PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

El Nino: Kapasiti sumber air Selangor mampu bertahan hingga sembilan bulan

SHAH ALAM: Kapasiti sumber air Selangor dianggarkan mampu bertahan sehingga sembilan bulan bagi menghadapi Monsun Barat Daya dan fenomena El Nino yang dijangka berlarutan hingga September ini.

EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin, berkata kapasiti tujuh empangan di negeri itu melebihi 75 peratus setakat hari ini, dengan jangka hayat bekalan air dianggarkan antara tiga hingga enam bulan menerusi kawalan pelepasan mengikut keperluan loji rawatan air (LRA).

"Paras air empangan di Selangor dijangka kekal stabil dalam beberapa bulan akan datang melalui kawalan pelepasan air empangan oleh Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd berdasarkan keperluan muka sauk LRA serta selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Pengurusan Musim Kering Negeri Selangor.

"Pelepasan air empangan dilaksanakan secara 'conjunctive' dengan operasi pengepaman air dari kolam sumber air alternatif mengikut kriteria yang ditetapkan bagi meningkatkan jangka hayat takungan empangan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jamaliah berkata, lebih 140 kolam sumber air alternatif dan beberapa bekas lombong di bawah Selangor Off River Storage Scheme (SORSS) dikenal pasti mengikut lembangan sungai untuk dinaik taraf bagi meningkatkan kapasiti simpanan air mentah.

Beliau berkata, pihaknya sudah mengaktifkan pelan mitigasi strategik melalui pengawasan rapi LUAS bagi memastikan kestabilan bekalan air mentah di semua empangan utama negeri terus terjamin dalam mendepani risiko cuaca panas ekstrem ekoran kemuncak Monsun Barat Daya.

Dalam pada itu, katanya, operasi pembenihan awan akan dilaksanakan di Selangor dengan kerjasama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) sekiranya kapasiti empangan menurun ke paras 50 peratus.

Selain itu, bagi menjamin keselamatan operasi LRA daripada sebarang insiden pencemaran, beliau berkata, pemantauan kualiti air kini diperkasakan menerusi operasi rondaan 24 jam serta pensampelan secara berterusan di lembangan sungai utama.

Katanya, LUAS juga akan meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan berisiko seperti kawasan perindustrian bagi memastikan tiada pelepasan efluen yang tidak mematuhi peraturan, khususnya ketika musim kering yang boleh meningkatkan kepekatan bahan pencemar dalam sumber air.

NADMA: Too early to determine El Niño impact on water supply, agriculture

IT IS still too early to determine whether Malaysia will face disruptions to water supply or agriculture despite forecasts of a stronger El Niño later this year.

National Disaster Management Agency (NADMA) DG Meor Ismail Meor Akim said current projections remain long-range forecasts and government agencies will continue refining their preparations as weather models become more accurate over the coming months.

“Six-month forecasts are still projections. The closer we get, the more accurate the data will be,” he said during a media engagement today.

Meor Ismail said climate forecasts become progressively more reliable over shorter periods, including three months, one month, one week and several days before an event.

He added that any decision on specific mitigation measures would depend on updated forecasts closer to the expected impact period.

At the same time, he said Malaysia would first have to manage the Northeast Monsoon at the end of the year before the delayed effects of El Niño are expected to become more apparent early next year.

“By then, we will actually be in the Northeast Monsoon, which is the rainy season. So we are preparing for the Northeast Monsoon first, not just El Niño,” he said.

Nonetheless, he said agencies are focusing on preparedness by coordinating resources, monitoring weather developments and strengthening inter-agency response plans.

Preparations will continue to be adjusted according to updated forecasts issued by the Malaysian Meteorological Department and other technical agencies over the coming months.

 

NADMA laksana lima tindakan sepanjang Monsun Barat Daya 2026

PUCHONG – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaksanakan lima tindakan utama penyelarasan sepanjang musim Monsun Barat Daya (MBD) bermula pertengahan Mei lalu dan dijangka berterusan sehingga September ini.

Ketua Pengarah NADMA, Meor Ismail Meor Akim berkata, ia adalah pendekatan kerajaan yang bukan lagi bersifat menunggu sesuatu insiden berlaku tetapi tindakan awal, pengurangan risiko serta kesiapsiagaan secara menyeluruh.

Menurutnya, NADMA memperkukuh pemantauan situasi secara berterusan serta penyampaian amaran awal kepada semua pihak berkepentingan.

“Melalui Pusat Kawalan Bencana Negara (National Disaster Command Centre – NDCC) yang beroperasi 24 jam sehari, NADMA menyelaras pemantauan situasi semasa dengan menghimpunkan data dan maklumat daripada pelbagai agensi teknikal.

“Laporan harian dan analisis risiko yang diterima melalui NDCC membolehkan kerajaan menilai perkembangan cuaca, status empangan, kemarau hidrologi, risiko kebakaran terbuka, jerebu serta impak terhadap kesihatan awam secara berterusan,” katanya.

Meor menambah, hasil dapatan maklumat tersebut kemudiannya dikongsi kepada semua agensi berkaitan bagi membolehkan keputusan dibuat secara pantas, berasaskan data dan mengikut perkembangan situasi sebenar di lapangan.

“Saya juga ingin mengajak masyarakat dan rakan-rakan media untuk memuat turun aplikasi MyDIMS yang dibangunkan oleh NADMA sebagai platform maklumat bencana di hujung jari.

