PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Previous Next

Taklimat Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Rakan NADMA 2025 | 13 November 2025 | Palm Garden Hotel, Putrajaya
 
Telah berlangsung Taklimat Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Rakan NADMA 2025 yang dihadiri seramai 150 orang wakil Rakan NADMA.
 
Antara pengisian utama program ini adalah bagi memaklumkan persediaan mengenai MTL 2025/2026 yang telah pun bermula pada 13 Oktober 2025 serta taklimat persediaan bagi menghadapi MTL. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membentangkan pelaporan pergerakan Rakan NADMA dan perbincangan way forward Rakan NADMA.
 
YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Pengarah NADMA telah menyempurnakan taklimat persediaan menghadapi MTL 2025/2026 dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatakuasa Pemandu Rakan NADMA 2025.
Previous Next

Bengkel Projek Pembangunan RP1 Tahun 2026 RMK13 NADMA | 10 hingga 12 November 2025 | Villea Port Dickson, Negeri Sembilan
 
YBrs. Tuan Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA telah merasmikan bengkel Projek Pembangunan RP1 Tahun 2026 RMK13 NADMA yang disertai seramai 20 orang peserta dari semua seksyen NADMA.
 
Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah untuk menyelaras peranan dan tanggungjawab pihak yang berkaitan dalam projek pembangunan NADMA serta menyediakan brif projek, cadangan skop dan kos bagi projek baharu RP1 RMK13.
 
Selain itu, bengkel ini dilaksanakan untuk menyediakan jadual pelaksanaan dan perbelanjaan projek RP1 RMK13 bagi memastikan perancangan projek mengikut jadual yang telah dirancang.
Previous Next

Kunjungan Hormat Brigedier Jeneral Rejimen 502 Askar Wataniah | 12 November 2025
 
Ketua Pengarah NADMA, Datuk Abdul Halim Hamzah telah menerima kunjungan hormat daripada Brigedier Jeneral Ridzwan Shoib, Komander Rejimen 502 Askar Wataniah, di Ibu Pejabat NADMA Putrajaya.
 
Kunjungan hormat ini bagi meneroka kerjasama dan memperkukuh hubungan antara Rejimen 502 Askar Wataniah, Kem Sungai Buloh dengan NADMA selaku agensi peneraju pengurusan bencana negara.
 
Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai pengurusan hubungan antarabangsa dengan Türkiye melalui AFAD serta peluang latihan bersama di antara Rej 502 Askar Wataniah dengan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).
 
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh Leftenan Kolonel Mukhriz Hj Kamarudin dan Mejar Izzudin Dato’ Abidin. Turut hadir dari NADMA ialah PgKB I Abdul Manaf Che Isa, Komander SMART dan En. Shanmugam a/l Gopalan, Seksyen Penyelarasan Operasi.
Previous Next

Majlis Peluncuran dan Libat Urus Pelan Tindakan Sekuriti Kesihatan Kebangsaan (MyNAPHS) 2025-2030 | 11 November 2025 | Hotel Zenith, Putrajaya
 
Telah berlangsung Majlis Peluncuran dan Libat Urus Pelan Tindakan Sekuriti Kesihatan Kebangsaan (MyNAPHS) 2025-2030 yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan turut serta Dr Rabindra Abeyasinghe, Wakil World Health Organization (WHO). Dr Ajantha A/P Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA juga telah hadir ke majlis peluncuran ini.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search