MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM RANCAKKAN MADANI BERSAMA MALAYSIAKU | 7 DISEMBER 2025
Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA telah menghadiri Majlis Penutup Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku: Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 yang disempurnakan oleh YAB Datoβ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pagi tadi di Pentas Utama Program Rancakkan MADANI, Dataran Putrajaya.
Turut hadir di majlis adalah barisan Jemaah Menteri, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam serta pimpinan tertinggi perkhidmatan awam.
6 Disember 2025 - NADMA turut hadir bagi memeriahkan Sambutan Hari Keluarga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang bertempat di MAEPS, Serdang pada pagi tadi. Suasana penuh ceria dengan pelbagai aktiviti yang mengeratkan silaturahim antara warga kerja π€πΌβ¨
Kemeriahan reruai NADMA di Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku yang telah berlangsung selama 3 hari di Dataran Putrajaya, Putrajaya! Pelbagai peralatan operasi mencari dan menyelamat pasukan elit negara yang dipamerkan untuk meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komunitiπͺπ»
Jom singgah ke reruai NADMA untuk mengenali peranan Pasukan SMART dengan lebih dekatπ€©
Majlis Sambutan ke-25 Tahun Penubuhan United Nations Humanitarian Response Depot (UNHRD)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Majlis Sambutan ke-25 Tahun Penubuhan United Nations Humanitarian Response Depot (UNHRD) | 4 Disember 2025 | Subang, Selangor
Telah berlangsung Majlis Sambutan ke-25 Tahun Penubuhan United Nations Humanitarian Response Depot (UNHRD) yang dihadiri oleh YBrs. Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Dasar bersama Encik Mohd Khairi Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik.
Wakil NADMA, Puan Che Siti Noor Koh Poh @ Che Mamat telah dilantik sebagai panel bagi sesi discussion yang bertajuk βThe Future of Humanitarian Response.β Selain itu, satu sesi lawatan ke gudang turut diadakan untuk para hadirin bagi melihat keadaan serta kaedah penyimpanan yang diamalkan di UNHRD Subang.
Sesi Perbincangan bagi Cadangan Inisiatif Pengukuhan Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara (DTBKN) Tahun 2026
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sesi Perbincangan bagi Cadangan Inisiatif Pengukuhan Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara (DTBKN) Tahun 2026 dan Sesi Lawatan Tapak DTBKN | 3 Disember 2025
Telah berlangsung sesi perbincangan bagi cadangan inisiatif pengukuhan Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara (DTBKN) tahun 2026 dan sesi lawatan tapak DTBKN yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Dasar NADMA.
Sesi perbincangan ini adalah bertujuan bagi memastikan DTBKN yang melibatkan tiga (3) buah gudang di Depot Simpanan Pertahanan (DSP) yang dijadikan sebagai one-stop centre. Ia untuk menyimpan stok bekalan makanan, barangan keperluan asas dan aset tindak balas bencana yang sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dengan segala penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih serta keperluan kelengkapan operasi yang dilaksanakan dengan teratur.
