PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

TLDM gerak anggota bantu mangsa banjir Pulau Pangkor

TLDM gerak anggota bantu mangsa banjir Pulau Pangkor

LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melalui Markas Pemerintahan Armada Barat (MPA Barat) mengaturgerak 100 anggotanya dari Pangkalan TLDM Lumut bagi melaksanakan misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) susulan kejadian banjir kilat di beberapa kawasan di Pulau Pangkor awal pagi ini.

Misi bantuan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Staf Operasi MPA Barat, Komander Abdul Manan Mazlan, melibatkan tiga buah Fast Combat Boat (FCB) dan dua buah Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) bagi menyokong pergerakan anggota serta penghantaran bantuan ke kawasan terjejas.

Sebuah helikopter TLDM turut berada dalam keadaan siap siaga bagi memberikan sokongan udara sekiranya diperlukan.

Dalam pelaksanaan misi bantuan ini, TLDM juga telah menyediakan sebanyak 300 bungkus makanan dan 425 botol air mineral untuk diagihkan kepada para petugas terdiri daripada warga TLDM, guru-guru, individu serta wakil beberapa agensi awam yang terlibat dalam kerja-kerja pembersihan di kawasan terjejas banjir.

Kerja-kerja pembersihan tertumpu di Sekolah Kebangsaan Seri Pangkor, selain melibatkan masjid dan kediaman penduduk yang terjejas teruk akibat banjir serta dipenuhi mendapan lumpur tebal.

MPA Barat dan semua unit di bawah pemerintahan serta naungan di Pangkalan TLDM Lumut akan terus komited dalam menyokong usaha pemulihan di kawasan terjejas melalui
kerjasama dan penyelarasan dengan agensi berkaitan.

Komitmen ini mencerminkan peranan berterusan TLDM bukan sahaja dalam mempertahankan kedaulatan perairan negara, malah turut menyumbang kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat ketika
berdepan musibah. – UTUSAN
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search