PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Jerebu: Hanya Samalaju di Sarawak catat IPU tidak sihat pagi ini

Jerebu: Hanya Samalaju di Sarawak catat IPU tidak sihat pagi ini

KUALA LUMPUR: Samalaju, Sarawak menjadi satu-satunya kawasan di negara ini yang merekodkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 7 pagi tadi.

Semakan menerusi laman sesawang Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati Samalaju merekodkan bacaan IPU 151.

Sebanyak 42 lagi kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana termasuk Bintulu, Serian, Sibu, Batu Muda, Kluang dan Kuching.

Selain itu, 25 lagi stesen merekodkan bacaan IPU pada tahap baik termasuk Port Dickson, Limbang, Bandaraya Melaka, Tanah Merah dan Kemaman.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik manakala 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search