PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

APM minta penduduk Kota Setar bersedia berpindah jika banjir

APM minta penduduk Kota Setar bersedia berpindah jika banjir

ALOR SETAR: Penduduk di Kota Setar yang tinggal di kawasan berisiko diminta bersedia untuk berpindah sekiranya limpahan air banjir dari beberapa daerah antaranya Kubang Pasu dan Pokok Sena turut menyebabkan bencana itu berlaku di daerah berkenaan.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lt Kol (PA) Mohd Bukhori Mat Sidik, berkata pemantauan mendapati air mula mengalir ke Kota Setar dengan ada beberapa kawasan telah dinaiki air, namun keadaan masih terkawal.

Beliau berkata, hasil pemantauan di beberapa kawasan di Kota Setar mendapati ada kawasan yang sudah dinaiki air ke paras buku lali.

Katanya, pemantauan dilakukan di Mukim Langgar iaitu Kampung Tanjung Inggeris, manakala di Mukim Anak Bukit membabitkan Kampung Alor gunung, Alor Madi, Alor Senjaya, Kampung Seberang Chegar Dan Kampung Pantai Johor.

"Pemantauan turut dilakukan di Mukim Titi Gajah yang membabitkan Kampung Alor Senjaya, Kampung Alor perang, Kampung Seberang Titi gajah dan Kampung Bogor.

 

"Sekiranya berlaku hujan lebat serta pertembungan air pasang atau limpahan air sungai dari tiga daerah terbabit, berkemungkinan banjir boleh berlaku di daerah Kota Setar pula.

"Namun APM bersama agensi penyelamat lain sentiasa melakukan pemantauan di kawasan berisiko banjir walaupun keadaan cuaca hari ini cerah, namun sebarang kemungkinan boleh berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang yang akan menyebabkan laut bergelora bermula pada 25 Oktober hingga 29 Oktober ini.

Penduduk di kawasan berhampiran pantai dan nelayan dinasihatkan supaya berhati-hati turun ke laut dan orang ramai juga dinasihatkan supaya menangguhkan dahulu aktiviti beriadah di tepi pantai ketika ini," katanya.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search