PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Previous Next

𝙒𝙊𝙍𝙆𝙎𝙃𝙊𝙋 𝙊𝙉 𝙎𝙏𝙍𝘼𝙏𝙀𝙂𝙄𝙀𝙎 𝙁𝙊𝙍 𝙏𝙃𝙀 𝙀𝙓𝘼𝙈𝙄𝙉𝘼𝙏𝙄𝙊𝙉 𝙊𝙁 𝘽𝙄𝙊 𝘾𝙊𝙉𝙏𝘼𝙈𝙄𝙉𝘼𝙏𝙀𝘿 𝙀𝙑𝙄𝘿𝙀𝙉𝘾𝙀 (𝘽𝘾𝙀𝙀) 𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐈𝐍𝐓𝐄𝐑𝐏𝐎𝐋 | 𝟗–𝟏𝟐 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
📍 Hilton Hotel Kuala Lumpur
 
Empat orang pegawai Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) iaitu DCP Datuk Mazli Mazlan, Encik Muhammad Ridzuan Zawawi, Lt. Col. Dr. Ajantha Segarmurthy dan Supt. Muhammad Rozhan Rosli telah menghadiri 𝘞𝘰𝘳𝘬𝘴𝘩𝘰𝘱 𝘰𝘯 𝘚𝘵𝘳𝘢𝘵𝘦𝘨𝘪𝘦𝘴 𝘧𝘰𝘳 𝘵𝘩𝘦 𝘌𝘹𝘢𝘮𝘪𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘰𝘧 𝘉𝘪𝘰 𝘊𝘰𝘯𝘵𝘢𝘮𝘪𝘯𝘢𝘵𝘦𝘥 𝘌𝘷𝘪𝘥𝘦𝘯𝘤𝘦 (𝘉𝘊𝘌𝘌).
 
Bengkel anjuran INTERPOL ini berlangsung selama 4 hari di Hilton Hotel Kuala Lumpur.
 
Bengkel ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan dalam pengurusan bencana khususnya ancaman biologi. Perbincangan turut memberi penekanan kepada cabaran serta strategi pengujian bahan bukti di lokasi kejadian dan makmal, selain menyentuh aspek perundangan, logistik dan teknikal yang berkaitan.
 
Selain sesi ceramah dan forum, para peserta bengkel turut dibawa melawat ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh, serta Animal Experimental Unit dan Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Fakulti Perubatan Universiti Malaya. Lawatan ini memberi pendedahan kepada para peserta untuk memahami keupayaan analitikal, diagnostik dan peranan institusi dalam penyiasatan wabak serta penyelidikan berkaitan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit.
 
NADMA turut berkongsi mengenai mekanisme pengurusan bencana negara berpandukan Arahan NADMA No. 1, khususnya dalam konteks Bencana Industri dan CBRNE.
 
Pelbagai agensi kerajaan termasuk PDRM, KKM, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kimia, Jabatan Veterinar, STRIDE, MIR serta wakil dari Universiti Malaya merupakan peserta bengkel ini.
Previous Next

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐄𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 (𝐑𝐀𝐍𝐃𝐄𝐗) | 𝐌𝐈𝐒𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐀𝐈𝐑 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇 𝐒𝐈𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐌 | 𝟏𝟏 & 𝟏𝟐 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
📍Simpang Renggam, Johor
 
Rakan NADMA melalui inisiatif 𝘙𝘦𝘥 𝘈 𝘏𝘶𝘮𝘢𝘯𝘪𝘵𝘢𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘋𝘦𝘷𝘦𝘭𝘰𝘱𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘎𝘭𝘰𝘣𝘢𝘭 (𝘙𝘈𝘕𝘋𝘌𝘟) telah melaksanakan Misi Bantuan Air Bersih di Simpang Renggam pada 11 dan 12 Februari 2026.
 
Seramai 15 orang sukarelawan telah digerakkan bagi mengagihkan 190 karton air mineral kepada golongan amat memerlukan termasuk OKU, warga emas, pesakit terlantar, pesakit kanser serta rumah kebajikan yang terjejas akibat catuan air Zon A dan Zon B.
 
Gerakan ini adalah respons segera terhadap gangguan bekalan air bersih susulan kemarau yang menjejaskan operasi Loji Rawatan Air sehingga hanya berbaki 34% kapasiti.
 
Agihan dilaksanakan di beberapa hotspot utama, termasuk Kampung Paya Mas, Tiara Perdana serta Pusat Jagaan Insan Emas Nur Hidayah.
 
