawan MADANI di bawah seliaan KSN (Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar).

“Di pihak kementerian saya mengerahkan untuk menggunakan seluruh aset pasukan polis bagi menumpukan gerak kerja pembersihan,” katanya.

Pada Isnin lalu, MetMalaysia menjangkakan luruan monsun akan berlaku dari 8 hingga 14 Disember ini di timur Semenanjung dan keadaan itu berpotensi menyebabkan hujan berterusan di kawasan terbabit dalam tempoh berkenaan.

INTERACTIVE: Rising alerts for the northeast monsoon

PETALING JAYA: There has been an 14.8% increase in the number of heavy rain warnings issued by the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) during this year’s northeast monsoon season.

The department has issued 630 continuous rain alerts for districts nationwide from November to Dec 5. This marks 81 alerts more compared with the 549 alerts issued in the same period last year.

This year’s northeast monsoon started on Nov 5 and will end in March next year.  Last year’s northeast monsoon began on Nov 11 and ended in March, 2024.

MetMalaysia issues daily advisories of continuous rain, categorised as yellow (alert), orange (severe), and red (danger).

Orange and red notices are often followed by floods.

The northeast monsoon this year has so far flooded parts of Kelantan, Terengganu, Kedah and Johor.

MetMalaysia also expects a monsoon surge to start from tomorrow (Dec 8) until Dec 14 in the eastern part of the peninsula.

The surge, it said, has the potential to generate more thunderstorms and heavy rain.

This year’s northeast monsoon is expected to be worse than the disaster that hit in 2014, Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi was reported as saying.

In December 2014, floods in Kelantan affected over 200,000 people and killed 21, causing RM1bil in damage.

Kelantan is again the worst hit this time around. A total of 29 red alerts have been issued so far for districts in the state, followed by Terengganu (28) and Pahang (12).

In terms of districts, four districts in Terengganu received the greatest number of red alerts, namely Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman and Marang, with four alerts each.

In east Malaysia, Sabah was issued with a total of 50 continuous rain alerts. The animated map below shows the movement of heavy rains since the start of the monsoon:

MetMalaysia director-general Dr. Mohd Hisham Mohd Anip said the monsoon is expected to bring five to seven episodes of heavy rainfall.

“Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak, and Sabah face heightened risks during November and December.

“From January to February, Pahang, Johor, Sarawak, and Sabah remain vulnerable,” he said in a statement on Nov 1.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search