PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

PPS di Balik Pulau ditutup, 6 lagi masih dibuka

GEORGE TOWN – Sebanyak enam buah pusat pemindahan sementara (PPS) banjir masih beroperasi di Pulau Pinang setakat petang ini, melibatkan jumlah keseluruhan mangsa seramai 849 orang.

Ketika ini, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Tan Sri Awang Had Salleh di Balik Pulau di sini dilaporkan telah ditutup pada pukul 12.45 tengah hari tadi setelah beroperasi selama tiga hari, sejak Khamis lalu.

Menurut Pusat Kawalan Bencana Negeri Pulau Pinang, PPS yang masih beroperasi adalah di kawasan terjejas banjir iaitu di dua di Seberang Perai Utara (SPU) dan empat Seberang Perai Tengah (SPT). Katanya, PPS di SPU adalah di SK Guar Perahu dan Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir di SPT manakala SPU pula membabitkan SK Lahar Yooi, SK Padang Menora, Sekolah Agama Rakyat Nyior Sebatang dan Pusat Penempatan Banjir Labuh Banting.

Sementara itu, berdasarkan laman web info bencana JKM, seramai 165 keluarga berada di PPS SPU manakala 68 keluarga lagi tinggal sementara di PPS SPT, setakat pukul 3.57 petang tadi.

“Mengikut pecahan terkini daripada 849 mangsa yang terjejas, seramai 50 warga emas perempuan, warga emas lelaki (33) dan tujuh orang kurang upaya (OKU) perempuan terdiri lelaki dan perempuan ditempatkan di PPS kedua-dua daerah itu ketika ini,” katanya. -KOSMO! ONLINE

 
 

APM minta penduduk Kota Setar bersedia berpindah jika banjir

ALOR SETAR: Penduduk di Kota Setar yang tinggal di kawasan berisiko diminta bersedia untuk berpindah sekiranya limpahan air banjir dari beberapa daerah antaranya Kubang Pasu dan Pokok Sena turut menyebabkan bencana itu berlaku di daerah berkenaan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lt Kol (PA) Mohd Bukhori Mat Sidik, berkata pemantauan mendapati air mula mengalir ke Kota Setar dengan ada beberapa kawasan telah dinaiki air, namun keadaan masih terkawal.

Beliau berkata, hasil pemantauan di beberapa kawasan di Kota Setar mendapati ada kawasan yang sudah dinaiki air ke paras buku lali.

Katanya, pemantauan dilakukan di Mukim Langgar iaitu Kampung Tanjung Inggeris, manakala di Mukim Anak Bukit membabitkan Kampung Alor gunung, Alor Madi, Alor Senjaya, Kampung Seberang Chegar Dan Kampung Pantai Johor.

"Pemantauan turut dilakukan di Mukim Titi Gajah yang membabitkan Kampung Alor Senjaya, Kampung Alor perang, Kampung Seberang Titi gajah dan Kampung Bogor.

 

"Sekiranya berlaku hujan lebat serta pertembungan air pasang atau limpahan air sungai dari tiga daerah terbabit, berkemungkinan banjir boleh berlaku di daerah Kota Setar pula.

"Namun APM bersama agensi penyelamat lain sentiasa melakukan pemantauan di kawasan berisiko banjir walaupun keadaan cuaca hari ini cerah, namun sebarang kemungkinan boleh berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang yang akan menyebabkan laut bergelora bermula pada 25 Oktober hingga 29 Oktober ini.

Penduduk di kawasan berhampiran pantai dan nelayan dinasihatkan supaya berhati-hati turun ke laut dan orang ramai juga dinasihatkan supaya menangguhkan dahulu aktiviti beriadah di tepi pantai ketika ini," katanya.

 

Civil Defence urges Kota Setar residents to be ready to evacuate

ALOR SETAR: Residents in Kota Setar district living in flood-prone areas should be ready to evacuate if floodwaters from nearby districts such as Kubang Pasu and Pokok Sena flow into the area.

