DUMAGUETE CITY: Hujan lebat daripada ribut petir yang melanda sejak beberapa hari lepas telah mencetuskan kejadian tanah runtuh berturut-turut serta banjir di Bindoy, Negros Oriental.
Ia mengganggu kelancaran lalu lintas ketika operasi pembersihan sedang giat dijalankan pada hari Tahun Baharu, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).
Ketua Pejabat Pengurangan dan Pengurusan Risiko Bencana (DRRMO) Bindoy, Wilfur Herrera Jr. berkata setakat jam 1.30 tengah hari Khamis, lebuh raya nasional di Barangay Malaga hanya boleh dilalui sebahagiannya sahaja.
"Kami sedang bekerja lebih masa bagi mengelakkan gangguan lalu lintas yang berpanjangan.
"Laluan terbabit telah dibersihkan buat permulaan bagi membolehkan kenderaan melaluinya secara satu lorong dan terkawal mengikut giliran," kata Herrera.
Bindoy dilanda banjir dan tanah runtuh pada Selasa serta Rabu malam, namun tiada kemalangan jiwa atau pemindahan penduduk dilaporkan setakat ini.
Pada Selasa malam, hujan lebat mencetuskan runtuhan batu dan banjir lumpur di sepanjang lebuh raya nasional di Barangay Malaga, selain banjir yang turut menjejaskan Barangay Poblacion, Domolog, Cabugan, Tinaogan, dan Pangalaycayan.
Operasi pembersihan dimulakan serta-merta dan berlanjutan sehingga pagi Rabu, membolehkan lalu lintas kembali pulih selepas air banjir surut.
Bagaimanapun, satu lagi kejadian tanah runtuh pada skala lebih besar berlaku sejurus sebelum tengah malam Rabu, yang sekali lagi menghalang laluan lebuh raya di Barangay Malaga.
Kerajaan Wilayah Negros Oriental telah menghantar jentera berat dan kakitangan bagi membantu usaha pembersihan bersama pasukan dari Bindoy, kawasan berhampiran Ayungon, Jabatan Kerja Raya dan Lebuh Raya, serta kontraktor swasta.
Menurut Herrera, penilaian kerosakan masih dijalankan dan data mengenai rumah yang terjejas sedang dikumpul bagi tujuan penyaluran bantuan.
KUALA LUMPUR, 1 Jan: Dua gempa bumi berskala sederhana direkodkan di Indonesia dan Filipina pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda kawasan Laut Banda, Indonesia pada 11.05 pagi berpusat pada koordinat 6.7 darjah selatan dan 130.1 darjah timur dengan kedalaman 103 kilometer (km).
Gempa bumi itu berada pada jarak 398 km Tenggara dari Ambon, Indonesia.
Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter pula melanda Rantau Kepulauan Filipina pada 10.56 pagi, berpusat pada koordinat 5.0 darjah utara dan 127.4 darjah timur, dengan kedalaman 65 km.
Gempa bumi itu berada pada jarak 136 km timur laut dari Pulau Talaud, Indonesia.
MetMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan dua gempa bumi itu.-TVS
In Johor, the number of victims in Segamat has risen to 159 people from 45 families as of 8am today, up from 120 people yesterday, Bernama reported.
State disaster management committee chairman Asman Shah Abd Rahman said this increase follows the opening of a new relief centre at Dewan Serbaguna Kampung Tandong at 6pm yesterday to shelter 39 victims from 10 families.
He said the victims were at Balai Raya Kampung Batu Badak (40), Dewan Serbaguna Kampung Tasek (43), Balai Raya Kampung Paya (23) and Balai Raya Kampung Sanglang (14).
Two rivers in Segamat, including Sungai Muar, have exceeded dangerous levels.
In Sarawak, the number of victims has decreased to 348, down from 380 yesterday afternoon.
The affected areas include Taman Desa Wira, Kampung Sinar Budi Baru and Kampung Sungai Batu in Kuching.
