PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir di Terengganu dan Kelantan semakin pulih, satu PPS Baharu dibuka di Johor

KUALA LUMPUR: Situasi banjir di Kelantan dan Terengganu semakin pulih dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kian berkurangan namun di Johor situasi berbeza direkodkan apabila satu lagi PPS dibuka setakat 8 malam tadi.
 
Di KELANTAN, menurut Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 573 orang daripada 178 keluarga malam ini yang ditempatkan di sembilan PPS berbanding 621 orang petang tadi.
 
Daerah paling terjejas adalah Tanah Merah dengan 571 orang daripada 177 keluarga masih ditempatkan di lapan PPS manakala dua lagi mangsa daripada satu keluarga masih berlindung di sebuah PPS di Kuala Krai. Sementara itu, portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran mencatatkan paras Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada pada paras bahaya dengan ketinggian 10.32 meter.
 
Di TERENGGANU, Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri memaklumkan situasi banjir hampir pulih sepenuhnya apabila jumlah mangsa berkurang kepada 44 orang daripada 12 keluarga malam ini berbanding 238 orang petang tadi. Kesemua mereka ditempatkan di PPS Masjid Kampung La dan Dewan Terbuka Kampung Belaoh, Besut.
Berdasarkan semakan di Portal Public InfoBanjir, paras air di dua stesen iaitu Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu dan Sungai Telemong di Kuala Ping (F1), Hulu Terengganu melepasi tahap amaran.
 
Sementara itu di JOHOR, satu lagi PPS telah dibuka di Kota Tinggi dengan jumlah mangsa terjejas meningkat kepada 26 orang malam ini berbanding 12 orang petang tadi.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata PPS Dewan Kampung Baru Sungai Mas menempatkan 13 orang daripada tiga keluarga manakala PPS yang baru dibuka di Sekolah Kebangsaan Gambut pada 6.45 petang tadi menempatkan 13 orang daripada empat keluarga.
 
"Lima sungai di Johor kini berada pada paras waspada iaitu Sungai Muar di Segamat dengan bacaan 19.02 meter; Sungai Siku, Kulai (17.50 meter); Sungai Ulu Pontian Besar, Kulai (11.30 meter); Sungai Ulu Sedili Besar, Kota Tinggi (8.03 meter) dan Sungai Paya Dato', Mersing (1.35 meter)," katanya dalam kenyataan malam ini.
 
-- BERNAMA

Pintu masuk ke pekan Rantau Panjang dinaiki air

KOTA BHARU - Laluan utama untuk ke pekan Rantau Panjang di Pintu Dua Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dinaiki air kira-kira 0.5 meter (m).

Penduduk, Sabri Mohamad, 55, berkata, keadaan itu berlaku disebabkan oleh limpahan Sungai Golok bermula jam 9 malam pada Isnin.

 

“Air sungai melimpah dan kemudian memenuhi kawasan di Pintu Dua untuk ke pekan Rantau Panjang menyebabkan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

“Pintu Satu dan Tiga tidak dinaiki air dan ada peniaga di pekan itu masih berniaga,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Selasa.

Menurutnya, air dari Sungai Golok ini naik perlahan-lahan dan tidak secara mendadak. "Diharap air cepat surut dan keadaan cuaca di Rantau Panjang ketika ini juga tidak hujan,” katanya.

Sabri juga kontraktor itu memberitahu, pekarangan rumahnya di Tersang, Rantau Panjang juga dinaiki air kira-kira 0.5m serta beberapa kampung berdekatan.

“Keadaan ini masih lagi biasa bagi penduduk namun mereka tetap mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa bersiap sedia.

“Ada sesetengah tempat dinaiki air 0.5 meter di Kampung To’ Deh, Lubuk Gong, Kedap, Kampung Danga dan Kedai Lama,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan banjir di Kelantan, Tanah Merah menjadi satu-satunya daerah yang masih terdapat mangsa berlindung di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).

Jumlah itu bagaimanapun menurun kepada 475 daripada 134 keluarga pada Selasa berbanding 882 mangsa daripada 267 keluarga di sembilan PPS sehari sebelumnya.

