PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Landslide destroys Sabah home, PM Anwar steps in with cash aid

KUALA LUMPUR, Nov 9 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim today handed over a contribution to Melvin Funk, whose home was affected by a landslide in Kampung Duvanson, Putatan, Sabah, yesterday.

The initial cash assistance was handed over by the Prime Minister’s political secretary, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, when he visited the family.

 

“Tuan Awang Husaini (Sahari), who is also a local community leader, and I visited the site with the Sabah Implementation Coordination Unit (ICU) to assess the immediate actions needed. I also delivered the Prime Minister’s cash aid as initial assistance.

“Thankfully, no lives were lost, but the impact on this family is profound,” Ahmad Farhan said in a Facebook post today, which was also shared by Anwar.

Ahmad Farhan said the house, painstakingly built with the family’s savings accumulated over many years, was destroyed in an instant when the landslide struck around 10 pm.

He said that at the time of the incident, all four family members were inside the house and managed to escape after feeling the tremor and hearing a loud crash from the rear of the property.

“May this family remain resilient and be granted the strength to face this trial,” he added. — Bernama

Ahmad Farhan said the house, painstakingly built with the family’s savings accumulated over many years, was destroyed in an instant when the landslide struck around 10 pm.

He said that at the time of the incident, all four family members were inside the house and managed to escape after feeling the tremor and hearing a loud crash from the rear of the property.

"May this family remain resilient and be granted the strength to face this trial,” he added.

PM beri bantuan tunai kepada mangsa tanah runtuh Kg. Duvanson

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan tunai kepada mangsa tanah runtuh di Kampung Duvanson, Putatan sebagai bantuan awal.

Sumbangan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi dalam tinjauan ke tapak kejadian itu semalam yang disifatkan menyentuh hati.

Menurut Ahmad Farhan, ketika kejadian, empat beranak berada di dalam rumah, namun sempat melarikan diri selepas terasa gegaran dan mendengar bunyi kuat dari arah belakang rumah.

“Rumah yang dibina hasil titik peluh dan simpanan gaji selama beberapa tahun, kini musnah dalam sekelip mata akibat runtuhan tanah yang berlaku kira-kira pukul 10 malam, baru-baru ini.

“Syukur, tiada nyawa terkorban namun kesannya cukup mendalam bagi keluarga ini,” katanya dalam hantaran, hari ini.

Ahmad Farhan berkata, beliau bersama Awang Husaini yang juga pemimpin masyarakat setempat turut meninjau bersama Unit Penyelarasan Perlaksanaan Sabah bagi menilai tindakan segera yang wajar diambil.

“Semoga keluarga ini terus tabah dan diberikan kekuatan untuk menghadapi ujian ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Beri perhatian masalah banjir Merbung

ENGKILILI, 9 Nov: Masalah banjir berulang di kawasan Merbung kini mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr. Johnnical Rayong Ngipa.

Beliau berkata, tindakan segera perlu diambil oleh pihak berkuasa tempatan.

Menurutnya, keadaan jalan yang rendah dan ketiadaan sistem perparitan baik menjadi punca utama banjir setiap kali musim tengkujuh tiba.

“Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) perlu duduk bersama wakil komuniti serta ketua kaum untuk mencari penyelesaian segera.

“Masalah ini perlu diberi perhatian segera, terutama dengan musim Monsun Timur Laut yang hampir tiba,” katanya selepas menghadiri Program Pemimpin Bersama Komuniti anjuran JKKK Rumah Panjang John Mat di Merbong Batang Ai, pada Ahad.

Beliau menambah, satu mesyuarat bersama agensi teknikal akan diadakan bagi menilai semula sistem saliran serta menaik taraf infrastruktur jalan di kawasan terjejas.

“Kita berharap kerjasama erat antara pihak berkuasa dan komuniti dapat memastikan masalah banjir di Merbung dapat diatasi pada masa hadapan,” ujarnya.-TVS

Sekurang-kurangnya 30 terbunuh di Haiti, 1.5 juta terjejas di Jamaica akibat Taufan Melissa

NEW YORK, 5 Nov: Sekurang-kurangnya 30 orang dilaporkan terbunuh di Haiti manakala lebih 1.5 juta penduduk terjejas di Jamaica akibat Taufan Melissa, kata jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa, lapor Xinhua.

Infrastruktur dilapor mengalami kerosakan dengan lebih 130 jalan raya terhalang serta gangguan terhadap bekalan elektrik dan rangkaian komunikasi di Jamaica, menurut Timbalan Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Farhan Haq dalam taklimat hariannya.

Perkhidmatan kesihatan juga berada dalam keadaan kritikal selepas beberapa hospital dan klinik rosak atau musnah, memaksa Pertubuhan Kesihatan Pan Amerika (PAHO) menghantar pasukan perubatan kecemasan, katanya.

Haq berkata, Program Makanan Sedunia (WFP) menganggarkan sehingga 360,000 penduduk di Jamaica mungkin memerlukan bantuan makanan.

Pasukan Penilaian dan Penyelaras Bencana PBB kini menyelaras ketibaan pasukan bantuan serta sokongan antarabangsa bagi membantu kerajaan Jamaica, katanya.

Di Haiti, PBB dan rakan kongsi meneruskan penilaian tahap kerosakan akibat taufan itu dan memperhebatkan usaha untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) melaporkan tanaman utama seperti kacang, jagung dan buah-buahan terjejas serta kerosakan terhadap infrastruktur perikanan, yang dijangka memburukkan lagi masalah kebuluran di negara itu.

Sementara itu, Pengarah Negara WFP di Cuba, Etienne Labande berkata bahawa taufan itu turut menyebabkan banjir besar, gangguan bekalan elektrik serta kerosakan terhadap tanaman dan bangunan di timur Cuba.

Beliau menjelaskan bahawa tindak balas terhadap bencana kali ini diperkukuh menerusi pelaksanaan rangka kerja tindakan awal oleh kerajaan Cuba bersama peruntukan khas PBB yang diluluskan lebih awal, membolehkan agensi-agensi PBB menempatkan bekalan penting di kawasan berisiko sebelum taufan melanda. – TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search