PETALING JAYA: Firefighting operations at the Kuala Langat Selatan Forest Reserve in Banting are still ongoing, with 3.6ha of forest remaining ablaze.
A total of 22.66ha has been affected by the fire, which is now entering its third day.
"The fire is still active but has not affected nearby residential areas or the nearby water treatment plant," he said in a statement on Thursday (Feb 5).
The operation involves two officers and 10 personnel from the Banting Fire and Rescue Station.
They are being assisted by 23 personnel from various agencies, including the Civil Defence Force, the Forestry Department and the Selangor State Disaster Management Unit.
Other supporting teams include PANTAS and the District Action Team.
IPOH: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak mendapati ada keperluan segera untuk melaksanakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) di dua kawasan tadahan air - Empangan Bukit Merah dan Tasik Temengor bagi mengurangkan kesan kemarau ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, berkata OPA adalah langkah mitigasi strategik bagi meningkatkan peluang hujan dan mengelak pemberhentian bekalan air pengairan dan domestik sekiranya kemarau berterusan.
Tasik Temengor berada paras rendah
Beliau berkata, pemantauan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapati paras air Tasik Temengor kini pada tahap rendah berikutan kadar kemasukan air semula jadi yang terhad dari kawasan tadahan.
Keadaan itu memberi kesan rantaian kepada empangan di hilir iaitu Tasik Bersia, Tasik Kenering dan Tasik Chenderoh yang kini turut berada hampir pada paras operasi minimum.
"Kita melihat kekangan pelepasan ini bukan sekadar isu operasi empangan, sebaliknya berkemungkinan berpotensi memberi implikasi yang lebih meluas kepada negeri Perak.
Sementara itu, paras semasa Tasik Bukit Merah adalah 6.416 meter dengan baki simpanan air sekitar 10.837 juta meter padu, bersamaan 19.89 peratus, iaitu pada Aras Kritikal Pengairan Tahap 2.
Susulan itu operasi bekalan air bagi tujuan pengairan sawah di Rancangan Pengairan Kerian sudah dilaksanakan secara catuan.
Paras Empangan Bukit Merah mula merosot sejak 25 Disember 2025, iaitu pada Aras Berjaga-jaga Pengairan dan seterusnya mencecah paras kritikal pada 12 Januari lalu.
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika Penha yang bergerak ke arah barat pada kelajuan 25 kilometer sejam (km/j) pada jarak kira-kira 1,065km ke Timur Laut Kinabatangan, Sabah.
MetMalaysia memaklumkan ribut itu mencatat kelajuan angin maksimum 65km/j, namun setakat ini tidak memberikan kesan signifikan kepada Malaysia.
Menurut jabatan itu, kedudukan semasa ribut tropika berkenaan pada 5 petang tadi adalah di latitud 8.6 utara dan longitud 127.4 timur, kira-kira 250km ke Timur Laut Davao, Filipina.
– BERNAMA
Longgokan kayu, tayar terpakai punca asap tebal kebakaran di Kota Syahbandar Melaka
- Admin UKK
- Berita
MELAKA: Pembakaran longgokan kayu dan tayar terpakai dipercayai menjadi punca asap tebal kebakaran sehingga ke merebak ke kawasan belukar seluas 3.2 hektar di Kota Syahbandar, pusat bandaraya di sini, tengah hari tadi.
Asap tebal daripada kebakaran itu dapat dilihat dari jarak lebih 10 kilometer, sehingga menjadi tular di media sosial.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.28 tengah hari.
Kebakaran merebak ke kawasan belukar berhampiran dengan melibatkan tiga jentera bomba (FRT) dan dua lori tangki air bagi operasi memadam kebakaran.
Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mohd Hafidzatullah berkata operasi pemadaman membabitkan 26 anggota JBPM dengan lima jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, BBP Tangga Batu, BBP Padang Temu dan BBP Bukit Katil.
Katanya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan kawalan keselamatan.
Operasi berjaya mengawal kebakaran sepenuhnya pada jam 4.59 petang, dan pasukan bomba masih berada di lokasi sehingga 6.50 petang bagi memastikan api benar-benar padam, katanya.
Ancaman cuaca panas
- Admin UKK
- Berita
PETALING JAYA: Gelombang cuaca panas, kering dan berangin yang melanda Semenanjung Malaysia ketika ini mula memberi kesan ketara terhadap alam sekitar, keselamatan awam serta sumber bekalan air khususnya di beberapa negeri di bahagian utara.
Situasi berpanjangan itu menyaksikan peningkatan mendadak kes kebakaran hutan dan belukar malah terdapat beberapa kejadian yang masih belum dapat dipadamkan sepenuhnya walaupun telah berlarutan lebih seminggu.
Keadaan cuaca kering turut menyebabkan paras air di empangan utama dilaporkan menyusut sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap tahap simpanan air mentah sekiranya cuaca panas berterusan.
Di utara, kawasan sawah dilaporkan mula terjejas dengan sebahagiannya kering kontang dan menunjukkan rekahan yang ketara akibat kehilangan kelembapan.