Three relief centres are still operational — Dewan Masyarakat Stapok (203 victims), Dewan R-Piang Kampung Sinar Budi Baru (129 victims), and Surau Ar-Rahman Kampung Sungai Batu (16 victims).
The Malaysian Meteorological Department has issued a continuous rain warning at the alert level for several areas in Sarawak until Jan 3.
The affected areas include Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei and Meradong), Sibu (Sibu and Selangau), Mukah, Bintulu, and Miri (Subis, Beluru, Miri and Marudi).
In Melaka, the number of victims in Jasin remains at 36. They are all being sheltered at the Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu relief centre after their homes in Kampung Parit Perawas Benteng and Kampung Tasek Benteng were flooded.
KUCHING, 1 Jan: Orang ramai perlu bersedia sepanjang masa terutama ketika Monsun Timur Laut (MTL) dan bukan hanya bergantung kepada tarikh tertentu disebabkan ketidaktentuan taburan hujan dalam tempoh singkat.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, jumlah taburan hujan yang tinggi dalam masa singkat mampu menyebabkan paras air meningkat dengan cepat sekali gus mencetuskan banjir walaupun tanpa fenomena air pasang besar.
“Purata hujan di Sarawak ialah 5000 milimeter setahun tetapi sebelum ini di Bintulu, satu hari sahaja turun sehingga 900 milimeter.
“Apabila hujan mencapai tahap itu, kita tidak lagi memerlukan air pasang besar (king tide) untuk menimbulkan masalah kerana paras air sudah pasti akan naik,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) di Pusat Kawalan Bencana Negeri Sarawak (SDCC) di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.
Beliau yang juga Pengerusi JPBNS menasihatkan penduduk terutama di kawasan rendah supaya sentiasa bersedia dan mengambil langkah berjaga-jaga sepanjang musim MTL.
“Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran bahawa hujan dijangka berterusan selama dua hingga tiga hari manakala fenomena air pasang besar diramal berlaku pada 2 dan 4 Januari ini,” ujarnya.
Dalam pada itu, Uggah menjelaskan, aspek pemantauan turut diperkasakan dengan operasi bilik gerakan yang berfungsi 24 jam bagi menyelaras maklumat cuaca, paras air serta operasi empangan Sungai Sarawak secara langsung.-TVS
KUCHING, 1 Jan: Fenomena banjir besar yang melanda tahun lalu menjadi pengajaran kepada Kerajaan Sarawak untuk memperkasa persiapan menghadapi banjir pada tahun ini termasuk melibatkan kebajikan mangsa dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Kerajaan Sarawak menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) mengarahkan semua pihak berkuasa di peringkat bahagian diketuai residen dan pegawai daerah untuk berada dalam keadaan bersedia sejak Disember lalu.
“Pada masa ini, kami mengingatkan semula kepada semua pihak berkuasa untuk menyemak kedudukan mereka terutamanya berkaitan kesediaan PPS. Pastikan PPS bersih dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti tandas dan kemudahan lain.
“Jabatan Kebajikan Masyarakat juga bersiap sedia dengan bekalan makanan dan peralatan asas. Bekalan utama ditempatkan di Kota Samarahan dan beberapa pangkalan strategik lain manakala pembekal tempatan dilantik di beberapa bandar untuk membekalkan barangan yang diperlukan bagi memastikan mangsa dipindahkan ke PPS dapat tinggal dengan selesa,” katanya kepada pemberita ketika sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) di Pusat Kawalan Bencana Negeri Sarawak (SDCC) di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.
Menurutnya, Jabatan Kesihatan Negeri diarahkan untuk membuat pemeriksaan di setiap PPS selepas mangsa tiba termasuk memeriksa keadaan kesihatan seperti demam bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) keselamatan dan kesihatan dipatuhi.
Dalam pada itu, Uggah menambah, setakat ini lima PPS dibuka di sekitar Kuching melibatkan Dewan Masyarakat Stapok, Dewan Sinar Budi Paru, Surau Ar- Rahman Kampung Sungai Batu, Surau Nurul Najin Kampung Darul Stapok dan Dewan Taman Malihah.-TVS
