PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Previous Next

Bila warga NADMA berkumpul di Markas SMART untuk sesi rewang masak bubur lambuk memang meriah! 😄
Tuan Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA dan YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) NADMA bersama-sama menyantuni petugas-petugas memasak Bubur Lambuk.
 
Aktiviti ini bukan sekadar memasak, tetapi menjadi ruang mengeratkan silaturahim dan berkongsi rezeki sempena Ramadan yang penuh keberkatan. 🌙✨
Previous Next

Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan sempena Program Ihya’ Ramadan NADMA 2026. Seramai 35 peserta telah mengimarahkan bacaan Al-Quran pada pagi ini dengan suasana penuh kesederhanaan, ukhuwah dan penghayatan. Alhamdulillah.

Previous Next

Encik Rusli Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA selaku wakil 𝘕𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘖𝘳𝘨𝘢𝘯𝘪𝘻𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (𝘕𝘋𝘔𝘖) Malaysia telah mempengerusikan Mesyuarat ke-22 𝘈𝘚𝘌𝘈𝘕 𝘛𝘦𝘤𝘩𝘯𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘞𝘰𝘳𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱 𝘰𝘯 𝘊𝘪𝘷𝘪𝘭-𝘔𝘪𝘭𝘪𝘵𝘢𝘳𝘺 𝘊𝘰𝘰𝘳𝘥𝘪𝘯𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (𝘛𝘞𝘎 𝘰𝘯 𝘊𝘐𝘔𝘐𝘊) yang turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada NDMO Singapura dan Myanmar di pihak 𝘈𝘚𝘌𝘈𝘕 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘪𝘵𝘵𝘦𝘦 𝘰𝘯 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 (𝘈𝘊𝘋𝘔) serta wakil daripada Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) sebagai pengerusi 𝘈𝘚𝘌𝘈𝘕 𝘋𝘦𝘧𝘦𝘯𝘤𝘦 𝘚𝘦𝘯𝘪𝘰𝘳 𝘖𝘧𝘧𝘪𝘤𝘪𝘢𝘭𝘴’ 𝘔𝘦𝘦𝘵𝘪𝘯𝘨 (𝘈𝘋𝘚𝘖𝘔). Mesyuarat berlangsung secara dalam talian. Mesyuarat ini melibatkan 11 negara anggota ASEAN, ACMM, Sekretariat ASEAN dan AHA Centre.
 
Mesyuarat ini telah membincangkan usaha mengkoordinasi awam dan ketenteraan dalam pengurusan bencana terutamanya melibatkan 𝘏𝘶𝘮𝘢𝘯𝘪𝘵𝘢𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘈𝘴𝘴𝘪𝘴𝘵𝘢𝘯𝘤𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘙𝘦𝘭𝘪𝘦𝘧 (𝘏𝘈𝘋𝘙) melalui penyediaan prosedur operasi standard ASEAN 𝘔𝘪𝘭𝘪𝘵𝘢𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘙𝘦𝘢𝘥𝘺 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱 𝘰𝘯 𝘏𝘈𝘋𝘙, 𝘌𝘹𝘱𝘦𝘳𝘵𝘴’ 𝘞𝘰𝘳𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱 𝘰𝘯 𝘏𝘈𝘋𝘙 𝘥𝘢𝘯 𝘌𝘹𝘱𝘦𝘳𝘵𝘴’ 𝘞𝘰𝘳𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱 𝘰𝘯 𝘔𝘪𝘭𝘪𝘵𝘢𝘳𝘺 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘤𝘪𝘯𝘦.
Mesyuarat ini juga bertindak sebagai platform bagi sektor awam dan ketenteraan di rantau ASEAN untuk berkumpul dan membincangkan langkah-langkah meningkatkan koordinasi awam dan ketenteraan dalam pengurusan bencana di peringkat serantau.
Previous Next

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Rusli Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA selaku wakil 𝘕𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘭 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘔𝘢𝘯𝘢𝘨𝘦𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘖𝘳𝘨𝘢𝘯𝘪𝘻𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (𝘕𝘋𝘔𝘖) Malaysia bersama dengan wakil-wakil daripada NDMO Singapura dan Myanmar.
 
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ahli-ahli ACDM WG on PRR iaitu NDMO dari 11 negara anggota ASEAN serta Sekretariat ASEAN dan AHA Centre. Turut hadir adalah wakil-wakil dari WFP dan UNDP bagi pembentangan ketika sesi terbuka.
 
Mesyuarat ACDM WG on PRR ini memberikan panduan strategik dalam pelaksanaan dan pemantauan hasil serta aktiviti Program Kerja AADMER 2026-2030 di bawah Program Utama 3; Kesiapsiagaan dan Tindak Balas dan Program Utama 4; Pemulihan, serta inisiatif lain yang berkaitan di ASEAN.
 
Mesyuarat ini juga membincangkan penambahbaikan kedua-dua program bagi pelaksanaan yang lebih realistik dan komprehensif serta ruang dan peluang kerjasama secara global dalam kesiapsiagaan, tindak balas dan pemulihan dalam pengurusan bencana secara berterusan.
Previous Next

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐈𝐁𝐒𝐃 𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐀𝐋𝐀𝐌 & 𝐑𝐈𝐓𝐒𝐔𝐌𝐄𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐔𝐍𝐈𝐕𝐄𝐑𝐒𝐈𝐓𝐘 𝐉𝐄𝐏𝐔𝐍 𝐊𝐄 𝐌𝐀𝐑𝐊𝐀𝐒 𝐒𝐌𝐀𝐑𝐓 , 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐔 𝐌𝐄𝐑𝐀𝐍𝐓𝐈 | 𝟐𝟓 𝐅𝐄𝐁𝐑𝐔𝐀𝐑𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah menerima lawatan rasmi delegasi pensyarah daripada Institut Biodiversiti dan Pembangunan Lestari (IBSD), Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama wakil dari Ritsumeikan University, Jepun.
 
Lawatan delegasi ini juga dibuat kepada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Pusat Kecemerlangan Pengurusan Bencana Malaysia (MYCEDM) dan seterusnya ke tapak simulasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
 
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada delegasi berkenaan keupayaan dan kepakaran SMART dalam pengendalian operasi menyelamat, khususnya melalui modul 𝘜𝘳𝘣𝘢𝘯 𝘚𝘦𝘢𝘳𝘤𝘩 𝘢𝘯𝘥 𝘙𝘦𝘴𝘤𝘶𝘦 (𝘜𝘚𝘈𝘙) melibatkan operasi menyelamat runtuhan bangunan.
 
Lawatan ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama akademik dan teknikal antara institusi pengajian tinggi serta agensi penyelamat, khususnya dalam bidang pengurusan risiko bencana.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search