PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Hujan tiga hari punca banjir, terburuk sejak 2011

Hujan tiga hari punca banjir, terburuk sejak 2011

BANGKOK – Pihak berkuasa mengisytiharkan bencana di semua 50 daerah di ibu negara Thailand, Bangkok semalam selepas hujan berterusan menyebabkan banjir kilat.

Pengisytiharan yang memberi kuasa kepada organisasi tempatan untuk mengambil tindakan susulan itu dibuat selepas Gabenor Bangkok, Chadchart Sittipunt berkata, hampir 300 mi­limeter hujan turun sejak Khamis lalu.

“Air terus bertakung. Sukar untuk keluar sekarang. Banjir kini di paras pinggang saya,”

“Saya tidak boleh ke mana-mana. Saya telah menutup kedai selama dua hari,” kata peniaga yang tinggal berhampiran terusan di utara pusat bandar Bangkok, Somkid Pheuk-ngam, 67, kepada AFP.

“Walaupun kawasan saya kerap dilanda banjir, kali ini lebih teruk berbanding banjir pada 2011,” tambahnya.

Hujan yang turun hampir tanpa henti sejak Khamis lalu menenggelamkan jalan-jalan raya dan mengakibatkan banyak terusan di Bangkok melimpah. Wartawan AFP berkata, banyak rumah dan restoran di sepanjang terusan telah dinaiki air.

Chadchart memberitahu, timur bandar raya itu adalah yang paling teruk terjejas dan memberi amaran, lebih banyak hujan diramalkan turun.

“Kami sedang cuba menge­pam keluar air, tetapi air di dalam terusan sudah penuh. Kawasan berisiko adalah kejiranan yang terletak berhampiran dengan terusan.

Setiap terusan kini sudah penuh,” katanya di laman sosial sambil menggesa penduduk supaya memindahkan kereta mereka ke kawasan lebih tinggi.

Beliau juga meminta pesakit terlantar yang bergantung kepada mesin perubatan untuk mempertimbangkan tempat tinggal sementara di hospital.

Banjir meluas di seluruh Thailand pada tahun 2011 telah mengorbankan lebih 500 orang dan mengakibatkan berjuta-juta kediaman rosak. – AFP

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search