Ancaman paling serius ketika ini adalah kebakaran hutan berskala besar yang melibatkan ratusan hektar di beberapa negeri termasuk Johor, Selangor, Pulau Pinang dan Perlis.
Kebakaran tersebut bukan sahaja memusnahkan kawasan sekitar malah turut memberi kesan kepada kualiti udara serta menjejaskan kehidupan penduduk setempat yang terdedah kepada jerebu dan haba tinggi.
Di Johor, kebakaran tanah gambut melibatkan keluasan kira-kira 161.16 hektar yang berlaku di tiga buah daerah iaitu Kluang, Muar dan Kota Tinggi sejak 28 Januari lalu masih belum padam sepenuhnya.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Siti Rohani Nadir berkata, sifat tanah gambut itu sendiri menyebabkan kebakaran itu masih belum dapat dipadam.
Katanya, api gambut tidak hanya terbakar di atas permukaan sebaliknya turut terbakar di bawah permukaan tanah dan sukar dikesan.
Katanya, walaupun api di permukaan kelihatan seperti telah terpadam namun bara masih boleh merebak dalam tanah menyebabkan kerja pemadaman dibuat secara mendalam dan berulang.
“Cabaran lain dihadapi termasuklah sumber air yang semakin terhad, di mana ada kawasan bekalan air perlu diambil secara berulang-alik oleh lori tangki melibatkan jarak sehingga 5.8 kilometer sekali gus melambatkan kerja-kerja pemadaman.
“Faktor cuaca panas dan kering serta berangin turut menyebabkan situasi fly of transfer iaitu bara api diterbangkan angin menyebabkan kebakaran merebak di kawasan lain.
“Situasi ini memerlukan anggota menambah kawalan dan menukar tumpuan kerja pemadaman di beberapa lokasi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.
Kejadian kebakaran itu juga sekiranya berterusan dibimbangi boleh mendatangkan risiko kesihatan kepada penduduk.
Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr. Mohd. Famey Yusoff berkata, kebarangkalian itu wujud susulan kebakaran yang berlaku turut menjejaskan kualiti udara di kawasan berhampiran.
“Jika kebakaran tanah gambut ini masih berterusan, memang ada risiko boleh menjejaskan kesihatan orang awam.
“Sehubungan itu, penduduk di kawasan berhampiran perlu sentiasa peka dengan sebarang pengumuman yang dibuat kerajaan,” katanya.
Tambah beliau, pencemaran udara diukur dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dimana sekiranya bacaan melebihi 100 ia akan dikategorikan sebagai tidak sihat.
Bagaimanapun berdasarkan tahap kualiti udara semasa katanya, bacaan IPU di ketiga-tiga kawasan berkenaan masih kekal di bawah 100.
Tidak terkecuali kebakaran juga berlaku di Perlis dengan sebanyak 183 panggilan membabitkan kes kebakaran diterima JBPM negeri sepanjang bulan Januari dengan anggaran kerugian sebanyak RM859,300.
Pengarah JBPM Perlis, Wan Mohd. Hamizi Wan Mohd Zin berkata, jumlah kes berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding tempoh sama tahun lalu dan dijangka terus meningkat sehingga berlakunya peralihan monsun.
“Corak kebakaran yang berlaku ketika ini lebih tertumpu kepada kebakaran belukar, lalang dan kebakaran terbuka. Faktor cuaca panas, kering serta kekurangan hujan menyumbang kepada peningkatan bilangan kes,” katanya.
Di Selangor kira-kira 19 daripada 23 hektar kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Selatan (HSKLS) dekat Sungai Kelambu, Kuala Langat yang terbakar berjaya dipadam sehingga pukul 8.30 pagi semalam.
Ketua Zon 5 (KLIA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba II, Mohamad Issmanto Md. Pono berkata, kebakaran masih aktif namun tidak menjejaskan penempatan berhampiran dan loji rawatan air (LRA) berdekatan.
Kebakaran hutan berskala besar juga dilaporkan berlaku membabitkan lapan hektar kawasan Hutan Simpan Island iaitu berhampiran Botanical Garden di Bukit Bendera, Pulau Pinang kelmarin.
Pada masa sama di negeri itu, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan taburan hujan yang sangat rendah direkodkan di kawasan tadahan utama.
Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, Datuk Ir. K. Pathmanathan berkata, sebanyak 17.5 milimeter (mm) hujan direkodkan di kawasan tadahan air Empangan Air Hitam manakala Empangan Teluk Bahang hanya menerima 5.5 mm hujan dalam tempoh sama.
“Situasi itu turut memberi kesan kepada paras air Sungai Muda yang berada di bawah paras selamat 2.0 meter berikutan pelepasan air pengairan bagi menyokong penanaman padi di Kedah dan Pulau Pinang,” katanya.
Cuaca panas di Perlis yang terus berlarutan turut menyebabkan lebih 291.8 hektar kawasan sawah khususnya di luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) terjejas teruk berikutan tanaman padi yang kering serta tanah merekah.-UTUSAN.
