PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Penduduk Kalimantan sujud syukur, hujan turun selepas hampir 5 bulan

Penduduk Kalimantan sujud syukur, hujan turun selepas hampir 5 bulan

JAKARTA – Penantian hampir lima bulan penduduk di Kalimantan Selatan untuk melihat titisan air hujan  berakhir semalam  apabila beberapa kawasan di wilayah itu menyaksikan  hujan lebat serta angin kencang, lapor laman berita Kumparan.

Di Daerah Banjar, penduduk meluahkan rasa gembira  tidak terhingga sehingga ada yang melakukan sujud syukur di bawah limpahan air hujan.

Kegembiraan itu bukan tanpa sebab, memandangkan Kalimantan Selatan berdepan situasi genting apabila  diselubungi jerebu tebal akibat kebakaran hutan dan tanah yang berlarutan sejak hampir lima bulan lalu.

Seorang penduduk dikenali sebagai  Ronny Latar berkata, kehadiran hujan tersebut amat dinantikan dan membawa kelegaan besar kepada masyarakat setempat.

Menurutnya, hujan lebat itu dijangka dapat melenyapkan kepulan jerebu pekat yang sekian lama menjejaskan aktiviti harian serta mengancam kesihatan penduduk.

Hujan rahmat yang turun petang semalam dianggap penduduk sebagai memberi sinar harapan baharu bahawa episod jerebu sampai ke penghujungnya.

Selain menyingkirkan asap tebal, penduduk  berharap cuaca basah itu mampu menamatkan krisis kemarau panjang serta memenuhkan semula telaga-telaga kampung yang kontang. – AGENSI

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search