Kedah Civil Defence Force (APM) director Lt Col (PA) Mohd Bukhori Mat Sidik said the agency has found that water had begun flowing into Kota Setar with several areas already inundated, although the situation remains under control.

"APM and other enforcement agencies are monitoring rivers in Kota Setar. Floodwaters from several affected districts will flow through rivers here, so we are on alert to ensure residents in high-risk areas remain vigilant," he told reporters after inspecting Sungai Kedah here on Sunday (Oct 26).

He urged residents to stay alert and comply with evacuation orders to avoid a repeat of incidents in other districts where refusal to evacuate hampered rescue efforts, even forcing rescuers to wade through floodwaters at night.

Mohd Bukhori said its monitoring on Sunday found several subdistricts in Kota Setar already affected by rising waters, including Mukim Langgar involving Kampung Tanjung Inggeris and Mukim Anak Bukit involving Kampung Alor Gunung, Alor Madi, Alor Senjaya, Seberang Chegar and Pantai Johor.

In Mukim Titi Gajah, affected villages are Alor Petang, Alor Senjaya, Bohor and Seberang Titi Gajah, while Mukim Tajar involves Kampung Kuar and Alor Pak Ngah.

"At present, water levels are rising but remain under control and have yet to enter homes. The increase is still slight. We hope for good weather with no rain or tidal phenomenon that could trigger flooding," he said.

Mohd Bukhori also reminded the public, especially beachgoers, to heed APM instructions to prevent drowning incidents like the one recently reported in Langkawi.

"The current unstable weather is not suitable for any water activities. If APM lifeguards at watchtowers issue warnings or raise the red flag, please comply," he said.

He added that the Malaysian Meteorological Department has issued warnings of strong winds and rough seas, posing danger to small boats, recreational activities and water sports, while homes near coastal areas could also be affected. - Bernama

 

Keadaan banjir di utara semakin pulih

PETALING JAYA: Situasi banjir di tiga negeri utara Semenanjung menunjukkan perkembangan positif apabila lebih 2,000 mangsa mula dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan keadaan cuaca yang semakin baik.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setakat jam 4.30 petang, sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup dengan jumlah keseluruhan mangsa kini menurun kepada 3,804 orang.

Di Kedah, seramai 1,616 mangsa daripada 453 keluarga masih berlindung di beberapa PPS yang masih beroperasi, manakala lapan PPS sudah ditutup.

Sebelum ini, Sekolah Menengah Agama (SMA) Insaniah menempatkan jumlah mangsa tertinggi, namun kini hanya 318 orang masih berada di PPS berkenaan selepas lebih 160 orang dibenarkan pulang.

Sementara itu, di Pulau Pinang, jumlah mangsa turut menurun kepada 849 orang, berbanding lebih 1,000 orang pada waktu pagi.

 PPS di daerah Barat Daya telah ditutup, manakala hanya dua daerah masih terjejas iaitu Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara.

Di Perak, jumlah mangsa turut menunjukkan trend penurunan dengan hanya 1,343 orang masih berlindung di PPS sekitar Larut, Matang dan Selama (LMS), Manjung, Kerian dan Perak Tengah. – UTUSAN

Mangsa banjir di utara semenanjung meningkat kepada 3,473 orang

PETALING JAYA – Jumlah mangsa banjir di tiga negeri utara semenanjung meningkat kepada 3,473 orang setakat pukul 5.30 petang tadi.

Menurut laporan terkini Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 37 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 1,023 keluarga yang terjejas di Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

“Kedah mencatatkan jumlah tertinggi dengan 1,446 mangsa daripada 407 keluarga di lima daerah terlibat. Diikuti Perak dengan 1,178 mangsa daripada 383 keluarga manakala Pulau Pinang merekodkan 849 mangsa daripada 233 keluarga,” katanya

Data juga menunjukkan mangsa terdiri daripada 1,180 wanita dewasa, 1,139 lelaki dewasa, 1,077 kanak-kanakserta 77 bayi. Selain itu, terdapat 419 warga emas dan 68 orang kurang upaya (OKU) yang turut dipindahkan. – KOSMO! ONLINE.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search