PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Mangsa banjir di Sabah terus meningkat malam ini

KOTA KINABALU, 28 Feb: Jumlah mangsa banjir di daerah Telupid dan Paitan meningkat kepada 413 orang daripada 124 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 397 orang daripada 119 keluarga 8 pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataan memaklumkan lima pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Telupid dengan menempatkan 350 orang daripada 102 keluarga.

“Sebanyak 63 orang daripada 22 keluarga pula berlindung di dua PPS di Paitan,” menurut kenyataan itu.

Telupid dan Paitan terletak di kawasan pedalaman Sabah, masing-masing lebih 200 kilometer dan lebih 230 kilometer arah timur dari Kota Kinabalu. – TVS

Ribut petir landa beberapa negeri hingga 9 malam ini – MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 28 Feb: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada 5.15 petang ini memaklumkan, cuaca buruk itu dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan) serta Perak.

Turut terjejas Kelantan (Jeli dan Gua Musang), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh), Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selain itu, Negeri Sembilan (Jelebu, Jempol dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) turut terlibat.

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru dan Marudi) serta Limbang. – TVS

Water supply disruption in parts of Sibu tonight due to urgent pipe repairs

SIBU (Feb 28): Several areas in Sibu will experience a temporary water supply disruption starting at 10pm tonight due to urgent repair works.

In a statement, the Sibu Water Board (SWB) said that repairs would be carried out on a 750mm diameter mild steel main pipe that has developed a leak due to soil settlement in front of the Foochow Association Building on Jalan Salim.

“The repair works are scheduled to begin tonight at 10pm and are expected to take approximately nine hours to complete,” it said.

The board warned that failure to address the issue could lead to catastrophic pipe failure, resulting in prolonged water disruptions affecting thousands of residents and businesses.

Additionally, if left unattended, the leak could worsen, potentially causing infrastructure damage, road collapse, and contamination of the water supply.

“Therefore, immediate action is necessary to prevent further deterioration and ensure the continued reliability of water distribution in Sibu.”

During this period, water supply will be disrupted in Jalan Stabau/Jalan Kong Yit Khim to Jalan Nibong Tada and Durin, Jalan Salim to Jalan Pedada/Jalan Dr Wong Soon Kai, Jalan Ling Kai Cheng to the Ling Kai Cheng/Ulu Sungai Merah traffic light intersection.

Other areas included Jalan Lada to Sibu town and all village areas, Jalan Brooke Drive to Jalan Teng Chin Hua, Jalan Quarry to Jalan Pasai Siong, Jalan Wawasan to Bawang Assan and Jalan Teku Lama to Jalan Ding Lik Kong.

SWB has urged affected consumers to store sufficient water in advance to minimize the impact of the scheduled disruption.

“We deeply regret any inconvenience caused and assure the public that our team is committed to completing the repair work as swiftly as possible to restore normal water supply.”

For further inquiries, residents may contact SWB Hotline at 013-8106311.

Hujan lebat landa 12 negeri sampai malam

PETALING JAYA – Hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 12 negeri pada petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan, amaran ribut petir dikeluarkan di kawasan yang terlibat hingga 8 malam nanti.

Katanya, cuaca buruk itu dijangka berlaku di seluruh negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Melaka.

“Amaran sama juga dikenakan di beberapa daerah di Pulau Pinang iaitu di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Hujan lebat berserta ribut petir turut diramalkan melanda Jeli dan Gua Musang di Perak manakala di Pahang, kawasan terlibat ialah di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh) • Selangor,” katanya.

Sementara itu, amaran sama juga dikeluarkan bagi daerah Jelebu, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan.

“Amaran ribut petir itu turut melibatkan daerah di Johor seperti Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.

“Bagi negeri Sarawak pula, kawasan yang dikenakan amaran sama ialah Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu, Mukah (Mukah), Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru dan Marudi) dan Limbang. -KOSMO! ONLINE

Imbau tragedi ngeri, berdoa kejadian tidak berulang setiap kali terlihat Highland Towers

SHAH ALAM, 28 Feb: Tragedi runtuhan kondominium Highland Towers yang mengorbankan 48 penghuni kira-kira 32 tahun lepas melakar sejarah hitam kepada rakyat Malaysia, termasuk pesara bomba Datuk Dr Soh Chai Hock.

Beliau yang ketika itu Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengakui sentiasa berdoa agar kejadian sama tidak berulang setiap kali terlihat baki blok Highland Towers di Taman Hillview, Ulu Klang dari jauh.

“Setiap kali melalui Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Hulu Kelang atau terlihat Highland Towers di internet, saya tidak pernah terlepas berdoa dan terkenang suasana di lokasi tragedi yang masih segar dalam ingatan sehingga hari ini.

“Ketika itu, kita (bomba) tidak cukup pengetahuan dengan tragedi runtuhan melibatkan bangunan apatah lagi peralatan menyelamat, namun saya sedar pasukan sedang menantikan arahan daripada saya untuk menjalankan tugas serta-merta,” katanya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Pesara Bomba dan Waris JBPM Selangor di sini hari ini.

Majlis yang berlangsung di Ibu Pejabat JBPM Selangor itu dihadiri kira-kira 500 pesara yang pernah bertugas sebagai pegawai dan anggota bomba di negeri berkenaan.

Dalam kejadian pada 1.35 tengah hari 11 Dis 1993 itu, bangunan 12 tingkat yang juga Blok 1 Highland Towers yang menempatkan 50 unit kediaman runtuh, dan bomba mengambil masa selamat 12 hari untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Peristiwa itu menjadi titik mula kepada penambahbaikan prosedur operasi standard (SOP) JBPM, khususnya dalam aspek operasi menyelamat selain menyaksikan penubuhan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) setahun kemudian.

Mengenang detik cemas itu, Soh berkata operasi menyelamat berdepan kekangan besar kerana pasukan bomba hanya bergantung kepada tangga, tali dan beberapa kenderaan tetapi tetap bersemangat menyelamatkan mangsa sama ada hidup atau meninggal dunia.

“Saya berbangga dengan pegawai dan anggota yang terlibat, dan semua misi berjaya disudahkan dengan bantuan banyak pihak termasuk pasukan menyelamat dari luar negara antaranya Jepun dan Perancis,” katanya yang bersara pada 1999.

Mengulas mengenai perkembangan kemahiran dan peralatan bomba ketika ini, Soh berkongsi rasa bangga atas kepekaan memperkukuhkan peralatan serta mempertingkatkan latihan anggota bomba bagi menghadapi bencana besar.

Beliau berkata dalam konteks semangat kebersamaan dalam pasukan, mana-mana ketua wajar memahami cabaran yang dihadapi anggota di lapangan kerana setiap tugasan berdepan risiko serta menuntut komitmen penuh.

“Kita perlu tahu keadaan anggota, penat lelah mereka di lapangan dan sentiasa ada semangat kebersamaan tanpa mengira agama dan bangsa kerana secara tidak langsung dapat membangkitkan motivasi serta semangat anggota untuk memberikan khidmat terbaik,” katanya. – TVS

 

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search