PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Trump says US will help after Myanmar quake

WASHINGTON: President Donald Trump on Friday vowed the United States would assist Myanmar after it was hit by a huge earthquake, following a rare plea for aid by the South-East Asian nation's ruling junta.

"It's terrible," Trump told reporters in the Oval Office about the quake when asked if he would respond to the appeal by Myanmar's military rulers.

 "It's a real bad one, and we will be helping. We've already spoken with the country."

The huge 7.7-magnitude earthquake hit Myanmar and Thailand on Friday, killing more than 150 people and injuring hundreds.

 

Myanmar junta chief Min Aung Hlaing had earlier invited "any country, any organization" to help with relief, in a speech aired on state media.

Four years of civil war sparked by the military seizing power have ravaged Myanmar's infrastructure and health care system, leaving it ill-equipped to respond to such a disaster.

The US has in recent years been pressing Myanmar's rulers for progress on key concerns such as freeing political prisoners and reducing violence.

Myanmar's junta has meanwhile been fostering ties with key ally Russia, with leader Min Aung Hlaing visiting President Vladimir Putin in Moscow earlier this month.

The two countries are talking about a plan for Moscow to help build a small nuclear power plant in Myanmar. - AFP

Myanmar perlu sedia kemungkinan gempa susulan

Berlin: Myanmar perlu bersiap sedia menghadapi kemungkinan gempa susulan selepas gempa bumi kuat melanda negara itu pada Jumaat, menurut seorang ahli geofizik Jerman kepada agensi berita Jerman (dpa).

"Kami menjangkakan gempa susulan akan berlaku. Ini adalah proses yang biasa," kata Oliver Heidbach dari Pusat Geosains GFZ Helmholtz di Potsdam, timur Jerman.

Saintis GFZ berkata beberapa gempa susulan dengan magnitud antara 6 dan 6.5 boleh berlaku dalam tempoh beberapa jam atau hari akan datang, dengan jumlah dan kekuatan gegaran dijangka berkurangan dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun, mereka tidak menolak kemungkinan berlakunya satu lagi gempa bumi kuat.

Heidbach memberi amaran gelombang seismik yang dihasilkan oleh gempa susulan berpotensi merosakkan lagi bangunan yang sudah terjejas, sekali gus menyukarkan dan membahayakan usaha menyelamat.

 

Heidbach menjelaskan bahawa pusat gempa pertama terletak pada garis sesar yang menyerap pergerakan plat tektonik India, yang merentasi khatulistiwa.

Beliau berkata kawasan itu dilanda gempa bumi kuat kira-kira setiap 100 tahun.

Namun, masih terlalu awal untuk menilai sepenuhnya kesan gempa bumi itu, katanya.

Sementara itu, Konsulat Jeneral China di Chiang Mai, Thailand pada Jumaat menasihatkan warga China di negara itu agar berwaspada terhadap kemungkinan gempa susulan selepas gempa bumi kuat melanda Myanmar, lapor Xinhua.

Konsulat Jeneral China dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi kuat telah melanda Myanmar awal hari ini, dengan gegaran ketara dirasai di utara Thailand, termasuk wilayah Chiang Mai dan Mae Hong Son.

Beberapa tarikan pelancongan di Daerah Pai, Mae Hong Son dilaporkan runtuh akibat gempa itu, katanya.

Sehubungan itu, Konsulat Jeneral China menggesa warga China di Thailand agar sentiasa mengikuti maklumat amaran awal rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Thailand serta mengelakkan berada di tingkat bangunan lebih tinggi.

 

 

 

Singapura sedia bantu operasi SAR gempa bumi Myanmar - MFA

SINGAPURA: Singapura bersedia untuk mengerahkan kontinjen Operasi Lionheart untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan bandar serta usaha bantuan bencana di Myanmar susulan gempa bumi kuat pada Jumaat, menurut Kementerian Luar (MFA).
Jurucakap MFA berkata ini adalah dengan penyelarasan bersama Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan bagi Pengurusan Bencana ASEAN (AHA Centre).
 
Operasi Lionheart merupakan kontinjen 79 anggota di bawah Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dengan fungsi teras menyediakan bantuan mencari dan menyelamat di kawasan bandar atau memberikan bantuan kemanusiaan kepada negara yang dilanda bencana besar.
 
"Kerajaan Singapura amat berdukacita atas kehilangan nyawa dan kemusnahan akibat gempa bumi yang melanda Myanmar dan Thailand pada 28 Mac, serta menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada mereka yang terjejas. Kerajaan Singapura bersedia untuk menghulurkan bantuan," kata jurucakap itu dalam satu kenyataan.
MFA turut menyatakan bahawa nasihat perjalanan yang menggesa rakyat Singapura menangguhkan semua perjalanan ke Myanmar sedang berkuat kuasa.
 
Setakat ini, tiada laporan mengenai rakyat Singapura yang cedera akibat gempa bumi itu, tambahnya.
Gempa bumi dengan magnitud 7.7 melanda berhampiran Sagaing, Myanmar, sekitar 12.50 tengah hari waktu tempatan pada Jumaat, dengan gegaran turut dirasai di Thailand, China dan Laos.
 
Satu gempa susulan dengan magnitud 6.4 berlaku kira-kira 12 minit selepas gegaran pertama.
-
- BERNAMA
 

Salam takziah buat Myanmar – Ahmad Zahid

PETALING JAYA – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada rakyat Myanmar susulan gempa bumi kuat yang mengorbankan nyawa serta menyebabkan kemusnahan besar di negara itu, hari ini.

Beliau berkata, Malaysia berdiri bersama rakyat Myanmar serta semua pihak yang terkesan akibat bencana tersebut selain mendoakan buat mereka dalam menghadapi situasi sukar ketika ini.

“Kami berdoa agar rakyat Myanmar diberikan kekuatan, ketabahan, dan keselamatan dalam menghadapi saat sukar ini.
 

“Semoga usaha menyelamat dan bantuan berjalan dengan lancar serta mereka yang memerlukan mendapat pertolongan serta sokongan dengan segera,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi berukuran magnitud 7.4 yang melanda Myanmar pada pukul 2.21 petang turut dirasai di Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, MetMalaysia berkata, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia lanjutan daripada kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

 

Malaysia sedia hulur bantuan, sokong usaha kemanusiaan susulan gempa bumi – PM

KUALA LUMPUR: Malaysia bersedia menghulurkan bantuan dan menyokong usaha kemanusiaan yang diperlukan Myanmar, Thailand serta negara terjejas, susulan gempa bumi yang melanda hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berdiri teguh dalam solidariti bersama negara jiran serta negara anggota ASEAN.

Selain menyatakan keprihatinannya terhadap kemusnahan besar di Mandalay, Bangkok dan kawasan sekitarnya, beliau turut melahirkan rasa dukacita terhadap laporan mengenai bangunan runtuh, mangsa yang terperangkap serta jumlah korban yang semakin meningkat.

Malaysia juga ujarnya sedang memantau perkembangan di selatan Yunnan, China, yang turut mengalami gegaran dan kerosakan struktur.

“Atas nama Malaysia, saya mengucapkan takziah kepada semua yang kehilangan insan tersayang dan mendoakan kesejahteraan bagi mereka yang cedera serta terpaksa berpindah akibat bencana itu.

“Dalam saat penuh kesedihan ini, semoga proses pemulihan berjalan lancar dan ikatan serantau membawa harapan serta penyembuhan,” katanya dalam laman sosial Facebook.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search