PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Previous Next

LAWATAN DELEGASI DARI BAHAGIAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM, KEMENTERIAN EKONOMI (BKKA KE) KE MARKAS SMART | 14 JANUARI 2026

 

Sesi lawatan delegasi dari Kementerian Ekonomi (KE) ke Markas SMART telah diketuai oleh YBrs. En. Mohd Zaharain bin Mohd Nor, Pengarah BKKA KE.

 

Timbalan Ketua Pengarah (Pasca), YBrs. Tuan Haji Hussain bin Moh telah mengetuai sesi taklimat dan lawatan yang bertujuan untuk meninjau perkembangan dan mendapatkan gambaran yang lebih jelas terhadap projek pembangunan yang telah disiapkan, sedang dilaksanakan termasuk permohonan baharu dalam RP2 RMK13 NADMA.

 

Sebanyak empat (4) sesi lawatan telah dilaksanakan di Markas SMART seperti yang berikut:

(i) Pusat Simulasi Bencana Negara
(ii) Bangunan Pentadbiran dan NDCC
(iii) Tapak Cadangan Projek Simulasi Bencana di Air
(iv) Projek Menaiktaraf Markas SMART (Kuarters).

 

Pasukan SMART turut membuat demonstrasi menyelamat dan pameran peralatan kepada peserta lawatan.

 

Sesi lawatan ini turut disertai oleh wakil Bahagian Pembangunan JPM, Ibu Pejabat JKR Malaysia, JKR Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Selangor, JKR Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Selangor, JKR Daerah Sepang, SMART, MyCEDM, NDCC, SPSM, Seksyen ICT dan STI.

Previous Next

MAJLIS AMANAT KETUA SETIAUSAHA NEGARA TAHUN 2026 | KHAMIS, 15 JANUARI 2026

 

Telah berlangsung Majlis Amanat Ketua Setiausaha Negara Tahun 2026, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, bertempat di Dewan De’ Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya.

 

Majlis ini menggariskan hala tuju perkhidmatan awam bagi tahun 2026 dengan penekanan terhadap pelaksanaan yang pantas, reformasi yang berimpak, serta pendekatan associated whole-of-nation dan integrated whole-of-government dalam memastikan penyampaian perkhidmatan yang berkesan dan berfokuskan rakyat.

 

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah diwakili oleh Ketua Pengarah, Tuan Meor Ismail bin Meor Akim bersama Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah sebagai manifestasi komitmen agensi dalam menyokong aspirasi kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam serta memperkukuh kesiapsiagaan, penyelarasan dan tadbir urus pengurusan bencana negara.

Previous Next

TINJAUAN PENGOPERASIAN STATE DISASTER COMMAND CENTRE (SDCC) NEGERI SARAWAK | ISNIN, 14 JANUARI 2026

 

YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengadakan sesi lawatan dan perbincangan di State Disaster Command Centre (SDCC) Negeri Sarawak.

 

Sesi lawatan dan perbincangan ini bertujuan untuk meninjau pengoperasian SDCC Negeri Sarawak semasa Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 selain membincangkan pelaksanaan penilaian awal kerosakan akibat bencana di SDCC, penyelarasan data berkaitan bencana antara Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) dan SDCC, input bagi penyediaan Laporan Situasi Bencana (SITREP), serta pengukuhan peranan dan pengoperasian SDCC. Maklum balas daripada SDCC dan semua agensi yang terlibat telah diambil kira dan dijadikan input dalam pelaksanaan SDCC yang lestari.

 

Sesi perbincangan ini turut disertai oleh Unit Keselamatan dan Penguatkuasa Sarawak (UKPS), agensi tindak balas, agensi teknikal serta pegawai daripada Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO) dan Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC).

 

Sekian, makluman.

Previous Next

LAWATAN KETUA PENGARAH NADMA KE JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA | 13 JANUARI 2026

 

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah mengadakan pertemuan bersama Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebagai langkah memperkukuh hubungan kerjasama strategik dalam pengurusan bencana negara.

 

Pertemuan ini menjadi platform perbincangan mengenai kesiapsiagaan, penyelarasan operasi serta penambahbaikan mekanisme tindak balas kecemasan bagi memastikan keselamatan rakyat sentiasa terpelihara dan keupayaan negara dalam menghadapi sebarang situasi bencana terus diperkasakan.

 

Pertemuan ini turut disertai oleh Encik Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi; PgKB I Abdul Manaf Che Isa, Komander SMART dan PgKB I Arjunaidi bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pelaksanaan Operasi.

Previous Next

Sesi Perbincangan Mengenai Kerjasama Strategi Adaptasi dan Tindak Balas Bencana Bersama International Organization of Migration (IOM) Malaysia telah diadakan di Bilik Mesyuarat Lubuk Paku, NADMA, Putrajaya pada 13 Januari 2026.

 

Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ahmad Rajiun bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) NADMA bersama delegasi IOM Malaysia yang diketuai oleh Ms. Heba Abdel Latif, Chief of Mission IOM Malaysia.

 

Delegasi IOM Malaysia telah membentangkan cadangan-cadangan kerjasama antara NADMA dan IOM Malaysia melibatkan projek berkaitan perubahan iklim dan mobiliti manusia, khususnya mengenai pengukuhan data dan penyelidikan berkaitan mobiliti akibat perubahan iklim, menyokong pengintegrasian aspek mobiliti manusia dalam rangka kerja adaptasi perubahan iklim dan pengurangan risiko bencana serta menggalakkan dialog dan kerjasama serantau mengenai mobiliti berkaitan perubahan iklim.

 

Sesi perbincangan ini turut dihadiri Puan Munirah binti Zulkaple, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Dasar dan Perancangan (SDP); Encik Abdul Aziz bin Mahamad Zabidin, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SPKS); Puan Ain Syafiqah binti Abd Haris, Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Mitigasi (SM); serta pegawai-pegawai SDP NADMA.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search