PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

DUN Sarawak: Royston minta penjelasan tahap kesiapsiagaan hadapi risiko Hantavirus

DUN Sarawak: Royston minta penjelasan tahap kesiapsiagaan hadapi risiko Hantavirus

KUCHING, 14 Mei: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine meminta penjelasan mengenai tahap kesiapsiagaan Kementerian Kesihatan dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam menghadapi kemungkinan penularan penyakit zoonotik seperti Hantavirus di negeri ini.

Beliau berkata, walaupun Malaysia masih belum merekodkan sebarang kes Hantavirus seperti yang dilaporkan di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan China, ancaman penyakit itu tidak boleh dipandang ringan serta memerlukan langkah pemantauan dan persediaan rapi.

“Kawasan seperti luar bandar, penempatan berhampiran hutan serta lokasi yang mempunyai populasi tikus tinggi berpotensi menjadi kawasan berisiko terhadap penularan penyakit berkenaan

Oleh itu, saya ingin mengetahui sama ada pihak kementerian dan JPBNS mempunyai pelan kesiapsiagaan, sistem pemantauan awal serta langkah pencegahan tertentu bagi menghadapi sebarang kemungkinan penularan penyakit tersebut di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan usul penghargaan atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut mempersoalkan sama ada kementerian berkaitan memiliki pelan kesiapsiagaan menyeluruh, termasuk sistem pemantauan awal serta langkah pencegahan berkesan bagi menghadapi risiko penularan penyakit zoonotik itu di Sarawak.

Pada Selasa, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Hanifah Hajar Taib memaklumkan kerajaan sedang melaksanakan pemantauan rapi berhubung situasi penularan hantavirus bagi mengelakkan risiko penularan ke negara ini.

Beliau berkata, KKM sentiasa berhubung rapat dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta organisasi kesihatan antarabangsa lain bagi mendapatkan perkembangan semasa wabak tersebut.

Setakat ini katanya, kes dan kematian yang dilaporkan masih tertumpu di negara-negara Barat dan belum menunjukkan sebarang penularan di Asia. -TVS

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search