PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Previous Next

Encik Rusli Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA selaku wakil ๐˜•๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜‹๐˜ช๐˜ด๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜”๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜–๐˜ณ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ช๐˜ป๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ (๐˜•๐˜‹๐˜”๐˜–) Malaysia telah mempengerusikan Mesyuarat ke-22 ๐˜ˆ๐˜š๐˜Œ๐˜ˆ๐˜• ๐˜›๐˜ฆ๐˜ค๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ญ ๐˜ž๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜Ž๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ฑ ๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜Š๐˜ช๐˜ท๐˜ช๐˜ญ-๐˜”๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ (๐˜›๐˜ž๐˜Ž ๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜Š๐˜๐˜”๐˜๐˜Š) yang turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada NDMO Singapura dan Myanmar di pihak ๐˜ˆ๐˜š๐˜Œ๐˜ˆ๐˜• ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ต๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฆ ๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜‹๐˜ช๐˜ด๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜”๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต (๐˜ˆ๐˜Š๐˜‹๐˜”) serta wakil daripada Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) sebagai pengerusi ๐˜ˆ๐˜š๐˜Œ๐˜ˆ๐˜• ๐˜‹๐˜ฆ๐˜ง๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฐ๐˜ณ ๐˜–๐˜ง๐˜ง๐˜ช๐˜ค๐˜ช๐˜ข๐˜ญ๐˜ดโ€™ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ (๐˜ˆ๐˜‹๐˜š๐˜–๐˜”). Mesyuarat berlangsung secara dalam talian. Mesyuarat ini melibatkan 11 negara anggota ASEAN, ACMM, Sekretariat ASEAN dan AHA Centre.
ย 
Mesyuarat ini telah membincangkan usaha mengkoordinasi awam dan ketenteraan dalam pengurusan bencana terutamanya melibatkan ๐˜๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜ด๐˜ด๐˜ช๐˜ด๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜‹๐˜ช๐˜ด๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ง (๐˜๐˜ˆ๐˜‹๐˜™) melalui penyediaan prosedur operasi standard ASEAN ๐˜”๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ด ๐˜™๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฅ๐˜บ ๐˜Ž๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ฑ ๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜๐˜ˆ๐˜‹๐˜™, ๐˜Œ๐˜น๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ดโ€™ ๐˜ž๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜Ž๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ฑ ๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜๐˜ˆ๐˜‹๐˜™ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜Œ๐˜น๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ดโ€™ ๐˜ž๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜Ž๐˜ณ๐˜ฐ๐˜ถ๐˜ฑ ๐˜ฐ๐˜ฏ ๐˜”๐˜ช๐˜ญ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ณ๐˜บ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ค๐˜ช๐˜ฏ๐˜ฆ.
Mesyuarat ini juga bertindak sebagai platform bagi sektor awam dan ketenteraan di rantau ASEAN untuk berkumpul dan membincangkan langkah-langkah meningkatkan koordinasi awam dan ketenteraan dalam pengurusan bencana di peringkat serantau.
Previous Next

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Encik Rusli Ibrahim, Pengarah Seksyen Dasar dan Perancangan NADMA selaku wakil ๐˜•๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜‹๐˜ช๐˜ด๐˜ข๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ ๐˜”๐˜ข๐˜ฏ๐˜ข๐˜จ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต ๐˜–๐˜ณ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ช๐˜ป๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ (๐˜•๐˜‹๐˜”๐˜–) Malaysia bersama dengan wakil-wakil daripada NDMO Singapura dan Myanmar.
ย 
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ahli-ahli ACDM WG on PRR iaitu NDMO dari 11 negara anggota ASEAN serta Sekretariat ASEAN dan AHA Centre. Turut hadir adalah wakil-wakil dari WFP dan UNDP bagi pembentangan ketika sesi terbuka.
ย 
Mesyuarat ACDM WG on PRR ini memberikan panduan strategik dalam pelaksanaan dan pemantauan hasil serta aktiviti Program Kerja AADMER 2026-2030 di bawah Program Utama 3; Kesiapsiagaan dan Tindak Balas dan Program Utama 4; Pemulihan, serta inisiatif lain yang berkaitan di ASEAN.
ย 
Mesyuarat ini juga membincangkan penambahbaikan kedua-dua program bagi pelaksanaan yang lebih realistik dan komprehensif serta ruang dan peluang kerjasama secara global dalam kesiapsiagaan, tindak balas dan pemulihan dalam pengurusan bencana secara berterusan.
Previous Next

