LAWATAN YANG AMAT MULIA TENGKU PANGLIMA RAJA KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) SEKITAR KUANTAN, PAHANG
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
LAWATAN YANG AMAT MULIA TENGKU PANGLIMA RAJA KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) SEKITAR KUANTAN, PAHANG | 18 DISEMBER 2025
Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riβayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mengadakan tinjauan ke tiga (3) buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar Kuantan, Pahang iaitu di:
1. PPS Dewan SUKPA
2. PPS Wisma Belia
3. PPS Dewan Datuk Seri Manan
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim bersama-sama YB Datoβ Sri Nazri Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Pahang, Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), YDH DCP Datuk Mazli Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Kol (PA) Che Adam A. Rahman, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang serta wakil-wakil agensi kerajaan yang berkaitan.
Semasa lawatan tersebut, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja berkenan menerima taklimat oleh Pegawai Daerah Kuantan mengenai status semasa situasi bencana di negeri Pahang.
Dalam masa yang sama, Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa terjejas yang disalurkan melalui Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).
Tinjauan Lapangan di Lokasi Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2025/2026 Negeri Pahang
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Tinjauan Lapangan di Lokasi Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2025/2026 Negeri Pahang | 17 Disember 2025
YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA bersama-sama YH Dato' Mohd Zakaria Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Pahang dan Kol (PA) Che Adam A. Rahman, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang serta wakil-wakil agensi kerajaan yang lain telah melakukan tinjauan lapangan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Wisma Belia Indera Mahkota dan Dewan Paya Besar Dato' Sri Abdul Manan.
Selain itu, beliau juga turut meninjau Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri Pahang di SDCC, Wisma Sri Pahang. Beliau telah diberikan taklimat berkenaan status semasa PPS yang di buka di 4 daerah iaitu Kuantan, Rompin, Maran dan Pekan.
Tinjauan Lapangan di Lokasi Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2025/2026 Negeri Terengganu
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Tinjauan Lapangan di Lokasi Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2025/2026 Negeri Terengganu | 16 Disember 2025
YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA bersama-sama YB Haji Mohd Hafiz Adam, ADUN Air Putih dan Tuan Haji Ahmad Nazwawi Harun, Pegawai Daerah Kemaman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kemaman serta wakil-wakil agensi kerajaan yang lain telah melakukan tinjauan lapangan di lokasi bencana banjir serta Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Daerah Kemaman iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Batu 14 dan Dewan Sivik Kampung Air Putih.
Selain itu, beliau juga turut meninjau inovasi penduduk tempatan iaitu rumah rakit yang dibina bertujuan menghadapi fenomena banjir.
KUNJUNG HORMAT SURUHANJAYA TINGGI AUSTRALIA | 12 DISEMBER 2025
Wakil Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur telah mengadakan kunjungan hormat di NADMA bagi tujuan perbincangan pelbagai bidang kerjasama strategik yang berpotensi, termasuk aspek pengurusan dan pengurangan risiko bencana, sistem amaran awal dan teknologi serta pembangunan keupayaan termasuk operasi mencari dan menyelamat kedua dua buah negara. Hasil perbincangan kedua-dua pihak bersetuju untuk meneroka dan memperkukuh kerjasama antara kedua-dua buah negara.
Di pihak Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur telah dihadiri oleh Mr. Lachlan McPhee, Second Secretary (Political & Economic) dan Ms. Teresa Skellett, First Secretary (Home Affairs) manakala di pihak NADMA diwakili oleh Puan Munirah binti Zulkaple, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Dasar) bersama para pegawai Seksyen Dasar dan Perancangan.
Sesi Pre Council Bersama YB Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi Sesi Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sesi Pre Council Bersama YB Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi Sesi Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2026 di Dewan Negara pada 11 Disember 2025 | 10 Disember 2025 | Sheraton Imperial Hotel, Kuala Lumpur
YB Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mewakili YAB Timbalan Perdana Menteri akan menggulungkan isu-isu yang telah dibangkitkan oleh enam (6) YB Senator Dewan Negara bagi RUU Perbekalan 2026 di bawah tanggungjawab NADMA yang melibatkan pemerkasaan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), penyelarasan operasi bencana, penyaluran bantuan bencana, inisiatif pengurangan risiko bencana dan penglibatan NGO dalam pengurusan bencana.
Sesi pre council ini telah disertai oleh YBrs. Encik Rusli Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar NADMA serta Pegawai-Pegawai Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA yang lain.
