PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Sungai di Selangor, Perak meningkat lepasi paras bahaya

Sungai di Selangor, Perak meningkat lepasi paras bahaya

PETALING JAYA – Beberapa sungai di Selangor dan Perak meningkat melepasi paras bahaya susulan hujan lebat setakat pukul 7.30 pagi ini.

Menerusi laman web Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), di Selangor, Stesen Sungai Bernam di Jambatan SJKC, Hulu Selangor merekodkan bacaan 19.57 meter melepasi paras bahaya, berbanding paras normal 16.60 meter.

Turut terlibat, Stesen Sungai Klang di Bandar Klang, Klang dengan bacaan 2.76 meter, melebihi paras amaran berbanding normal 2.20 meter.

Sementara itu, di Perak, Stesen Sungai Bidor di Changkat Jong, Hilir Perak mencatatkan bacaan 3.69 meter pada paras bahaya, berbanding paras normal 2 meter.

Stesen Sungai Slim di Slim River, Muallim pula merekodkan bacaan 26.45 meter melepasi paras bahaya, berbanding normal 23.50 meter.

Orang ramai khususnya penduduk di kawasan berhampiran sungai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti arahan pihak berkuasa sekiranya keadaan paras air terus meningkat. – KOSMO! ONLINE

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search