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐๐„๐๐’๐˜๐€๐‘๐€๐‡ ๐ˆ๐๐’๐ƒ ๐”๐ข๐“๐Œ ๐’๐‡๐€๐‡ ๐€๐‹๐€๐Œ & ๐‘๐ˆ๐“๐’๐”๐Œ๐„๐ˆ๐Š๐€๐ ๐”๐๐ˆ๐•๐„๐‘๐’๐ˆ๐“๐˜ ๐‰๐„๐๐”๐ ๐Š๐„ ๐Œ๐€๐‘๐Š๐€๐’ ๐’๐Œ๐€๐‘๐“ , ๐๐”๐‹๐€๐” ๐Œ๐„๐‘๐€๐๐“๐ˆ | ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐…๐„๐๐‘๐”๐€๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah menerima lawatan rasmi delegasi pensyarah daripada Institut Biodiversiti dan Pembangunan Lestari (IBSD), Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama wakil dari Ritsumeikan University, Jepun.
ย 
Lawatan delegasi ini juga dibuat kepada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Pusat Kecemerlangan Pengurusan Bencana Malaysia (MYCEDM) dan seterusnya ke tapak simulasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
ย 
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada delegasi berkenaan keupayaan dan kepakaran SMART dalam pengendalian operasi menyelamat, khususnya melalui modul ๐˜œ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ข๐˜ณ๐˜ค๐˜ฉ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ด๐˜ค๐˜ถ๐˜ฆ (๐˜œ๐˜š๐˜ˆ๐˜™) melibatkan operasi menyelamat runtuhan bangunan.
ย 
Lawatan ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama akademik dan teknikal antara institusi pengajian tinggi serta agensi penyelamat, khususnya dalam bidang pengurusan risiko bencana.
Previous Next

๐๐€๐’๐”๐Š๐€๐ ๐’๐Œ๐€๐‘๐“ ๐ƒ๐ˆ๐‹๐€๐๐“๐ˆ๐Š ๐’๐„๐๐€๐†๐€๐ˆ ๐˜พ๐™‡๐˜ผ๐™Ž๐™Ž๐™„๐™๐™„๐™€๐™ ๐™๐™Ž๐˜ผ๐™ ๐™„๐™‰๐™Ž๐˜ผ๐™๐˜ผ๐™‚ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐๐€๐‘๐ˆ๐’๐€๐ ๐๐€๐๐„๐‹ ๐๐„๐๐ˆ๐‹๐€๐ˆ ๐„๐‹๐ˆ๐“ ๐ƒ๐”๐๐ˆ๐€ | ๐Ÿ– โ€“ ๐Ÿ๐Ÿ” ๐…๐„๐๐‘๐”๐€๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”
ย 
๐Ÿ“Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu
ย 
Kepakaran Pasukan SMART sekali lagi mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila salah seorang anggotanya, Inspektor Muhamad Zul Khairi Idris, dijemput sebagai ๐˜Š๐˜ญ๐˜ข๐˜ด๐˜ด๐˜ช๐˜ง๐˜ช๐˜ฆ๐˜ณ (๐˜š๐˜ฆ๐˜ข๐˜ณ๐˜ค๐˜ฉ) bagi penilaian ๐˜๐˜•๐˜š๐˜ˆ๐˜™๐˜ˆ๐˜Ž ๐˜Œ๐˜น๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ญ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ค๐˜ญ๐˜ข๐˜ด๐˜ด๐˜ช๐˜ง๐˜ช๐˜ค๐˜ข๐˜ต๐˜ช๐˜ฐ๐˜ฏ (๐˜๐˜Œ๐˜™) untuk Pasukan UAE01 yang berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu.
ย 
Penugasan rasmi bermula dari 8 hingga 16 Februari 2026 itu merupakan satu penghormatan besar bukan sahaja kepada Pasukan SMART, malah mengangkat reputasi Malaysia dalam komuniti operasi ๐˜œ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜š๐˜ฆ๐˜ข๐˜ณ๐˜ค๐˜ฉ ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ฅ ๐˜™๐˜ฆ๐˜ด๐˜ค๐˜ถ๐˜ฆ (๐˜œ๐˜š๐˜ˆ๐˜™) global. Peranan sebagai classifier menuntut kepakaran teknikal tinggi bagi menilai tahap kesiapsiagaan serta keupayaan operasi pasukan penyelamat antarabangsa berdasarkan piawaian yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
ย 
Dalam penilaian tersebut, beliau bergandingan bersama barisan panel penilai elit dunia melibatkan pakar USAR dari Australia, Austria, Jerman, Switzerland, Jordan, Oman, Rusia dan Belarus. Gandingan ini jelas mencerminkan tahap profesionalisme serta kredibiliti tinggi yang dimiliki anggota penyelamat Malaysia.
ย 
Penglibatan ini bukan sahaja memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara pasukan penyelamat antarabangsa, malah membuktikan bahawa kepakaran Pasukan SMART kini berada sebaris dengan negara-negara maju dalam aspek teknikal dan pengoperasian misi mencari dan menyelamat global. Pencapaian ini sekali lagi menunjukkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkasa keupayaan pengurusan bencana serta menyumbang kepakaran di peringkat antarabangsa.
Previous Next

