PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

1,483 titik panas di Kalimantan Barat, Sarawak terus berdepan ancaman jerebu rentas sempadan

1,483 titik panas di Kalimantan Barat, Sarawak terus berdepan ancaman jerebu rentas sempadan

KUCHING: Sarawak terus terdedah kepada ancaman jerebu rentas sempadan apabila sebanyak 1,483 titik panas dikesan di Kalimantan Barat, Indonesia, dalam tempoh pemantauan 24 jam sejak semalam.

Memetik laporan Pontianak Post, keadaan cuaca panas dan taburan hujan yang rendah meningkatkan risiko kebakaran hutan dan tanah di wilayah berkenaan, selain menyebabkan asap mula menjejaskan jarak pandang di beberapa kawasan.

Keadaan cuaca semasa itu menyebabkan beberapa wilayah di Kalimantan Barat berada dalam kategori mudah hingga sangat mudah terbakar. Kalimantan Barat berdepan ancaman kekeringan serta kebakaran hutan berikutan taburan hujan yang rendah bagi tempoh 10 hingga 16 Ogos.

Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia meramalkan taburan hujan pada minggu kedua Ogos berada dalam julat sifar hingga 20 milimeter, dengan keadaan hujan secara amnya di bawah paras normal.

Taburan hujan bagi tempoh 11 hingga 20 Ogos juga dijangka kekal rendah, iaitu antara sifar hingga 20 milimeter, berbanding sifar hingga 50 milimeter bagi tempoh 1 hingga 10 Ogos.

Pemantauan hari tanpa hujan (HTH) sehingga 10 Ogos pula mendapati sebahagian wilayah Kalimantan Barat mengalami tempoh tanpa hujan selama beberapa hari hingga puluhan hari.

Menurut laporan itu, tempoh tanpa hujan paling panjang di Kalimantan Barat direkodkan selama 42 hari di Kabupaten Ketapang, membabitkan Kecamatan Muara Pawan, Sungai Besar dan Nanga Tayap.

Sementara itu, maklumat Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada jam 3 petang, mendapati bacaan IPU pada tahap tidak sihat di Sarawak kekal direkodkan di 11 stesen pemantau kualiti udara dengan stesen IPD Serian mencatat bacaan tertinggi iaitu 189.

Sebanyak 10 lagi stesen pemantauan turut merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Samarahan dengan 169, Kuching (166), Bintulu (159), Samalaju (155) dan Mukah (155).

Sibu pula mencatat bacaan IPU 154, diikuti Sarikei (154), Sri Aman (154), Miri (148) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (121).

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search