“Pengguna boleh menerima notifikasi secara masa nyata sekiranya berada dalam lingkungan 25 kilometer daripada lokasi bencana,” katanya ketika berucap di majlis sesi libat urus bersama media mengenai kesiapsiagaan kerajaan menghadapi Monsun Barat Daya 2026 di Markas SMART, Puchong, hari ini.

Meor turut memberitahu, tindakan utama penyelarasan sepanjang MBD juga melibatkan penyelarasan dan pelaksanaan Operasi Pembenihan Awan (OPA).

Katanya, selain itu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) diminta mempertingkatkan pemantauan di 83 lokasi titik panas berisiko tinggi berlaku kebakaran terbuka untuk tindakan pencegahan serta penguatkuasaan awal.

Fokus juga tertumpu kepada perlindungan kesihatan rakyat serta usaha menyebarkan maklumat dengan pantas kepada rakyat.

Tegas beliau, pengurusan risiko MBD tidak hanya diukur melalui jumlah operasi yang dilaksanakan sebaliknya, ia perlu diukur daripada pemahaman sebenar rakyat dengan memahami risiko, mengambil langkah berjaga-jaga dan kesan terhadap masyarakat dapat diminimumkan.

Terdahulu majlis tersebut turut dihadiri Ketua Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Dato’ Sri Nor Hisham Mohammad, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Datuk Zamri Ramli dan pelbagai agensi lain. – MalaysiaGazette

Super El Nino bermula November, risiko jerebu di Malaysia meningkat tahun depan

PUCHONG, 7 Julai – Fenomena Super El Nino diramal bermula November ini, sekali gus meningkatkan risiko cuaca lebih panas, pengurangan hujan dan kejadian jerebu di Malaysia, terutama selepas berakhirnya musim Monsun Timur Laut pada tahun hadapan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Ambun Dindang, berkata, jangkaan itu berdasarkan data yang dipantau oleh National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) menerusi Climate Prediction Center (CPC).

“Fenomena El Nino ketika ini telah pun berlaku, namun status Super El Nino hanya dijangka bermula sekitar November 2026 dan berterusan sehingga Januari 2027.”

“Fenomena itu berlaku di tengah Lautan Pasifik, namun kesannya boleh dirasai di seluruh dunia termasuk Malaysia. Bagaimanapun, impaknya kepada negara dijangka berlaku sedikit lewat berbanding kawasan asal,” katanya.

Menurut Ambun, Malaysia dijangka mengalami pengurangan taburan hujan yang ketara serta peningkatan suhu pada awal tahun hadapan sekiranya ramalan tersebut menjadi kenyataan.

Tambahnya, pengalaman lalu menunjukkan fenomena El Nino yang kuat pernah menyebabkan negara merekodkan suhu tertinggi, termasuk bacaan 40.1 darjah Celsius di Chuping pada 9 April 1998 serta 39.3 darjah Celsius di Batu Embun pada 2016.

Beliau berkata demikian selepas sesi libat urus bersama media: kesiapsiagaan kerajaan menghadapi Monsun Barat Daya (MBD) tahun 2026 di sini.

Mengulas laporan yang meletakkan Malaysia bersama Singapura, Indonesia dan Brunei berisiko berdepan jerebu rentas sempadan dalam beberapa bulan akan datang, Ambun berkata, unjuran itu dibuat susulan perkembangan fenomena El Niño serta keadaan cuaca kering ketika musim Monsun Barat Daya.

Beliau menjelaskan sepanjang Monsun Barat Daya, kebanyakan negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Singapura dan Indonesia lazimnya mengalami cuaca lebih panas dan kering, sekali gus meningkatkan risiko jerebu.

“Ketika musim ini, jerebu boleh berpunca daripada sumber tempatan atau dibawa merentasi sempadan dari negara jiran yang turut mengalami cuaca kering,” katanya.

Menurut beliau, pemantauan menerusi ASEAN Specialised Meteorological Centre (ASMC) turut menunjukkan kewujudan beberapa titik panas di negara jiran yang berisiko menjejaskan kualiti udara serantau.

Bagaimanapun, Ambun menegaskan masih terlalu awal untuk mengesahkan Malaysia akan berdepan episod jerebu yang serius kerana keadaan bergantung kepada perkembangan cuaca dan arah angin dari semasa ke semasa.

Selain itu, berdasarkan unjuran semasa, kemungkinan jerebu yang lebih ketara hanya berpotensi berlaku selepas berakhirnya Monsun Timur Laut, apabila negara kembali memasuki tempoh cuaca yang lebih kering pada tahun hadapan.

Justeru, METMalaysia akan terus memantau perkembangan fenomena El Nino dan data iklim global secara berterusan bagi memastikan sebarang perubahan cuaca yang boleh memberi kesan kepada negara dapat dimaklumkan lebih awal kepada orang ramai dan agensi berkaitan.

Strong quake hits off Japan coast, no tsunami risk for Malaysia

KUALA LUMPUR: A strong earthquake measuring 6.9 on the Richter scale struck off the east coast of Honshu, Japan, at 6.30 am today, according to the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia).

In a statement, MetMalaysia said the earthquake was recorded at coordinates 40.2 degrees North and 142.2 degrees East, about 64 kilometres southeast of Hachinohe, Japan, at a depth of 79 kilometres.

The department’s preliminary assessment found that the earthquake posed no tsunami threat to Malaysia.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search