๐’๐„๐’๐ˆ ๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐„๐๐“๐€๐๐†๐€๐ ๐Š๐‡๐€๐’ ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐–๐€๐๐† ๐ˆ๐‡๐’๐€๐ (๐๐–๐ˆ) ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐Š | ๐Ÿ๐Ÿ‘-๐Ÿ๐Ÿ’ ๐…๐„๐๐‘๐”๐€๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.
ย 
Sesi taklimat dan pembentangan khas BWI Negeri Perak telah diadakan di Pejabat Daerah Larut Matang Selama (LMS) dan dipengerusikan oleh Pengerusi JPBD LMS serta turut melibatkan secara hibrid (online) pengerusi/wakil JPBD-JPBD lain dari seluruh daerah di Negeri Perak serta wakil JPBN Perak.
ย 
Sesi turut menyentuh soalan-soalan yang dibangkitkan dari pejabat-pejabat wakil rakyat di Perak seperti YAB Tambun, YAB Bagan Datuk, YB Beruas dan YB Trong berkaitan proses dan status BWI.
ย 
Taklimat turut diadakan di SDCC Perak di Ipoh berkaitan proses pembukaan PPM serta isu-isu bayaran bantuan BWI sebelum MTL 2025/2026 bermula (13/11/2025).
Pemantauan juga diadakan di Pejabat Daerah Hilir Perak serta Pejabat Daerah Kinta yang merancang untuk membuka PPM bagi membantu pendaftaran dan permohonan BWI bagi mangsa-mangsa yang masih tercicir.
ย 
Mengikut data MYIBJKM, sejak MTL 2025/2026 bermula, Daerah Bagan Datuk, Hilir Perak dan Manjung merekodkan KIR yang melebihi 2000 orang setiap daerah. Keseluruhan KIR di Negeri Perak bagi MTL 2025/2026 setakat ini adalah seramai 9,483 KIR berbanding MTL 2024/2025 seramai 462 KIR. Perbandingan ini mencatatkan peningkatan jumlah KIR sebanyak 1,952.6%
ย 
Data-data MYIBJKM turut dibentangkan bagi membantu perancangan JPBD/JPBN Perak akan datang berkaitan pemilihan PPS di kawasan terkesan, kapasiti PPS sedia ada bagi menampung KIR dan mangsa menetap, laluan pendaftaran KIR menetap vs tidak menetap di PPS, serta penugasan petugas-petugas di lapangan terutama di PPS dan PPM.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search