Koordinasi misi di lapangan telah diketuai oleh MRA Johor sebagai Ketua Penyelaras jelas menunjukkan kerjasama bersepadu Rakan NADMA dalam memastikan bantuan asas disampaikan secara pantas, tersusun dan berkesan kepada komuniti terjejas.
Previous Next

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐏𝐀𝐊 𝙎𝙏𝘼𝙏𝙀 𝘿𝙄𝙎𝘼𝙎𝙏𝙀𝙍 𝘾𝙊𝙈𝙈𝘼𝙉𝘿 𝘾𝙀𝙉𝙏𝙍𝙀 (𝙎𝘿𝘾𝘾) 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀NA𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐉𝐄𝐊 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 (𝐏𝐏𝐊𝐁) | 𝟏𝟐 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
📍 KUCHING, SARAWAK
 
Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana), Tuan Haji Hussain Moh bersama Tuan Abang Ahmad Julai, Timbalan Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak telah membuat tinjauan pengoperasian Pusat Kawalan Bencana Negeri (SDCC) Sarawak pada 12 Februari 2026. SDCC ini telah siap dinaik taraf pada Disember 2025 dan kini digunakan sepenuhnya sebagai Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) setiap kali bencana melanda.
 
Kerajaan Negeri Sarawak telah menaik taraf bilik mesyuarat di Bangunan Wisma Bapa Malaysia untuk dijadikan pusat kawalan yang moden, sistematik dan berfungsi tinggi menggunakan peruntukan yang disalurkan oleh NADMA sebanyak RM750 ribu.
 
TKP (Pasca Bencana) juga mendapat taklimat daripada JKR Bahagian Kuching mengenai status semasa kemajuan projek rintis PPKB SK Beradek, Kuching. Tarikh siap semasa projek ini dijangka pada 20 Mei 2026 dan boleh digunakan semasa musim MTL 2026/2027.
Sesi lawatan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai SUK Sarawak, APM, JKR Sarawak dan JKM Sarawak jelas mencerminkan kerjasama erat merentas agensi dalam memperkukuh kesiapsiagaan pengurusan bencana Negeri Sarawak.
Previous Next

𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 (𝐏𝐏𝐌)𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍𝐊𝐔𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐍𝐂𝐀𝐍𝐀 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 (𝐉𝐏𝐁𝐍) 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐈𝐒 | 𝟏𝟎-𝟏𝟏 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
NADMA dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perlis telah mengambil inisiatif membuka Pusat Pendaftaran Mangsa (PPM) Negeri berskala besar di Dewan Warisan, Kangar pada 10 dan 11 Februari 2026 bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang tercicir atau tidak sempat hadir ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk membuat permohonan Bantuan Wang Ihsan (BWI) semasa kejadian bencana banjir yang berlaku pada hujung tahun lalu.
 
Seramai lebih 4,000 mangsa di Perlis termasuk dari Kodiang, Kedah telah hadir membanjiri PPM yang dibuka seawal jam 8.00 pagi bagi menyelesaikan urusan pendaftaran dan semakan bantuan.
 
Kaunter NADMA dan BSN turut dibuka bagi menyemak dan memastikan pemohon yang telah lulus dan berstatus tunai/ gagal kredit dapat terus dibayar pada hari yang sama.
 
Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 menyaksikan negeri Perlis adalah negeri yang paling terkesan banjir di Malaysia dengan 14.05% daripada keseluruhan populasi negeri terjejas, melibatkan 14,299 Ketua Isi Rumah (KIR) dan 40,013 mangsa. Angka ini menunjukkan peningkatan mendadak sebanyak 6,870.9% berbanding MTL sebelumnya, yang hanya merekodkan 161 KIR dan 574 mangsa satu lonjakan luar jangka yang menuntut tindakan luar kebiasaan.
 
 
Previous Next

𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐀𝐒𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐌 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐏𝐄𝐓𝐄𝐍𝐒𝐈 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐀𝐆𝐈 𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝘾𝙊𝙉𝙏𝙍𝘼𝘾𝙏 𝙊𝙁 𝙎𝙀𝙍𝙑𝙄𝘾𝙀 (𝘾𝙊𝙎), 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟒-𝟔 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
📍 Pacific Regency Beach Resort, Negeri Sembilan
 
NADMA komited untuk membangunkan modal insan berkualiti dengan menganjurkan Kursus Asas Perkhidmatan Awam dan Pembangunan Kompetensi Cemerlang kepada pegawai dan penolong pegawai lantikan Contract of Service (COS) NADMA Tahun 2026.
 
Kursus yang berlangsung selama tiga hari ini memberi fokus kepada elemen pemerkasaan kompetensi warga kerja supaya lebih bermotivasi, berdaya saing dan pro aktif.
 
Kursus ini dirasmikan oleh Tuan Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana). Pengisian di dalam kursus ini adalah memberi penekanan kepada tiga teras utama iaitu:
 
✅ Pembangunan Deskripsi Tugas
✅ Integriti dan Etika Perkhidmatan Awam dan Tatakelakuan dan Larangan Pegawai Awam
✅ Mengurus Emosi dan Tekanan Secara Profesional
 
Diharapkan impak daripada pengisian dalam kursus ini boleh membina dan mengukuhkan jati diri warga kerja NADMA khususnya kepada lantikan COS supaya berkhidmat dengan profesionalisme, berintegriti serta pro aktif dalam mendepani apa jua cabaran pengurusan bencana yang semakin kompleks.
 
 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search