Menurut laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/, sehingga jam 8.45 pagi, Selasa, aras Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas mencatat bacaan 10.42m melebihi tahap bahaya namun menunjukkan trend menurun.

 

Mangsa banjir di Kelantan, Terengganu berkurang

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan berkurangan kepada 476 mangsa pagi ini.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua mangsa membabitkan 135 keluarga ditempatkan di tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).

Hingga kini hanya satu daerah saja masih dilanda banjir iaitu Tanah Merah, manakala Kuala Krai dan Machang sudah kembali pulih sepenuhnya.

Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya dengan bacaan 10.4 meter.

Sementara itu di TERENGGANU hanya daerah Besut yang masih banjir.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu banjir di Hulu Terengganu pulih sepenuhnya selepas 12 PPS ditutup.

Jumlah mangsa banjir di dua PPS di Besut iaitu Dewan Terbuka Kampung Belaoh dan SK Kampung La masih kekal iaitu 12 keluarga membabitkan mangsa seramai 44 orang manakala PPS Dewan Terbuka Kampung Belaoh menempatkan seramai 12 mangsa daripada tiga keluarga, manakala SK Kampung La, sembilan keluarga membabitkan 32 mangsa.

 

Sg Buloh MP sends volunteers to help flash flood victims

KUALA LUMPUR: Volunteers from the Sungai Buloh Parliamentary Service Centre helped residents in Taman Seri Alam, Saujana Utama affected by a flash flood after the collapse of a water retention pond bund on Sunday.

Sungai Buloh member of parliament Datuk Seri R. Ramanan said more than 50 houses were affected.

He deployed a team of volunteers to assess the situation and provide aid to those in need.

“The Sungai Buloh Parliamentary Service Centre is committed to ensuring residents’ welfare.

“We will work with community leaders and agencies on measures to prevent similar incidents.

“Hopefully, all matters will be resolved smoothly,” he said in a Facebook post.

Ramanan thanked the rescue teams, including the Fire and Rescue Department and police, for their swift response.

On Sunday, Selangor Fire and Rescue Department assistant director (operations) Ahmad Mukhlis Mokhtar said the department received an emergency call about the incident at 5.15pm.

The bund collapse caused water to overflow into the housing area. There were no injuries or fatalities.

FLOODS EASE IN EAST COAST

FLOODS in east coast states are easing, with a decrease in the number of evacuees in Kelantan and Terengganu compared with the previous day.

The Welfare Department’s Info Bencana portal showed that the number of evacuees in Kelantan fell to 573 people from 178 families yesterday afternoon from 882 people from 267 families at 19 centres earlier.

Tanah Merah, the worst-hit district, had the most evacuees at 571 people from 177 families at 6pm.

In Kuala Krai, only two flood victims from one family remained at one relief centre.

Despite the fall in evacuees, the water level of Sungai Golok in Rantau Panjang rose to 10.23m yesterday afternoon, which was 1.23m above the 9m danger level. This was an increase from 9.11m at 7.30am.

The river’s water level was rising due to continuous heavy rain since Sunday.

In Terengganu, the number of evacuees fell from 238 people yesterday afternoon to 43 people from 11 families in the evening, involving two relief centres in Besut.

The Terengganu Disaster Management Committee Secretariat said there was an increase in flood victims earlier in the day as rivers had overflowed due to heavy rainfall.

In Johor, Kota Tinggi recorded 13 flood victims from four families at one relief centre.

On Sunday, heavy rain lasting more than two hours caused flash floods that hit 11 houses in Kampung Melayu Bukit Nyamuk and Kampung Sumber Jaya.

Eight families were evacuated to a flood relief centre in Kampung Bukit Nyamuk, which was activated at 8.40pm.

Johor Disaster Management Committee chairman Tan Sri Dr Azmi Rohani said the district’s Civil Defence Force was alerted to the rising floodwaters by a village chief at 7.30pm.

In Sabah, only one relief centre in Semporna remains open, housing 71 evacuees from 12 families.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search