PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Banjir dahsyat Nepal: Sembilan mayat ditemui di India

Banjir dahsyat Nepal: Sembilan mayat ditemui di India

RUPANDEHI: Sembilan mayat dijumpai di India selepas dihanyutkan banjir dahsyat, kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa Nepal oleh agensi keselamatan India.

Menurut laporan Nepal News semalam, mayat berkenaan ditemui sekitar kawasan balai polis Khadda dan Padrauna, India, sebelum kesemuanya dihantar ke Nepal melalui sempadan Sunauli.

Kesemua mayat diserahkan kepada Pejabat Polis Belahiya di Rupandehi, Nepal.

Selepas prosedur berkaitan selesai di Belahiya, semua mayat dihantar ke Hospital Wilayah Lumbini di Butwal, Nepal.

Sub Inspektor Balai Polis Khadda, Sanjiv Kumar Maurya, berkata mayat berkenaan ditemukan dekat tebing sungai berhampiran kawasan Madanpur Sukrauli, berdekatan Thokkar 3 Sungai Narayani.

Beliau berkata, lokasi berkenaan terletak kira-kira 35 kilometer (km) dari kawasan empangan Gandak di sempadan Nepal-India.

Daripada empat mayat yang dibawa semalam, terdapat mayat kanak-kanak perempuan berusia antara sembilan hingga 12 tahun, wanita berusia 35 hingga 40 tahun, lelaki berusia 40 hingga 45 tahun serta seorang lelaki muda berusia 23 hingga 28 tahun yang mempunyai tulisan 'Dasharath Jangge' pada tangan kanannya.

Majistret Balai Polis Padrauna, Devendra Kumar Yadav, memaklumkan bedah siasat semua mayat dilakukan di Hospital AIIMS di Gorakhpur, India.

Beliau berkata, bahan bukti termasuk sampel asid deoksiribonukleik (DNA) mayat berkenaan turut diambil dan disimpan.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search